Skip to main content

Sokongan Melayu Semakin Terhakis : Kesedaran Mujahid Sudah Terlewat!

Akhirnya - PAS terpaksa mengakui, walaupun cuba menafikannya bahawa pola pengundi Melayu semakin hilang daripada parti tersebut. Sokongan dan undian yang diberikan oleh orang Melayu terhadap PAS selama ini, telah disia-siakan begitu sahaja. Mujahid Rawa mungkin salah seorang pemimpin PAS yang menyedari dan berpijak di bumi nyata - sesungguhnya PAS benar-benar semakin hilang sokongan orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Keegoan dan sikap sombong mendabik dada para pemimpin kanan PAS, akhirnya memakan diri sendiri. Mungkin masih terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang terawang-awang dengan kejayaan luar biasa Parti Pembangkang dalam PRU ke-12, tiga tahun yang lalu serta mengambil sikap mudah terhadap kemerosotan pengaruh PAS dalam kalangan orang Melayu pada saat ini.

Malah, PAS juga ditegur oleh DAP, agar lebih memberi fokus terhadap orang Melayu supaya mereka berasa lebih terjamin dan terbela di bawah parti Islam tersebut. Malangnya, PAS selalu lupa dan leka - mulut celupar para pemimpinnya seringkali menyebabkan orang Melayu dalam UMNO begitu tersinggung, sedangkan pada masa yang sama PAS sangat memerlukan undi ahli-ahli UMNO yang sanggup berpaling tadah. Tanpa sokongan dan undi orang Melayu yang berada dalam UMNO - PAS boleh melupakan sahaja hasrat mereka untuk menguasai Putrajaya.

Bahkan - sekiranya tiada undi protes besar-besaran dalam kalangan orang Melayu UMNO terhadap kepimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 - jangan bermimpi PAS boleh menang besar seperti mana yang berlaku dalam PRU ke-12. Pokoknya, PAS di kala ini telah mula lupa untuk menjaga hati ahli-ahli UMNO dan bersikap lemah-lembut terhadap mereka - kerana ahli-ahli UMNO juga merupakan orang Melayu dan undi mereka mampu menentukan sama ada PAS boleh menang atau sebaliknya!

Malangnya - PAS lebih selesa mewujudkan kontroversi dengan UMNO secara pukul rata - bahkan PAS seringkali cuba melabelkan seolah-olah semua ahli UMNO adalah jahat dan tidak berguna - sedangkan dalam politik, seni memujuk adalah sangat penting demi satu undi! PAS lupa semua ini - mereka merasa terlalu hebat dan kuat, sehingga membawa mereka ke dalam dunia fantasi dan ilusi kejayaan yang masih terlalu jauh untuk dicapai. Namun demikian, dalam keadaan sebegini, masih ada pemimpin PAS yang berpijak di bumi nyata - dan semakin merasakan orang Melayu mula menjauhi PAS. Baca luahan ikhlas Mujahid Yusuf Rawa di bawah ini :

IBARAT "SENI YANG MEMUNGKIN KEMUSTAHILAN" itu sendiri menjelaskan bahawa politik kadang-kala melangkaui "logik". Kemenangan tidak semestinya menjanjikan kesenangan, jikalau tidak dikendalikan dengan baik; sokongan pula tidak semestinya mendukung, tetapi boleh juga meruntuhkan sesebuah parti politik. Demikianlah dilema PAS yang perlu dikendalikan dengan cermat - apabila sokongan Cina terhadap parti ini kelihatan lebih terserlah daripada undi tradisionalnya yang bersumberkan Melayu-Muslim.

