MAHA SUCI ALLAH Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut. Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perkataan ...
Memimpin Kebijaksanaan