Mariko Bersedih Lagi Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor 1. Mungkin, dan barangkali mungkin - saya tidak sependapat dengan sebahagian besar para blogger dan ahli-ahli UMNO yang lain, berhubung isu siapakah yang layak dicalonkan sebagai wakil rakyat untuk mewakili BN di Hulu Selangor. Adakah mesti mengikut tradisi? atau kita harus akur dengan kehendak akar umbi. Jika kita mengikut tradisi - maka calon dari MIC adalah pilihan, tetapi jika kita mengikut suara hati dan akar umbi, maka calon dari UMNO haruslah kita dahului. 2. Soalnya sekarang ialah, apakah kaedah yang digunapakai bagi memilih calon terbaik untuk memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor? Adakah kaedah melalui "unsur perkauman" masih relevan untuk BN merampas kawasan tersebut atau pun, kita harus kekal dengan kaedah lama iaitu, berteraskan muafakat dan kesepaduan parti komponen. Jika kita memilih unsur perkauman dan majoriti pengundi di kawasan tersebut, maka kita terpaksa mengorbankan semangat ...
Memimpin Kebijaksanaan