Pertama, sesungguhnya PAS melalui Pakatan Rakyat berjaya meraih undi Cina, namun pola pengundian juga menunjukkan penurunan undi Melayu di kawasan desa terhadap PR. Realitinya, kebanyakan calon PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu, dan jelas pola pengundian terkini tidak memihak kepada PAS. Keduanya, PAS-PR yang diserang media milikan pemerintah terpaksa meyakinkan Melayu bahawa kepentingan kaum majoriti ini tidak akan tergadai, seandainya PR menawan Putrajaya. Apabila retorik ini terlebih dikumandangkan, ia memberi persepsi kepada masyarakat bukan Melayu bahawa PAS-PR tidak berbeza dengan UMNO-BN...Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Anonymous said…
Puak2 munafik tu...........keluarga aku tak akan mengundi pas lagi.......... Siap kau parti ajaran syaitan yg mudah lupa itu..
Anonymous said…
tahaluf siasah..ikhwanul muslimin pun nak tukar nama untuk masuk pilihanraya Mesir pasca-mubarak.
Kalau dibenci sangat DAP atas dasar kecinaannya itu, tidakkah ini mengugat perpaduan kaum ? Jika DAP itu nyata dan jelas mengugat status-quo perlembagaan negara dan mengancam keselamatan negara seperti komunis, kenapa tak diharamkan terus? Ingat, kerana PAS dan PKR ke Singapura keluar dari Malaysia ?
Anonymous said…
Terpaksa saya mengaku tulisan ini benar. Ada kawan saya yg tegar UMNO beri undi pada PAS pada PRU12. Adik saya yg mengundi PAS sudah berura2 memberi undi pada UMNO. Saya? Saya masih berfikir dengan mengikuti perkembangan semasa :)
Anonymous said…
Meskipun bunyinya hampir sama tetapi landskap politik Timur Tengah jauh tidak sama dengan landskap politik di Pantai Timur. Ini disebabkan komposisi penduduk Tanah Melayu adalah berbeza dengan komposisi penduduk di Timur Tengah. Meskipun berlainan agama, rata-rata orang Mesir adalah bangsa yang sama -- Pak Arab.

Dalam konteks permainan politik realiti kontemporari, sokongan Cina terhadap MCA dipersepsikan sebagai tidak sama kualiti kemurniannya berbanding sokongan Cina terhadap Dap. Apabila Dap diberikan 'kredit' yang berlebih-lebihan berbanding MCA; atau Pas terlalu memandang Dap lebih tinggi dari kebanyakan ummah, realiti politik akan mentafsirkannya sebagai ada yang tidak kena, tidak seimbang dan bla, bla.

Sebijak-bijak pakar/ahli nujum PR, mereka juga adalah manusia biasa. Tidak dinafikan sememangnya PR boleh mempengaruhi dan mencorakkan sokongan politik urban kerana itu adalah daerah yang mereka selesa dengannya.

Cuma dalam Pas/Dap/PKR menghitung hari untuk ke Putrajaya mereka terlepas pandang banyak perkara. Dalam mana-mana negara, warga urban dan desa adalah dikira sebagai sama nilainya dan harganya terutama dari sudut pandang agama dan siasah. makanya, diskriminasi politik bukanlah strategi yang dapat menjadi alternatif kepada strategi "pecah dan perintah".

Tidak ada salahnya kalau ada politikus yang mahu mendewa-dewakan warga urban tetapi dalam masa yang sama merendah-rendahkan upaya fikir dan kesedaran politik masyarakat luar bandar akan membuatkan banyak hati remuk dan kecewa. Impak dari keremukan dan kekecewaan itu akan meletakkan Putrajaya semakin jauh dari impian dan gapaian tangan PR.

JejakKaryaMaya
Anonymous said…
Anon 8:31,

Bukankah Parti Isle dan Pari Koyak Rabak itu serpihan Umno?
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Satu ketika dulu saya dituduh mahu menakutkan orang Melayu untuk menyokong UMNO bila saya ingatkan PAS yang orang Melayu tak suka PAS jadi kuli DAP.

Kini apa yang saya cakap( dan ramai agak akan berlaku) sudah jadi kenyataan. PAS sering cakap yang DAP berjaya diyakinkan( secara beransur-ansur) pasal pemerintahan Islam bila PAS berbaik dengan DAP.

Yang saya nampak sebaliknya. DAP yang berjaya meyakinkan PAS untuk tak sebut apa apa pasal Melayu dan Islam.

Sioapa pengaruhi siapa? Saya pelik lihat setengah pemimpin Melayu terutama dari PAS (dan ada juga dari UMNO) yang takut sebut pasal kepentingan Melayu hanya kerana nak undi bukan Melayu.

Apa yang hinanya cakap dan pertahan hak bangsa Melayu? Parti mana lagi yang boleh orang Melayu harapkan untuk jaga kepentingan Melayu.

PKR awal awal lagi cakap ia parti berbilang bangsa( maksudnya jaga kepentingan sesiapa saja asalkan bukan Melayu). Dan pada Melayu yang sandar harapan pada DAP, mereka dihadiahkan dengan berpuluh gerai Melayu dirobohkan hanya kerana peniaga itu Melayu.

Malangnya PAS pula anggap UMNO perkauman dengan memperkatakan peri hal oranmg Melayu.

