Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Nasruddin Hassan At-Tantawi 2009 : Khutbah Dalam Tidur

Nasruddin Hassan At-Tantawi 2009 Khutbah Dalam Tidur KUALA LUMPUR 29 Mei - Dewan Pemuda Pas berikrar untuk mempertahankan institusi kepimpinan ulama kerana ia merupakan satu gagasan yang telah menjadi sumber kekuatan kepada parti itu selama ini. Ketuanya yang baru, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pemuda juga mahu kepimpinan ulama diperkasakan lagi sejajar dengan kedudukan Pas dalam politik arus perdana yang kini disifatkan semakin kukuh. Justeru kata beliau, pihaknya akan memastikan hanya individu atau satu kumpulan kolektif yang memenuhi tiga kriteria kepimpinan ulama iaitu beriman, bertaqwa dan berilmu sahaja diberi mandat menerajui Pas. ' 'Pemuda amat mengambil berat tentang perkara ini kerana ia melibatkan dasar yang ditetapkan dalam Islam. Islam telah menetapkan untuk menjadi pemimpin mereka perlu di kalangan orang yang beriman, bertaqwa dan berilmu. ''Ini soal asas dalam pemerintahan Islam. Mengenai latar belakang pendidikan, itu soal lain kerana bagi Pemuda, t...

Teh Candu Dari UIA

TEH CANDU DARI UIA PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus. Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara. “Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat. “Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Ulasan Saya : Saya rasa sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia menghentikan perbalahan politik dan ber...

PAS+PKR+DAP 2009 : Anak Panah Kejam

PAS + PKR + DAP 2009 ANAK PANAH KEJAM Saya mungkin terlepas pandang selama ini, bahawa kes kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di Perak sebenarnya sudah diberi signal oleh Allah dalam al-Quran. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-sekali membantu dan menolong orang-orang mukmin yang menjadikan orang kafir sebagai pelindung kepada mereka dan pada masa yang sama meninggalkan orang mukmin yang lain. Hal ini telah Allah jelaskan dalam surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud : "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan." Lantaran itu, kita mengambil contoh kes yang berlaku di negeri Perak. Tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS berjaya meraih 31 keru...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

Pen Hijau Berdakwat Merah

PEN HIJAU BERDAKWAT MERAH Apabila saya menyatakan bahawa adalah berdosa dan haram hukumnya PAS berkasih sayang dengan DAP, maka terdapatlah sesetengah pihak yang merasakan bahawa saya mengada-adakan cerita dan hukum. Namun demikian, bagi mereka yang yang tahu hukum dan mendalami pengetahuan ilmu al-Quran, maka akan faham apakah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Harussani dalam wawancaranya dengan majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2008 baru-baru ini. Tuan Guru Harussani berkata bahawa, adalah berdosa dan haram hukumnya jika kita menunjuk-nunjukkan rasa kasih sayang kepada DAP, yang sebenarnya secara terang-terangan menolak Hukum Hudud dan pembinaan negara Islam yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Mumtahanah, ayat 1 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang ...

Pas dan DAP 2009 : Pintu Masuk Masalah

PAS DAP 2009 Pintu Masuk Masalah Apabila melihat senario politik nasional ketika ini, saya agak sedih dengan sikap sesetengah individu yang terang-terang tidak bersyukur dengan apa-apa yang telah dikecapi oleh negara kita selama ini. Saya membidas sesetengah orang Melayu yang secara membuta-tuli menyokong DAP, malah apabila saya mengkritik DAP, saya dilabelkan sebagai orang yang cuba memainkan isu perkauman. Jika golongan ini hidup di Singapura, maka mereka akan tahu sama ada apa-apa yang saya katakan sebelum ini betul atau pun tidak. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada orang Melayu, khususnya PAS agar segera menyahut cadangan saya ini : 1. Cuba orang-orang PAS yang menyokong DAP tinggal dan hidup di Singapura, dan lihat sama ada mereka akan tahu atau pun tidak makna sebenar "perkauman" yang diamalkan di negeri republik kecil itu. PAS juga disaran sebelum bersengkongkol dengan DAP, mereka harus bertanya bagaimanakah kehidupan komuniti orang Islam-Melayu di Singapur...

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...

Azli Shukri Dalam Sejarah : Belajar Daripada Mereka Yang Berjaya, Siri 1

IMPIAN KENCANA Oleh Muhammad Azli Shukri (Rencana ini sudah tersiar di dalam Dewan Ekonomi , Januari 2008) Lelaki ini kurang menyukai publisiti, tidak banyak bercakap dan lebih gemar berdiam diri. Anak ketiga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Malaysia ini cukup mesra sewaktu menyambut kehadiran sidang editor Dewan Ekonomi di pejabatnya baru-baru ini. Kelewatan beliau hadir untuk temu janjinya dengan kami, telah disambut dengan ucapan mohon maaf dan rendah diri. Gaya percakapannya tidak tumpah seperti bapanya, sekali gus mengingatkan kami pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menerajui Malaysia selama 22 tahun. Jelas sekali, karisma dan ketokohan bapanya turut diwarisi Datuk Mokhzani Mahathir 47 tahun, Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana) yang kini dilihat oleh pemerhati ekonomi sebagai salah seorang tokoh korporat yang disegani di peringkat antarabangsa. Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2007 tidak terkecuali meletakkan Datuk Mokhza...

Mahkamah Tinggi 2009 : Kebenaran Di Perkuburan

Mahkamah Tinggi 2009 Kebenaran Di Perkuburan Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar - akan menimbulkan implikasi yang sangat besar kepada badan kehakiman negara pada masa akan datang. Jika sebelum ini, mahkamah dan perundangan negara sering dituduh oleh pihak pembangkang kononnya dipengaruhi oleh parti pemerintah, lantaran itu, pada kali ini pula, saya melihat seakan-akan badan perundangan dan mahkamah telah dikuasai oleh sentimen dan emosi pro-pembangkang. Selama ini, apabila Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya sering mendakwa bahawa para hakim dan badan perundangan negara tidak lagi boleh dipercayai kerana mereka mudah sahaja dibeli dan dirasuah oleh pihak kerajaan atau dengan nama lainnya ialah para pemimpin UMNO . Anwar juga selalu berhujah kononnya UMNO/BN/Kerajaan acapkali campur tangan dalam sistem kehakiman di negara ini, tetapi sejak akhir-akhir ini, apabila banyak kes yang memenangkan pa...

Sivakumar 2009 : Tanah Dari Bumi Yang Lain

Sivakumar 2009 Tanah dari Bumi yang Lain Saya masih boleh bersabar tatkala melihat cara V. Sivakumar melakukan watak biadab dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Selain, saya sempat memerhatikan wajah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah seolah-olah kecewa dengan sikap ADUN pembangkang yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti, malah berlagak dan bongkak dengan menunjukkan sikap kurang ajar dan biadab di dalam dewan persidangan. Saya masih berupaya sabar dengan itu semua. Namun demikian, apabila mendengar sidang media yang dilakukan oleh V. Sivakumar pada hari ini, hati saya tiba-tiba berasa sangat benci dan menyampah melihat wajah dan lagak seorang bekas Speaker yang merasakan dirinya terlalu berkuasa dan berpengaruh. Tiada langsung menunjukkan rasa hormat kepada sultan dan perlembagaan negeri, sebaliknya, keangkuhan dan keegoanya terselah dalam sidang medianya petang tadi. Akhirnya, saya mahu mengajak agar seluruh masyarakat Melayu khususnya ...