Mukhriz Calon DUN Kota Siputeh? Walau apa-apa pun alasan yang bakal kita dengar di dalam keputusan mahkamah kelak - hakikatnya satu lagi Pilihan Raya Kecil akan tetap juga diadakan di Kota Siputeh. SPRM menggunakan alasan implikasi kewangan bagi mengharapkan ihsan mahkamah agar Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut tidak perlu diadakan. Dengan bajet Rm200 ribu bagi tujuan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil - alasan ini - sekurang-kurangnya membuktikan bahawa duit rakyat jangan dibazirkan kepada sesuatu yang boleh diselesaikan secara hikmah. Namun demikian, andaikata jika DUN Kota Siputeh bukan milik UMNO - apakah SPRM akan mempertahankannya juga? Saya fikir - untuk lebih jujur, Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh harus diadakan secepat mungkin, sebelum ia memberi implikasi yang negatif terhadap undang-undang dan perlembagaan negara. Malah, jika Pilihan Raya Kecil tidak diadakan - saya khuatir rakyat akan menuduh kononnya SPRM adalah kuda tunggangan UMNO/BN - hal ini harus segera dielakkan...
Memimpin Kebijaksanaan