Tipikal orang Melayu yang bangga dapat bantai orang Melayu tetapi menikus dengan musuh bangsa dan ugama, DAP.

Kalaulah UMNO perkauman, adakah Kamalamathan boleh menang di Hulu selangor atau Dr Subramaniam di Tapah atau Ong Tee keat di Pandan.

Wahai PAS, tolonglah sedar anda juga akan terima musibah jika UMNO tumbang. Kerana anda juga Melayu yang pasti akan ditindas oleh DAP yang akan ambil alih.

Allah SWT Maha Kaya. Ditunjukkan "preview" akan Malaysia masa depan jika umat Nabi Muhammad tidak lagi berkuasa. Sudah nampak gerai dirobohkan kerana peniaga itu Melayu. Sudah ada bukan Islam berani masuk masjid berpakaian seksi dan siap bagi ceramah pada orang Islam sendiri.

Sudah ada yang berani fitnah Melayu dan UMNO itu perkauman kerana Melayu nampak lemah. Sudah ada yang minta nama "Allah SWT" dikongsi. Satu perkongsian yang akhirnya menyebabkan akidah dikongsi. Maksudnya Nabi Isa pun Tuhan dan Allah SWT yang Maha Esa pun tuhan juga.

Ringkasnya kini PAS ada pilihan. Terus menjadi kuli DAP iaitu satu parti yang berperang dengan saudara seagama PAS sendiri. PAS akan disanjung sanjung( sebab sanggup gadai prinsip).

Atau keluar dari PKR . Orang munafik akan tuduh PAS tiada prinsip. Tetapi Inshaallah Di sisi Allah SWT PAS buat sesuatu yang betul dari agama.

Hj Hadi kena buat pilihan.
Anonymous said…
Saudara Shamsul..saya juga seiring pendapat dgn komentar saudara..

MCA,GERAKAN dan DAP itu..secara khususnya dimonopoli oleh Kaum Cina..asas perjuangannya sama iaitu bangsa dan kuasa..Mereka berkomprami apabila melibat kehilangan kuasa politik dan ekonomi..Mereka menentukan Parti-parti Dominan pada setiap kali pilihanraya..dengan hasrat..'kecinaan' itu kekal diberi keutamaan.

Bagi PAS dan UMNO..keduanya dimonopoli oleh orang Melayu dan Islam...tapi sayang..meskipun parti dominan..perpecahan akibat ideologi yg berbeza..hingga sanggup membunuh "Melayu" bahkan memanupulasikan agama islam.

Sedarilah kita bahawa Bangsa Cina tetap menjaga adap dan budaya mereka..berbanding orang melayu membunuh ketuanan sendiri.

Orang Cina tidak akan membeli produk buatan orang Melayu..biarpun bersih,suci lagi halal..xkira dia MCA,DAP dan Gerakan.

Orang Melayu hanya mampu menjual produk kepada bangsa melayu sbb orang cina tetap xkan membeli produk orang melayu..sedarilah..

Islam kalah kerana Jahil
Melayu kalah kerana Hasad dengki
Kristian mencari kelemahan Islam
Bansa Cina mencari kebodohan bangsa melayu..

PAS DAN UMNO XKAN BERSATU...KERANA BERTAUT DUA PARTI MELAYU..ORANG CINA DISELIMUTI BLAN GERHANA..MAKA INTIPATINYA..PENDITA MEREKA SENTIASA MENCARI IDEA BAGI DUA PAK MELAYU ITU XKAN BERSATU..

YANG IKLAS SAYA MEJAR RAZAK
Anonymous said…
Islam perlu dperjuang dan dibentangkan secara universal bukan secara racially exclusive.
Kalau PAS bercakap tentang Islam di depan DAP, macam mana pulak dakwah UMNO dengan komponen BN terutamanya MCA dan kapitan, taikun besar yang menguasai ekonomi negara,
Anonymous said…
error..kalau PAS dikatakan takut bercakap tentang Islam depan DAP..
Anonymous said…
Bersatulah diatas dasar agama, bukannya bangsa. Kalau dasar agama, gas Kelantan tak mendarat di songkla.
aboudiabydoo said…
Salam Tuan Azli, boleh masukkan blog saya dalam blogroll tuan? nak berjuang utk PRU-13 ni. Terimakasih.

http://aboudiabydoo.blogspot.com

Post terbaru saya

Luahan Hati seorang Akak PPR Kerinchi tentang Nurul Izzah
Anonymous said…
Anonymous said...

