Skip to main content

Hujah Terbaik Daripada Mashitah

BAGI menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu. Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini? Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain? Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya. - Mashitah Ibrahim, Utusan Malaysia.

Comments

Zek said…
Macam kena penumbuk Muhammad Ali ke muka Joe Frazier pada pemimpin PAS dengan hujjah2 yang disampaikan Dr Marsitah Ibrahim. Memang betul apa yang diperkatakan oleh Dr.Marsitah Ibrahim. Pemimpin PAS telah meludah ke langit dan telah menimpa muka sendiri.

Sedarlah penyokong2 PAS. Kamu sedang ditipu hidup2 oleh pemimpin2 kamu.
Anonymous said…
oooo...dr nie yg dlu ckp boleh melacur klu terpaksa...kahkahkah...dr masyitah klu berani bertandingla lg di baling nnti yer..haha..
Anonymous said…
Sketsa hari Isnin:

Lokasi : Kelas Sejarah tingkatan 3

Guru Sejarah: Kelas!... siapa tahu, siapakah "bapa kemerdekaan" Malaysia.

Murid: Tiada sesiapa cikgu.

Guru Sejarah: Kenapa kamu cakap macam tu!...
Murid: Zainal Keling cakap, negara kita tak pernah dijajah jadi kita tak perlu ada bapa kemerdekaan.

Guru Sejarah: Dalam hati; 'Rosak minda murid-murid'.
Mohd said…
Tak perlu tangkap Mat Sabu!
Dia sudah pun terjun dgn labu2nya.
Kenyataan Mat Sabu mengenai Peristiwa Bukit Kepong yg disokong penuh oleh PAS akan hanya mengurangkan undi dari kaum Melayu dlm PRU 13 nanti.
PAS ini di bawah pemimpin2 yg tidak begitu cerdik yg telah diangkat dan disokong oleh ahli2 PAS yg rata2 tidak cerdik, sedang menghancurkan hajat PAS utk memerintah Malaysia.
Semalam RTM telah menayangkan Peristiwa Bukit Kepong. Kita telah lihat lakonan semula betapa kejamnya komunis dan Mat Indera telah membunuh polis, keluarga dan membakar Balai Polis Bukit Kepong. Komunis yg begitu kejam inilah yg disanjung sangat oleh PAS yg tak sedar diri.
Cadangan saya kpd DS Najib adalah utk BN mensponsor tayangan Peristiwa Bukit Kepong di TV beberapa hari sebelum PRU13, sebab Melayu mudah lupa!
Tengok nanti hasilnya, Pakatan Rakyat akan kalah teruk! BN akan memperolehi semula 2/3 majoriti di Parliamen.
Lepas itu jangan lupa utk meminda perlembagaan dan menyekat segala tindak tanduk parti2 pembangkang. Seelok2nya semua parti pembangkang yg ada diharamkan kerana menyusahkan rakyat. Pemimpin2 Pembangkang yg terang2 menyusahkan rakyat dimasukkan ke dalam ISA.
Barulah Malaysia akan aman dan maju!
Anonymous said…
Salam,
Saya setuju dgn Datuk Masitah Ibrahim. Allah Ta'alla dah mula tunjuk dekat depa. Tapi UMNO pun kena tengok juga sebab masih ramai pemimpin yg berfikiran macam dulu. Kalau tidak dapat jadi wakil raayat boikot. Ubah lah sikap agar kita semua selamat dunia dan akhirat. Masaalah orang Melayu ada lah PHD tapi walau macam mana sekali pun orang melayu ini umpama ' sebusuk2 daging, di basuh, di rencah, di makan juga.'
Anonymous said…
saya percaya. lagi kuar digembar-gemburkan kisah mat sabu lagi pecah tembelang umngok!!
Anonymous said…
en MOHD, cuba baca link ni. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5352-najib-timbang-mansuh-isa-menjelang-pru-13

ape kes??
rakab said…
Anon 3.09,

Kenapa ?!...Kau tak tahan panasss..?!

