Skip to main content

Vendetta Tidak Lagi Selamat!

Serangan penggodam terhadap 41 portal agensi kerajaan Malaysia berjaya ditangkis sejak awal pagi tadi. Serangan dikatakan bermula jam 3.30 pagi setelah berakhirnya gerhana bulan sehingga jam 9.00 pagi tadi. Dalam serangan tersebut, tidak kurang 10 portal rasmi kerajaan Malaysia berjaya dibedil oleh para penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous". Namun demikian, dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, portal-portal kerajaan Malaysia ini masih selamat dan boleh dilayari, kecuali Sabah Tourism yang masih dalam penutupan sementara. Antara portal yang dibedil ialah : SabahTourism.com, ASEAN connect, Bomba, Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara.

Inilah "perangai" dan wajah sebenar pejuang demokrasi bebas tanpa batasan. Mereka tidak pernah peduli kebebasan orang lain, yang mereka mahu dan perjuangkan hanyalah kebebasan yang mereka takrifkan sendiri berdasarkan kepada sifat individualistik. Baca di sini...

Comments

Anonymous said…
hahaha.Berjaya ditangkis?kiddin me?jgn comment benda yg hang taktau.Kena gelak ja kang
Anonymous said…
buat lawak ke apa ko ni?

kah kah kah..

kalau dah pencacai tu pencacai gak..
ni aku nk cakap, aku bayar cukai, mak bapak aku byar cukai. igt 1 perkara je, kalau ko org umno dan pernah makan duit rakyat ni dengan cara yg salah aku haramkan dunia akhirat, aku rasa bkn aku sorg je berfikiran cmni, igt tu pencacai.. puuuiiiii!!!
Anonymous said…
anon 1;54...abis ingat ko ngan mak bapak ko je ke bayar cukai..kalo ko ngan keluarga ko pernah makan hasil dgn cara salah orang lain pun boleh haramkan dunia akhirat jugak la....
Anonymous said…
anon 2.02pm
sebab tu aku cakap jgn sampai mkn hasil titik peluh rakyat bayar cukai dengan sewenang2nyer..

syukur alhamdulliah aku xkan dan x pernah ambik hak org lain dan gunakan dengan jalan yg salah.

ko org umno kan?
harap ko x mkn duit hasil rkyat byr cukai dengan cara yg salah..

pahamkan konsep itu..
Anonymous said…
ANAK MAT SABUN
Anon 1.54..ko orang PR kan ?
KO pemuja peliwat kan?
KO pon sker melitwat ker?
Aku bukan orang UMNO, tapi aku benci dengan pemuja peliwat tegar negara!
Anonymous said…
anon 2:33...ko pencacai pr kan???
bagus betul konsep ko..
so jangan salahkan orang lain jer...ko kene ingat bukan umno je kerajaan..pr juga kerajaan...kalo nak cakap semua sekali la...jgn dok tuju kepala orang jer..bila kene kepala sendiri abis yg haram dihalalkan...
Anonymous said…
sapa puja?
sapa liwat?

kah kah kah..
itu la kalau dah bahan rujukannya utusan meloya dan tv3 suku, kene la tu tv 3 suku utk otak 3 suku, cuba la bukak mata luas2 sedara.

ko ckp la mcm mana pun, aku masih waras dan aku boleh bezakan yg mana ikhlas dan yg mana bermuka2..

xpe la kalau ko xsedar semua ni..mesti ada kepentingan lain sampai ko pertahankn apa yg ko ckp tu kan..aku x paksa ko utk percaya tapi sekurang2nya ko boleh bezakan mana lebih baik dan mana yg bermuka2.
Anonymous said…
a'ah aku penyokong pakatan RAKYAT!!

bukan penyokong united malay national organization..

asl? nk ckp aku x reti bersyukur?nk ckp aku sekolah kt mana sblm ni?

kah kah kah..pegi mampos la..
xkan aku sokong kerajaan yg rasuah merata2, kerajaan yg gunakan duit rakyat utk kepentingan sendiri dan kroni..

ko penyokong umno kan?

so ko menyokong org yg kaki botol? kaki betina? kaki bom org? kaki rasuah? kaki rampas bini org? kaki joli? kronisme dll?

kah kah kah
Anonymous said…
dan korg selaku tukang sorak dan pencacai gerombolan ni adakah menyokong BIG MAMA suami najib?

mesti meluat jugakkn?
bini sendiri x bleh jaga nk jaga negara.?

kah kah kah kah.
Anonymous said…
Tahniah berjaya menangkis serangan penggodam... Doakan malaysia terus aman dan makmur...
azlishukri said…
malaysia akan terus aman tanpa anwar
Anonymous said…
malaysia lebih maju dan aman tanpa najib dan united malay national organization.

apa macam?

Pilihan Pembaca

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...
MURID TERAKHIR TUN DAIM Artikel saya pada 10 Ogos 2008 dalam blog ini bertajuk “Belajar daripada Guru”, saya turut menyarankan kepada pihak kerajaan, agar tambatan ringgit yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997 dilaksanakan semula. Pemerhatian tersebut adalah berasaskan bahawa rejim kapitalis dunia, sama sekali tidak akan mengubah paradigma sistem kewangan dunia yang lebih berorientasikan kepada keuntungan berlipat kali ganda. Sesungguhnya, tiada kejujuran langsung dalam kalangan pemain-pemain ekonomi global terhadap apa yang sering diistilahkan oleh mereka sebagai “Win-Win Situation”. Setiap segmentasi ekonomi dunia, tiada kata-kata manis bahawa setiap negara akan mendapat manfaat daripada sistem yang diamalkan oleh rejim kapitalis tersebut selama ini. Apabila kita mengamalkan sistem kewangan dan ekonomi yang berasaskan kepada “pelindungan” sejak lahirnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semangat tersebut diteruskan oleh Tu...