Skip to main content

Usaha Terakhir Mufti Perak!

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyokong sepenuhnya kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam usaha terakhirnya menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti penat selama ini, harus mendapat sokongan dan dukungan daripada segenap masyarakat Islam - tidak mengira fahaman politik. Saya juga berterus-terang menyokong sepenuhnya perjuangan Harussani dalam memperjuangkan isu ini. Ini adalah jihad yang wajib seluruh umat Islam bersatu. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. “Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.” Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada. “Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal? “Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi. Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai “menghina al-Quran”. “Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran. “Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia,” katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu. “Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia. “Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu. Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

Comments

Zakir said…
Apa sahaja yang mengancam agama Islam, kita perlu pertahankan. Andainya ia dicetuskan oleh puak pembangkang, aku akan tentang. Andainya ia dicetuskan oleh pemerintah negara, juga aku akan tentang. Umat Islam perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik kerana persepakatan ini amat perlu untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam bahwa agama Islam tidak boleh dibawa bersama dalam kemelut politik.
Kenn said…
Kemana halatujunya negara ini apabila prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Negara langsung tidak dihormati oleh pemerintah sendiri.

Why not just drop everthing then?
Anonymous said…
salam
aku sangat hormat orang yang memperjuangkan haknya dan tidak pula merampas hak orang lain..hehe macam mufti perak ni berfikiran. Setengah kita suka pada sikap 'yang dikendong keciciran dan yang dikejar tak dapat'
Betulkan..yang ada dijaga dan kalau boleh di tambah2 lagi biar elok, bukanya di buang sikit2 kerana nak popular..keh keh.
Tegas tetapi berhemat..biar lambat tak per janji kedepan Islam di Malaysia ni.
Anonymous said…
WAHAI ORANG-ORANG UMNO,FIKIRKANLAH SARANAN MUFTI PERAK ITU JIKA MAHU MENANG DALAM PRU 13
Anonymous said…
Kalau nak berpolitik pun jalanlah jadikan hak ekslusif islam jadi barang dangangan. Berpada-padalah wahai najib.
ore kito said…
bro..


Blog umno dan penyokongnya semua bunyi nyer sama jer..

CAKAP JER LEBIH BERDEKAH-DEKAH.. NAJIB DGN SI MUHYIDEEN TUNJUK WARNA RM$ SEMUA LAYU JER..

KESIAN MELAYU.. INI LA LAGI SATU PROJEK BN.. KEHKEHKEH..

senjata makan tuan bro.. islam konon.. gila kosa tak ingat akhirat

SELAMATKAN NEGARA KU!!!
Anonymous said…
MCA mahu bawa isu judi di Kelantan ke mahkamah. what say big brother UMNO ?
Anonymous said…
PAS DAN UMNO SAMA JER DR SEGI JUAL, PERGUNAKAN DAN GADAI AGAMA......
Cute Oven said…
SAYA SOKONG MUFTI PERAK...mari ramai2 sokong...
Shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Masalah pelik orang Melayu ialah kita tidak nampak kekuatan yang kita ada. Oranmg Melayu ialah penduduk majoriiti negara ini.

Undi mereka penting di mana mana kawasan DUN atau Parlimen. Tiada siapa dapat nafikan di kesemua kawasan dimenangi MIC, MCA, Gerakan, undi Melayu jadi penentu kemenangan.

Kita selalu dimomokkan bahawa jika kerajaan Persekutuan tidak benarkan perkataan "Allah" diguna oleh orang Kristian, maka BN hilang banyak undi bukan Melayu.

Aneh. Tidak pula UMNO atau BN mahu ingatkan ahli politik MCA, MIC, DAP atau Gerakan atau sesiapa saja bahawa mereka( ahli politik bukan Melayu) akan kehilagan undi Melayu jika bertegas mahu perkataan "Allah" diguba oleh umat Kristian.

Inilah masalah bila orang Melayu lihat dari sudut kepartian. Ianya isu akidah. Bukankah kita HANYA TERIMA Allah SWT itu satu, tidak beranak atau diperanakkan dan tiada yang setara dengannya.

Saya faham masalah Najib atau Muhyidin. Kedudukan oranbg Melayu lemah bila ada puak Melayu sendiri setuju perkataan Allah diguna Kristian hanya kerana undi.

Walhal tiada pemimpin DAP atau sesiapa saja akan berani minta nama Allah diguna oleh umat Kristian jika awal awal lagi orang melayu cakap sesiapa yang minta nama Allah diguna oleh Kristian akan hilang undi Melayu.

Sebenarnya isu imi kecil sahaja. Kuasa ditangan kita. Hanya kita tak mahu gunakan kuasa kita yang banyak ini. Sebaliknya kita terlebih takut pada kuasa yang tidak sebanyak mana di pihask Kristian.
Anonymous said…
Aku memang setuju pada tulisan Shamshul Anuar. Sebenar nya orang2
Islam di Malaysia memang ramai.
Kita boleh gunakan kekuatan itu untok *mengingatkan* kerajaan.
Gunakan kuasa ini untok mengingatkan bangsa2 lain yang ada di negara ini.

LET THEM HAVE SECOND THOUGHT BEFORE THEIR DEMAND ANYTHING.
Sara Zan said…
Salam...nama Injil tidak sesuai untuk mengantikan Bible kerana Bible bukan Injil yang asal...kerajaan dah tetapkan penggunaan Alkitab sebagai katanama ganti Bible...sokong penggunaan nama Allah eksklusif untuk agama Islam sahaja...

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A