Bagan Pinang 2009 Di Sini Putih Bukanlah Warna Saya diminta oleh banyak pihak untuk membuat sedikit ulasan berkenaan calon BN di Bagan Pinang - iaitu Tan Sri Isa Samad. Jawapan saya mudah - saya tiada apa-apa lagi yang hendak dikomen. Rakyat lebih bijak dan tahu siapa yang lebih mereka suka. Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang ...
Memimpin Kebijaksanaan