Lagi di gembar-gembor kisah Mat Sabu,..makin menjunam imej Pas !!
oldman said…
Apa hal suruh dr Masitah betanding di Baling tu hari penamaan calong lambat lagi ini soal hujah kalau tak setuju dengan hujah dr tu beri lah hujan tuan mungkin hujah tuan lebeh bernas. Ini lah peminat 'parti anguk saja'orang cakap pasar BMW dia cakap pasal kereta lembu...tak faham faham.
Anonymous said…
Mungkin kalau PR menang akan jadi mudarat besar kepada umat melayu, kerana DAP dikatakan akan jadi master-mind. Jadi, ini 'usul fikh' yg membuat Dr. Mashitah berperang habis jika PAS menang dlm PR, tapi kalau PAS jadi lone ranger macam dulu, kiranya moleklah tu. Kalau idealistik tapi secara hisabnya tidak munasabah, itu tidak pandai siasah namanya. Apa kata, PR menang, status quo constitution tidak berubah dgn jaminan bertulis kalau langgar, terus jadi kerajaan darurat ? Tidakkah ini memberi maslahat rakyat teramai jika check-n-balance, tidak lah nanti rakyat merana, tapi pemimpin hidup dgn kebangsawanan rich & famous lifestyle. Absolute power corrupt absolutely seperti mubarak, gaddafi.
Anonymous said…
Puak2 jahil setakat ini sajalah pemahamannya ttg ISLAM....Aku langsung x respek MASHITAHHH...org yang hina AL QURAN...
Esperalzi said…
Benar, ini buah pandangan terbaek dari Mashitah. Saya baca di Utusan Malaysia tadi...
Nam Ron said…
Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.
Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?
Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?
Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?
Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.
Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.
Anonymous said…
UMNO parti ISLAM

mane ade orang UMNO makan rasuah,arak,judi,sex,tak tutup aurat,cukur bulu kening,

pembangkang ni buat fitnah je..
Anonymous said…
Yg pastinya, Umno ternyata dan terbukti membela orang2 Islam di negara ini sejak dahulu lagi, tetapi Pas cakap x serupa bikin.

Umno x pernah menggunakan al-Quran utk kepentingan politik, ternyata Pas pakai hujah al-Quran utk tarik undi, contohnya, undi pas masuk syurga siap ceramah guna ayat2 Quran(ntah apa lah jasa pas pada negara sampai kalau undi pas je, confirm masuk syurga????).

Tapi bila ada ayat Quran yg x selari dgn hawa nafsu Pas yg menggejolak, segera para ulama Pas menyembunyikannya dan buat donno je.

Umno telah berusaha membela agama Islam, tetapi Pas berusaha memurtadkan orang Islam dan mengagungkan faham Pluralisme yg dibawa oleh idola mereka, Al-Juburi. Itu lah hai ulamak Pas, akibatnya jika kamu menuduh Umno memurtadkan org Islam, skrg terimalah balasan dari Allah.

Semoga Allah menghumbankan ulamak2 Pas ke dalam neraka (sekiranya mereka enggan bertaubat sampai mati)kerana usaha2 mereka untuk menyesatkan umat Islam di Malaysia ini. Amiinnn.

- Pernah teraniaya dalam Pas -
Anonymous said…
http://pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=460%3Atanya-umno-mana-komunis-baik-mana-bahaya&catid=58%3Akenyataan-media-ketua-penerangan-sesi-2011-2013&Itemid=463
Anonymous said…
Berita hari ini akan menjadi sejarah esok. Berita pulak hanya menjadi isu utama mengikut siapa yang berkuasa. Contohnya, akhbar Al-Ahram Mesir, masa Hosni Mubarak tengah kuat puji melangit, bila Mubarak jatuh, tumpang sekaki meludah sama. Siapa yang menguasai media, dia yang menguasai negara termasuk sejarahnya sekali.
Amin said…
Amin
Pas perlu fikir semula kerjasamanya dengan PKR dan DAP. Bukannya dapat menguntungkan PAS, tetapi merugikan Pas. Saya percaya akhirnya penyokong PAS akan beramai-ramai keluar parti sekirang PAS masih terus bersekongkol dengan parti DAP dan PKR. Nampaknya PAS dibuli oleh ke dua-dua parti itu. Yang ruginya PAS, yang untung besar DAP, yang untung sikit PKR. Yang dijadikan barua menimbulkan isu-isu yang pelik-pelik saperti penggunaan kalimat 'ALLAH', mengagongkan perjuangan komunis, isu arak, isu bacaan Al-Quran tidak dibenarkan di Masjid dan macam-macam lagi, ialah PAS, orang-orang PAS lah yang menjerit ke sana kemari, samaada membela, menyokong, membuat penerangan, menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai bahan mempertahankan diri. Yang bergaduhnya adalah melayu sama melayu, bagai nak rak, yang tukang ampu dan acahnya ialah DAP dan PKR..jadi siapa yang bodoh...besok melayu sama melayu bergadoh..kalah jadi abu, menang jadi arang.siapa yang akan berkuasa, tentulah DAP....masa itu semua orang china, akan sokong DAP. Tergadailah negara ini kepada orang lain..last-last kita puteh mata. Kalau jadi begini..fikir-fikirkanlah apa harapan generasi anak-anak kita, cucu-cicit kita. Mereka sumpah kita....
ek.. eleh...








'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.Pantat KO!!
http://blog1Malaysia.blogspot.com/

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh