Skip to main content

Mahathir Belum Mati! Bila Tiba-Tiba Kita Jadi Dewasa!

Akhirnya - Tun Mahathir berjaya juga menerbitkan buku yang selama ini dijanjikannya kepada kita semua. Buku ini, pada hemat saya adalah setanding dengan buku tulisan Lee Kuan Yew yang berjudul The Singapore Story : Memoirs of Lee Kuan Yew. Bezanya hanya satu - Mahathir tidak mendakwa segala kejayaan yang berlaku di Malaysia adalah hasil titik peluhnya sendiri - sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk memaparkan sejarah dan kebenaran menerusi kaca mata beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri Malaysia. Kebiasaanya, sejarah seringkali ditulis oleh golongan yang menang - soalnya apakah kali ini, Mahathir akan menang dalam pertarungan dengan musuh-musuhnya? Saya percaya - banyak pihak yang akan mengambil kesempatan atas penerbitan memori Mahathir ini - bahkan tidak terkecuali Anwar Ibrahim. Mahathir mempunyai ramai musuh yang sedang menanti peluang dan kawan-kawan yang mungkin menikam dari arah belakang. Namun demikian, saya percaya kepada kebenaran yang ditulis oleh Tun Mahathir, InsyaAllah saya akan bersama-sama dengannya , sekiranya buku tersebut mula diserang! Selamat membaca.

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia menghadapi apa jua tindakan undang-undang termasuk kemungkinan disaman oleh pihak tertentu ekoran memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri dalam buku memoir terbarunya yang baru dipasarkan hari ini itu menyentuh mengenai pelbagai perkara yang merupakan pengalaman hidupnya selama 85 tahun termasuk pengamalannya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Semasa saya menulis, saya cuba elakkan daripada menyakitkan hati orang. Namun demikian saya terpaksa menulis apa yang benar dan saya berpendapat bahawa akan ada orang yang rasa tak senang hati kerana dalam masyarakat kita sekarang ada budaya 'swing', hendak RM100 juta, RM200 juta hendak cuba bankrapkan saya.

"Jadi, apa jua kemungkinan, saya terima saja, kalau hendak saman pun samanlah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bukunya itu di sini hari ini. Antara yang disentuh dalam bukunya itu ialah bagaimana beliau terpaksa memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Turut disentuh dalam bukunya ialah mengenai Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia.

"Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya," tulis Dr. Mahathir dalam bukunya itu.

Negarawan itu dalam bukunya berkata, apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, Kuan Yew dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya. Bekas Perdana Menteri itu dalam bukunya turut memceritakan beliau mempunyai darah keturunan India dalam badannya tetapi mempertahankan dirinya masih seorang Melayu dan berbangga kerana status tersebut. Beliau dalam bukunya berkata, menjadi orang Melayu bukan lagi persoalan keturunan tetapi satu ikatan perundangan.

"Dari segi perundangan, orang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang bercakap bahasa Melayu, amalkan budaya orang Melayu dan beragama Islam. Oleh itu, mereka yang memenuhi syarat-syarat itu adalah orang Melayu dan layak menikmati 'sesetengah hak' di bawah lunas perundangan," kata Dr. Mahathir dalam bukunya. Sementara itu, selain tidak takut sekiranya disaman, bekas Perdana Menteri itu juga turut bersedia sekiranya ramai pihak yang sebelum ini adalah kawan tetapi bertukar menjadi musuh selepas membaca buku memoir tulisannya itu.

Comments

hafiz said…
Keihlasan Tun dalam penulisan
Anonymous said…
Ya, Dr. Mahathir pembawa cahaya kebenaran. Semoga, umat melayu boleh menumpangg 'syafaatnya' di padang mahsyar kelak.
Anonymous said…
kahkahkah..kah..kah
Boleh ker tulis buku lagi...ingat lagi kerr...
semoga dia dapat tulis juga di mana dia beli rambut hasmah.
moga dia dapat tulis bagaimana caranya dia tipu melayu...
Anonymous said…
nak komen pun tak payahla menunjukkan kebodohan otak pembangkang korang.haha
Anonymous said…
anon 1255pm.
barua betul le kamu ni. amat kurang ajar dan biadap. klau rasa tak tahu nak komen kerana tak pandai dan rajin membaca ...tak payah le komen. kalau aku dapat kau memang telan gigi le kau kurang ajar....
Anonymous said…
bila pulak pak sheikh nak tulis memoir?
Anonymous said…
datuk nenek moyang kita
orang melayu telah bertemu dengan
orang oarang dari kalinga di zaman
kerajaan melaka lagi.

kemudian british bawa masuh oarng ini
dari merata tempat hinngakan tak diketahui
asal usul salasilah mereka

di penang ada yang mengakui sebagai syed
kalau dilahirkan hari jumaat
ada mengakuis ebagai sheikh
tapiu banyak orang kalinga ini mengakui
sebagai melayu

lalu datuk nenek moyang kita buat ingatan
untuk cucu cicit yang akan datang:
kalau jumpa ular jumpa keling
ketuk kepala madey dulu
kah kah kah
red said…
1- Mereka yang mengkritik Tun Mahathir adalah dikalangan mereka yang cemburu diatas kejayaan beliau....

2- Baru Tun M keluar buku, anuwar dah gelabah berok... Hehehehe

3- Syabas Tun M...
Yb Raz said…
lawak gila anon ni..meh aku ketuk kepala bapak ko dulu amacam..
Anonymous said…
Salam,
ptg td alhamdulillah dpt juge beli buku tersebut d tmpt sy..ramai juge yg beli selain sy..

dari ptg td smpai la ni nk 3 pagi..bru setel smpai chapter 7..huhu take time sket nk translate certain wording BI nih ..

whateva tahniah kpd ex-PM nie..terase dekat bile membace crt2ny semase kecil.. tak sangke penah jual pisang, penah vandalism conteng wall sekola sbb excited nk msk balik slps Jepun surrender, beli 3 bijik belon 2 sen jual pd kawan sesen sebijik...waaaa

pglmn ckp berhrg..smpai poster menetang MU pn jd perhatian bnyk tmpt pdhal msh bdk skola..

bile bce buku ni tnp sentimen mmg sgt teruje n membakar semangat..

pelan2 kayuh tuk habiskan smpai last chpter hehe~

congratez Tun ..
Zek said…
BUKU TDM 'DOCTOR IN THE HOUSE' TELAH HABIS DIJUAL. AKAN DIULANG CETAK. KENAPA ORANG NAK BACA. KERANA TUN BERKATA BENAR. DIA MENULIS DENGAN IKHLAS HATI.DIA MENGAKU PERNAH BUAT SILAP.

BERAPA ORANG PEMIMPIN YANG BERANI MENGAKU BUAT KESILAPAN.

BERAPA ORANG PEMIMPIN YANG MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA.

ITULAH TUN DR.MAHATHIR. MAKA TIDAK HAIRAN BUKUNYA LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS.

SAYA PERCAYA BUKU TUN INI AKAN MENCAPAI REKOD PENJUALAN MELEBIHI SETENGAH JUTA.

TUN, TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN RAKYAT.
Anonymous said…
Anon Mac 9 12.55.

Sah kamu penyokong tegar pemimpin yang suka main jubur. Itu sebab menulis pun macam jubur.

Pilihan Pembaca

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...