Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Comments
Raja Petra Kamarudin(RPK) hasut pelajar di Australia:
"We just need 300,000 more voters to topple UMNO/BN"
Adakah manusia terlalu mudah menerima maklumat cuma kerana ianya berbentuk spiritual?
Benarkah tanggapan ini: apa saja atas nama agama akan dianggap benar, baik dan perlu ditelan bulat-bulat?
Mana pakar psikologi (Islam)? Mana kaunselor pendidikan (Islam)? Mana tok-tok guru agama (Islam)?
PEMERHATI