Skip to main content

Pilihan Raya Sarawak : BN Mungkin Kecundang!

Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bisa dipandang dengan sangat serius - tidak mustahil ia akan berlaku, sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi. Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin menang besar di Sarawak - mereka bukan membenci BN, tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya, itu sahaja. Seandainya Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya, InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya - namun demikian, keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh! Mahu atau pun tidak - BN sudah tewas dari aspek moralnya. Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi, manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 majoriti - sekali gus memberi tamparan buruk kepada BN di semenanjung. Dan jangan terkejut - sekiranya sesuatu yang luar biasa akan berlaku di Sarawak malam ini - sama ada Taib Mahmud tewas di kawasan sendiri, atau pun BN hilang 2/3 majoriti. Sama-samalah kita berdoa agar BN terus memerintah. Wallahualam! (baca di sni).

Comments

Anonymous said…
Alangkah bestnyer kalau BN menang besar di Serawak.., tapi Taib Mamud ni kalah kat kerusi dia...!

Teruk betul nafsu dia...!!
Anak Perelih said…
Sarawak... Rakyat miskin... tapi ketua menteri dan kroni billionaire....
Jocko said…
Aku setuju ayat "rakyat Sarawak bukan tak suka BN tapi menyampah dengan Ketua Menteri Sarawak sekarang. Rakyat miskin, tapi Ketua Menteri dan kroni di khabarkan punyai harta berbillion RM"
putrarahman said…
Aku setuju, jika BN kalah di Sarawak, faktor utama ialah Ketua Menteri yang terlalu lama memerintah. Macam tak ada orang lain lagi yang berkemampuan. Namun bila DS Najib turun, aku kembali yakin BN bakal menang.
mohon link blog baru saya
www.bnlubokmerbau.blogspot.com
Anonymous said…
haha..awl2lg anwar da lari p luar negara..pastu pandai lak cover story kate BN kecundang..kelak0r

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Terkini Isu Rombakan Kabinet : Tahniah KJ!

Saya memetik sebuah laporan daripada blog Melayu Baru berkenaan isu pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Sebelum ini, saya sudah maklumkan di dalam blog ini , bahawa KJ berkemungkinan besar akan menyertai kabinet DS Najib tidak lama lagi, ekoran kejayaan luar biasa beliau mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat - dan jika laporan blog ini menjadi realiti, soalnya hanya satu, apakah pendirian para bloggers pro-kerajaan kelak? Apakah para bloggers ini bakal berpaling tadah dan bertukar kiblat seperti mana yang dikatakan oleh Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit-cuit di Utusan Malaysia ? Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu perkembangannya. Baca laporan itu di sini : NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbala...

Khairy Timbalan Menteri?

Saya tidak mahu komen banyak berkenaan berita di bawah. Sehingga hari ini DS Najib masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung rombakan kabinet yang dijangka berlaku hujung atau awal bulan depan. Sumber yang saya terima memaklumkan hampir 80% berita di bawah adalah benar, cuma ada sedikit penambahan, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi menteri penuh. Namun demikian, kementerian mana yang bakal diterajuinya, masih menjadi tanda-tanya. Walauapa pun alasannya, keputusan muktamad masih berada di tangan DS Najib, semoga rombakan kali ini akan memuaskan hati semua pihak, sekali gus mengembalikan kekuatan BN/UMNO semula. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak min...