"Islam perlu dperjuang dan dibentangkan secara universal bukan secara racially exclusive."

Komen:

Cakap memang mudah walhal apa yang dilihat ialah penganut agama ini sibuk menubuhkan parti berjenamakan agama masing-masing yakni tidak pula kedengaran gerakan seperti "1ummah", "1 Islam" di serata dunia. Kenapa? Kerana masing-masing jaga pintu ke laut masing-masing! Ko pun sama.

hik hik
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
Saudara anonymous,

Memanglah ugama sepatutnya menyatukan kita. Tetapi PAS kenalah buang sikap bahawa Islam itu milik mutlak PAS.

Dengan lain kata ada juga umat Nabi Muhammad SAW bukan ahli PAS. Manusia dilahirkan berbangsa bangsa, berpuak puak seperti yang diterangkan di AlQuran.

Tiada salahnya bercakap pasal Melayu. ianya bukan perkauman. Kalau UMNO perkauman, ia akan monopoli semua untuk Melayu. Tetapi ia masih ingat akan orang bukan Melayu.

Melayu jadi lemah bila pertikaikan UMNO perkauman dengan menyebut hak Melayu. Walhal orang Cina tegas menjaga kepentingan bangsa mereka.

Bila PAS menjaja cerita UMNO perkauman, ia melemahkan orang Melayu. Akhirnya Islam digugat kerana majoriti umat Islam ialah Melayu.

Sikap PAS yang terlalu "bengkeng" dengan UMNO pun tak elok juga. Saya pun bosan dengan cara PAS. Bercermin lah sikit. Inilah masalah kalau tak mahu muhasabah. PAS riak seolah olah ia lebih beriman dari UMNO.

Pada hal, isu urusan Allah SWT. Sepatutnya PAS tiru cara Nabi Muhammad SAW dalam mendekati UMNO. ini tidak siang petang maki hamun UMNO.

UMNO didekati bila tak dapat pergi mekah dan terpaksa minta ehsan Menteri Bahagian ugama.

Tetapi dengan DAP yang terang menentang Islam, PAS dengan "sukarela" jadi kuli batak.

Masih tak sedar kenpa undi Melayu pada PAS merosot? Sebab jadi hamba DAP .

Apa masalah dengan PAS sampai tak mahu terima kenyataan yang semua orang tahu yang PAS sedang dipermainkan oleh DAP.
Anonymous said…
Alangkah indahnya jika setiap hari pemimpin besar UMNO memberi nasihat kepada rakyat jelata..rasuah itu haram, makan rasuah masuk neraka. Suara ini lagi besar impaknya kerana suara ini bermandat.
Anonymous said…
Saudara anonymous,

Ada selama ini pemimpin UMNO kata rasuah itu halal dan makan rasuah itu ok?

Tak perlu tunggu pemimpin UMNO sebut . Mak bapa kita dah berbuih mulut ingatkan kita.

Jika saudara ada bukti pemimpin UMNo rasuah, sila buat laporan SPRM. Lagi baik bagi tau kat Anwar Ibrahim.

Jangan hanya bercakap( dan menuduh) tanpa bukti. Ini bawa ke neraka .

Satu ketika dulu Harakah laporkan orang PAS jumpa Rm4 juta ringgit dalam peti besi Dr wan Mokhtar Ahmad( bekas MB Trengganu) ketika PAS dapat Trengganu pada 1999.

Kononnya Dr wan terlibat rasuah. akhbar yang sama akhirnya minta maaf pada Dr wan kerana memfitnahnya.

Hati hati perkhabaran orang munafik, fasik apatah lagi kafir yang kini jadi pujsan PAS.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
Mungkin sukar bagi PAS nak mendidik bangsa lain tentang Islam diMalaysia. Dah 50 tahun orang2 bukan Islam berdamping dengan orang2 Islam.Mana mungkin mereka tidak tahu.
Kalau tokoh2 politik Pas/ kerusi2 pas memenuhi majoriti ruang dalam parlimen sekali pun masih samar-samar lagi dasar pas unutk berunding dengan karpal....karpal sudah hidup sebelum merdeka. Nak berkompromi macam mana? Memang sukar.Bertambah pula cicitnya sudah berakar tunjang.
Jaja said…
Hanya satu perkara yg aku tak setuju dgn PAS menjadi komponen PR... Aku lebih berminat kalau PAS berdikari seperti dahulu. kurang minat lagi menjadi pengundi untuk PAS...PAS dah semakin kehilangan identiti ...tunggu dan lihat.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil