Skip to main content
Dunia
Tidak Rata


Beberapa minggu belakangan ini saya agak kurang menganalisis isu-isu politik, hal ini bukanlah disengajakan, tetapi kesibukan melayan rakan-rakan yang datang dari jauh serta pelbagai latar belakang - membuatkan saya tiada masa untuk melakukan analisis ringkas berkenaan isu Palestin dan Pilihan Raya di Kuala Terengganu. Namun demikian, saya berikan sedikit pandangan saya berkenaan isu-isu berkenaan.




1. Debat antara Khairy Jamaluddin dengan Husam di Kelantan beberapa minggu yang lalu - bolehlah saya analisiskan seperti berikut. Saya sudah menonton VCD lengkapnya, namun saya menjadi agak kecewa. Pertama, terbukti KJ tewas dalam perdebatan tersebut - sehingga menunjukkan betapa Husam sangat bijak "mengenakan" KJ, antaranya yang saya masih ingat ialah, jika benar KJ menyokong beliau sebagai calaon Presiden PAS, maka eloklah terlebih dahulu KJ masuk PAS. Itu sindiran yang tajam untuk KJ. Malah, cara Husam yang sederhana amat berkesan dan berjaya dalam usaha mematahkan hujah-hujah KJ dengan bersahaja dan matang. Pengajarannya, selepas ini jika kita mahu berdebat - tengok betul-betul isu yang hendak dimainkan oleh pembangkang, agar kita tidak terperangkap dan terlencong jauh daripada topik yang sebenar.




2. Isu Palestin - sudah terang lagi bersuluh, tanpa menafikan bahawa kita berhak untuk memboikot produk-produk keluaran Israel seperti Coca-Cola, McD, Huggies, Disney, Perrier dan banyak lagi. Kita seharusnya bertanya terlebih dahulu, jika kita memboikot hampir lima puluh jenis produk keluaran Israel tersebut, maka apakah kesannya kepada para pekerja Islam yang sedang menumpang mencari rezeki di kilang-kilang tersebut? Apakah umat Islam sudah menyediakan produk alternatif atau syarikat-syarikat alternatif untuk mereka berpindah dan mencari kerja di syarikat atau kilang yang bukan milik Israel lagi? Jika kita memboikot restoran makanan segera McD sehingga muflis di Malaysia, apakah kita suda ada alternatif syarikat yang menggantikannya, untuk para pekerja berpindah mencari rezeki yang baharu? jika itu semua sudah ada, mari kita lakukan. Jika tidak, kita tidak mahu hanya menjadi manusia yang menang bersorak tetapi kampung tergadai. Namun begitu, ia tidak bermakna saya tidak bersetuju untuk memboikot produk keluaran Israel. Sebaliknya, mungkin kita harus mencari jalan lain bagi menghancurkan negara Israel ini. Mungkin cadangan saya ini agak ekstrim - tetapi boleh difikirkan seketika.




Saya merasakan bahawa negara-negara Islam, termasuk Malaysia berpakat untuk mengeluarkan seluruh rakyat Palestin daripada bumi mereka untuk seketika. Dengan kata lain, hijrahkan para penduduk Palestin ke negara-negara Islam lain yang sanggup menjadikan mereka sebagai "rakyat angkat" untuk sementara waktu. Dan biarkan seluruh warga Israel menguasai Palestin. Apabila mereka sudah berkumpul, bukankah lebih mudah untuk kita menghancurkan Israel sekaligus daripada luar? Manakala, tentang Baitul Maqadis - hal itu harus kita pertahankan di sana, mana-mana pejuang harus berkumpul di sana, berjihad dan mati syahid di sana. Manakala, anak-anak kecil, orang tua dan wanita, ayuh mari seluruh negara Islam, termasuk Malaysia, kita ambil mereka sebagai "rakyat angkat" negara kita , serta buktikan bahawa, kita benar-benar mahu menolong saudara seagama dan berkorban demi Islam dan perjuangannya. Wallahualam.





3. Isu pilihan raya di Kuala Terengganu - saya berpandangan, Parti yang menang ialah parti yang berjaya mengurangkan kecaman peribadi dan mengukit isu-isu lama, seperti Hudud dan 16 September. Hentikan kempen yang memburuk-burukan Anwar atau Najib - ia tidak akan menguntungkan sesiapa pun. Cara berkempen mesti diubah melalui cara perang psikologi generasi muda. Kita mesti berkempen dengan memberikan satu bentuk "keselesaan" kepada generasi muda dan menjauhkan mereka daripada sebarang tekanan dan desakan. Dengan kata lain, tawarkan kepada generasi muda "sesuatu yang menberikan keselesaan kepada mereka", seperti kemudahan untuk membuat pinjaman perniagaan, bayaran balik yang tidak menyusahkan berkaitan dengan PTPTN, memudahkan proses mereka berkahwin, izinkan mereka bersuara dan meluahkan pandangan melalui blog serta elakkan daripada mengancam mereka dengan undang-undang dan ISA, serapkan staf-staf kontrak yang dah lama berkhidmat dengan kerajaan sebagai staf tetap dan berpencen, memudahkan mereka untuk membeli rumah kos rendah dan kenderaan, kenal pasti apakah yang mereka mahukan di universiti dan yang lebih penting pastikan para graduan yang baru menamatkan pelajaran dari universiti, mudah untuk masuk bekerja di sektor awam dengan taraf tetap, walaupun gaji permulaanya sekadar RM800.00 sebulan. Hakikatnya, para graduan tidak memilih kerja, asalkan tetap dan bekerja dalam sektor awam. Saya harap UMNO cuba menggunakan pendekatan kempen ini, mungkin kita akan menang dengan lebih selesa. Jauhkan kempen mengutuk peribadi dan kecaman kepada Anwar Ibrahim atau Nik Aziz.

Comments

RAHISAM RAMLI said…
Salam saudara Azli-cabaran baru saudara semakin membuka pekong orang lain yang berfikiran jumud. Teruskan perjuangan saudara.
Unknown said…
Aku suka untuk "mengomen" pada kali ini! haha.

Aku sudah mengharamkan diri aku dan Fadhilah memakan McD di hadapan rumah, tidak lagi membeli belah di Tesco, aku mahu menghabiskan baki Nespray dan Milo (tidak akan membeli dua-dua itu lagi), dan minum air 100 tambah sahaja (tidak Coca-Cola lagi).

Mujur perjumpaan Buku Online esok tidak diadakan di Starbucks!

Aku sokong dengan cadangan strategi pilihanraya kau di Terengganu itu. Boleh tambah satu lagi? Mansuhkan tol!
Anak Kuala said…
minta tukar blog saya anakkuala75@blogspot kepada pemudapadangrengas@blogspot.com di dalam list tuan kerana saya banyak menumpu di dalam blog pemudapadangrengas@blogspot.com. terima kasih
azlishukri said…
rahisam ramli - saya sebenarnya tidak menyalah mereka yang penakut, tetapi kita harus bijak memilih dan membezakan antara tugas dan politik, jika kita mahu menjadi bagus dan berjaya kita kena berani bercakap benar. dalam sesebuah organisasi pejuang seperti DBP, kita kena berani berjuang kerana DBP lahir daripada darah pejuang-pejuang orang Melayu..kalau kita takut..maka jangan bekerja di sana.
azlishukri said…
anuar manshor - aku setuju betul tu mansohkan tol..


anak kuala - akan saya tukarkan.
azlishukri said…
saya ingin memberi sedikit peringatan, saya tidak boleh menyiarkan komen2 yang mencarut, dan menggunakan kata-kata kesat. saya terpaksa kawal semua itu. bukan saya tidak demokratik, tetapi carutan dan kata-kata kesat itu ditujukan kepada orang lain, jika carutan dan kata-kata kesat itu ditujukan kepada saya. tiada masalah.


satu lagi, saya tidak akan menyiarkan komen2 yang akan melaga2 sesiapa - kerana ia akan mengundag fitnah. harap maklum.
wmu350 said…
saya adalah salah seorang yang tidak menyokong langsung politik menyerang keperibadian seseorang.sepatutnya kita kena fokus pada tanggungjawab setiap pemimpin yang dipilih ,adakah jawatan yang dipegang dan ia laksanakan untuk kita jadi tak perlu terlalu mencari kesalahan dan kesilapan peribadi.....tidak ada seorangpun manusia didunia ini sempurna dan tiada kelemahan

saya menyokong saudara bab utamakan kehendak golongan muda.
Anonymous said…
Blogger MARIAHSJ dengan penuh hemah bertanya kepada saya dalam posting Hikayat Dewan Ekonomi Pertama Oleh Saudara Azli.

Soalannya,

Datuk Adil,whoever you are,
Silalah berlaku adil dan tidak akan hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja atau orang ketiga. Sebagai ahli perniagaan yang hebat, anda lebih berpengalaman.
Kami pun pernah jadi "kuli" satu masa dahulu sebelum kami menjadi editor tetapi kami menerimanya untuk belajar. Alhamdullilah, saya sangat berterima kasih kepada editor-editor saya dahulu kerana menjadikan saya seperti hari ini, walaupun tidaklah sehebat Azli.



Saya sangat suka dengan kenyataan tersebut. Saya menanti pandangan Saudari agar selepas ini saya tidak akan mendengar sahaja apa yang saudara Azli katakan dan tulis. Semoga saudari mampu memberi penjelasan dan membetulkan pandangan saya kerana hanya membaca blog saudara Azli dan bertanya seorang kawan di DBP.


Jawapan Saya.

1. Saya minta maaf, pertamanya saya tidak mengetahui siapa saudari kerana tidak pernah saya melawati blog saudari. Adakah saudari seorang Editor di Bahagian Majalah? Saya minta maaf jika mengkritik majalah saudara iaitu dewan Masyarakat. Namun saya mengkritik maknanya saya ambil tahu tentang bahasa ibunda saya, biar kita setanding dan hebat seperti dahulu. Biar majalah masyarakat sehebat dahulu. Kalau saudari tidak senang, maka saya akan berhenti memberi pandangan ikhlas saya. Saya tidak suka hanya memuji, nanti kita lalai. Sebaliknya dengan memberi kritikan, kita akan berusaha lebih baik lagi. Salahkah saya memberi pandangan kalau itu dapat membantu meningkatkan persaingan dengan majalah lain?

2. Saya tidak menyokong sesiapa. Telah saya nyatakan awal-awal. Saya tidak taksub kepada individu. Saya pada mula-mula masuk blog ini secara tidak sengaja mencari artikel ekonomi untuk bacaan, bagi menambah ilmu saya dan meneroka peluang niaga. Dan saya keras mengkritik Saudara Azli sehingga beliau mengugut untuk memadam komen saya tentang politik UMNO. Tetapi saya kata, saya ikhlas memberi pandangan. Dalam hal ini, saya mendengar dari kawan saya, dan baca blog ini, juga saya ada membaca komen Blogger Budak Kampung. Kalau salah, saya minta maaf dan harap betulkan. Saudari boleh membetulkan pandangan saya dan apa sebenarnya yang berlaku.

3. Saya setuju kita mula dari bawah. Kuli dan orang suruhan. Saya juga melaluinya. Pernah dihalau dan tidak dilayan pihak Bank. Saya lalui semua ini. Cuma saya tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Sebab itu saya menunggu cerita Saudara Azli hingga selesai. Tujuan saya untuk membantu beliau mendapat pekerjaan kalau betul dia tidak lagi di DBP. Saya tawarkan beliau pekerjaan. Tetapi berdasarkan blog Saudari Ritah, ternyata Saudara Azli ditawarkan bekerja di Universiti Pahang. Saya tidak tahu sehinggalah membaca blog tersebut. Saya ambil tahu hal ini kerana menjangkakan saudara Azli menerima tawaran saya. Maka perlu saya tahu apa yang berlaku kepadanya sebelum beliau bekerja dengan saya. Saya tak kata dia betul dan dia salah, saya kena tahu penghujung ceritanya ini. Kalau puan ada cerita sebenar, maka silalah patahkan hujah saudara Azli itu. Dia tidak mengenali saya, cuma mungkin dia boleh meramal siapa saya.

4. Kenapa saya yang menjadi sasaran kritikan, sedangkan ada blogger lain yang lebih keras komen mereka. Tetapi saudari tidak pula menasihati mereka. Namun saya terbuka dan tidak berhasrat untuk mengkritik lagi Majalah Dewan Masyarakat, kalau itu yang dikehendaki. Blogger Budak kampung juga memberi pandangan, tetapi saya juga yang menjadi sasaran. Tetapi saya menerimanya dan akan menghentikan keprihatinan saya terhadap Majalah-majalah DBP.

5. Saudari kata saudari sakit dan bercuti. Saya doakan saudari cepat sembuh.

6. Permintaan saya, kalau Saudara Azli boleh dan bebas menulis kerana mendakwa menegakkan kebenaran, maka kenapa tiada orang seperti Saudari yang ingin menulis "Versi Yang Lebih Benar" untuk menangkis serangan itu. Atau saya tiak tahu kewujudan blog itu. Maka harap saudari ceritakan apa yang berlaku, biar saya tahu dan tidak hanya membaca apa yang saudara Azli itu katakan. Seperti kata saudari, jangan percaya kepada orang ketiga atau sebelah pihak sahaja.


7. Saya akan berhenti bicara hal ini selepas mengikuti sepenuhnya cerita Saudara Azli. Kemudian memberi nasihat dan bantuan sepatutnya jika boleh dan benar beliau teraniaya. Jika tidak pengalamannya itu akan menjadi sebahagian pengajaran kepada :

1. sesiapa yang suka menjatuhkan orang lain.

2. Kakitangan Tetap yang sering memandang rendah kakitangan kontrak (sedangkan ini hanyalah nikmat dunia yang sementara).

3. Mereka yang dengki.

4. Mereka yang tidak sedar menganiaya orang lain.

5. Mereka yang lupa tentang keadilan dalam Islam.


Buah keranji masak sebiji
Jatuh menimpa halaman rumah
Jangan menyimpan hasad dan dengi
Pasti mendapat kemurkaan Allah

Makan petai di tengah malam
Pelita padam tiada sumbu
Jangan kita asyik menghentam
Lihat juga diri selalu

Air laut ada tsunami
Datang bersama alunan gelombang
Kawan menangis sukar dicari
Kawan gembira keliling pinggang

(Rangkap ketiga ikhlas untuk Saudara Azli, dan bersabarlah)


Semoga Bertemu Lagi

Dato Adil
Bangsar, KL.
Anonymous said…
Assalamualaikum, tadi saya menjawab soalan seorang blogger. Manakala di bawah saya turunkan pandangan saya.

Saudara Azli menulis..

31. Maka, dalam kamus para editor, tarikh 15 haribulan itu sangat “ditakuti” – kerana macam-macam boleh terjadi. Andaikata majalah mereka tidak sempat diterbitkan, maka bahana pasti akan menimpa. Kecuali majalah Dewan Masyarakat – terdapat sesuatu keistimewaan padanya. Jika majalah ini melanggar dateline tersebut, itu tidak menjadi masalah. Ia mempunyai keistimewaan yang sukar dibayangkan dengan kata-kata. Maka, keistimewaan inilah yang menyebabkan saya kurang berpuas hati (bukan saya seorang sahaja), seolah-olah ada istilah kasta dan anak emas di sana.


Adakah ini adil?


Sekian

Dato' Adil
Bangsar KL
hans said…
KJ tu kan selalu nak tunjuk kalau boleh satu dunia yang dia tu hebat tapi masalah dia sebenarnya ialah dia memang tak hebat..
itu jer lah...
Anonymous said…
Saudara Azli dan Saudara Anuar.

Saya tidak bermaksud sokong barat,

Kenapa saudara-saudara ini berfikiran cetek, memboikot barangan daripada Barat. Adakah saudara benar-benar yakin dengan tindakan tersebut? Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Barat tidak akan rugi apa-apa, yang rugi Peniaga Melayu. Adakah kita sanggup melihat mereka mengalami kerugian. Marilah kita fikirkan cara lain yang lebih berkesan dan rancang dengan teliti. Ini tidak, apabila ada serangan, barulah sibuk nak boikot sana sini.

Bayangkan kalau semua syarikat ini menutup pelaburan mereka di negara kita, adakah kita bersedia?

Sesungguhnya berjihad itu ada banyak caranya dan tidak semestinya dengan tidak membeli barangan tertentu.

Sedangkan yang paling banyak guna pelekat McDonald VIP/VVIP ialah orang melayu, macamlah tak ada pelekat lain. Kalau begitu, arahkan polis atau JPJ supaya saman siapa guna pelekat tersebut, sekat semua filem, hiburan dan album penyanyi, dan kesemua yang berasaskan barat, biar kita rasa dahulu kesannya.

Sekadar pandangan.

Dato' Adil
Bangsar, KL
GURU_CIKGU said…
Salam,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Sebenarnya saya juga anak jati Perak, asal Sungai Manik, Teluk Intan, tapi telah lama merantau dan bermastautin di Kedah.

Perkembangan semasa kini menunjukkan Palestin sebagai galang ganti akibat perbuatan Jerman "menyeksa" Yahudi dalam Perang Dunia Kedua.
Dunia Arab sendiri tidak bersatu dan saya yakin ada kalangan pemimpin Arab yang sedang mengatur "catur" yang akan menyebelahi mereka.

Moga-moga bangsa kita tidak menjadi sebegitu dan diharapkan dengan kematangan pemimpin yang sedia ada tidak akan menggadaikan prinsip dan hasrat mempertahankan maruah dan 'servival' bangsa Melayu di Malaysia.
Carlos Abdullah said…
Komen saudara ttg isu Palestin membuka mata saya. Ia amat rasional dan pragmatik.
azlishukri said…
wm350 - itu yg patut kerajaan lakukan..

dato adil - dato adil banyak idea, tidak adil rasanya dato tidak lagi memberikan kritikan membina dalam blog saya lagi. ramai juga yg menanti2 pandangan dato'

guru - saya setuju

carlos - itu sekadar pandangan saya.
add said…
Pasal produk US dan talian Israel ni saya tak pernah ambil peduli pasal sms yang sering diterima suruh fwd kepada sesama Islam sebanyak 10 orang,,, kalau kita buat ni, alamatnya kaya la sykt telekomunikasi Hotlink,digi,umobile. mereka ni siapa sebenarnya? 2x5 je dengan US dgn israel.
Pasal nak boikot McD dan KFC serta seangkatan dengannya,,, betul cakap saudara,, bila mufis siapa nak bagi kerja pada depa ni... contoh mudah KFC, kalau KFC bangkrap, Jcop amacam? tak kan semua yang Jcop buat bisnes kena tutup,bila kena tutup siapa yang rugi, Tan Sri Hashim tak rugi, beliau boleh hidup dengan wang yang ada ,masalahnya pekerja pekerja dibawah Jcop. apa cerita?? Boleh kita nak boikot,tetapi berpada-pada dan guna kaedah, "win win situation" dengar pandangan TUN DR Mahathir, beliau bukan menyuruh memalau secara total barangan negara zionis ni, tetapi beralih arah kepada matawang asing yang lain. inilah dia pemikiran "kehadapan" bukan setakat panggil sidang tergempar dan melalak dalam dewan yang mulia, sedangkan kanak-kanak digaza sedang melalak kesakitan di sana... elaun AP dibayar.... juga isnin ni...
CaBaiKeRinG said…
selamat hari jadi jugak..

kalau sudi tolong link kan saya..

tima kasih

cabaikering
azlishukri said…
add - betul kata saudara.

cabai - saya link.
Anonymous said…
Yes, datoadil come back.
Anonymous said…
Saya stuju tentang pendapat Tuan dengan hal Palestin... KAlau hendak boikot, dimana orang Islam yang membina syarikat sperti pihak Israel.. Sepatutnya kita harus lebih memajukan diri dan membangunkan negara tanpa sibuk menjatukan orang. Tiada salahnya Pas, UMNO dan KeAdilan bersatu.. Semua Melayu bersatu.. Kenapa harus berslisih faham dan menjatuhkan sama sendiri di kalangan Melayu.. Sama2 mahu kajayaan, sama2 mahu kebahagiaan.. Lalu... Berpakatlah... PErpaduan yang sedia ada patut dibaiki..

Harap maaf.. Saya bukanlah orang politik. Sekadar generasi baru yang bimbang tentang negara sendiri..Mereka yang bergaduh itu sudah pun pertengahan umur.. Generasi pengganti akan datang harus dilatih dgn ajaran baik.. Walahualam.
azlishukri said…
nurul. pandangan saudara sangat kontstraktif.
Unknown said…
Salam sdr.

Saya memang tidak hidup dengan membantu yahudi secara langsung. Segala jenis barangan baik makanan atau minuman mereka saya tidak suka kecuali yang tidak boleh elak seperti pakaian dan filem. Di semua TV kebanyakannya memang filem dia.

Bab Khairy tu pun satu hal. Rupanya segala manusia UMNO kata dia ni bijak. Tetapi ternyata rupanya dia tidak begitu pandai.
Anonymous said…
Sebenar nya lebih 1400 tahun dulu kita umat Islam di dunia telah di fardhukan Allah untuk memboikot terutama nya yahudi dan nashora sepertimana termaktub didalam Al-Quran ...dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar nya.

Sistem pendidikan,pergaulan,makan minum,pentadbiran rumah tangga,kampung,mukim,bandar,negeri,negara,politik,perniagaan dan hidup dan mati kita segala nya telah ALLAH titipkan kepada RASUL untuk kita lagangkan...namun apa yang telah kita lakukan ...???

Bak kata Dr.Yusuf Al Qardhawi ...dari se cucuk jarum hingga ke sebuah kapal terbang kita mengharapkan ehsan orang orang kafir...

Sebenar nya ini semua adalah kerana kita umat Islam tidak BERIBADAH sepertimana yang ALLAH suruh...jika kita beribadah sehingga timbul RASA BERTUHAN ...sudah tentu pelbagai barangan keperluan hidup telah kita hasilkan..

Esok di Yaumil Mahsyar ALLAH akan tanya mana produk-produk yang di lahirkan oleh tangan-tangan yang bersyahadah...???

Sebenar nya umat Islam telah di perlekeh dan di pandang rendah sejak lebih 1400 tahun lalu...

Bukan kah Rasulullah s.a.w telah menganjurkan para sahabat hanya membeli di kedai orang-orang mukmin semasa mula-mula di buka Pasar Ansar...??? sehingga para peniaga yahudi gulung tikar bantal keluar dari Makkah dan Madinah...dan kerana ini lah sebenar nya dendam kesumat yang tak akan padam dari hati mereka sehinggalah umat Islam mengikut jejak langkah mereka hatta sehingga kelubang biawak sekalipun...

Berkenaan nasib pekerja -pekerja Islam ...Esok di yaumil Mahsyar mereka dan kita akan ditanya TUHAN
tentang ...mana kfc KITA? mana mcd KITA? mana coca cola kita?...dsb nya...

Bukan kah ada hadis yang menyatakan ...pergi seseorang kehutan mencari kayu api lalu di jual ke pasar adalah lebih baik bagi nya dari meminta sedekah...???

Sebenar nya umat Islam telah lama menjadi peminta sedekah...segala-gala nya bergantung kepada orang-orang kafir...sistem pendidikan,ekonomi,politik,hiburan,media massa dsb nya di catur oleh orang-orang kafir...ke mana pergi nya cendikiawan Islam...???

YA TUHAN KAMI ...AMPUNI LAH KAMI KERANA TELAH MELANGGAR JANJI-JANJI "HIDUP DAN MATI KAMI HANYA LAH UNTUK TUHAN PENGUASA ALAM"...

Namun di samping bertaubat , kita hendak lah membaiki diri kita dan keluarga...kerana sebenarnya PEMBELA KEBENARAN yang di janjikan sudah semakin hampir kedatangan nya...

...dan tiga tanda kedatangan ISA ALAIHISSALAM...adalah kembali nya yahudi ke baitul maqdis...runtuh nya masjidil aqsa...dan terbina nya haikal Nabi Allah Sulaiman di Baitul Maqdis...

Mengaku lah kita ...LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHOLIMIN...

TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU, MAHA SUCI MU,SESUNGGUHNYA KAMI AMAT-AMAT MENZALIMI DIRI...
Anonymous said…
sapa paling ramai lepak kat macde, siap tengok bola orang yahudi main, orang melayu le.. kalau ehwal islam tak sanggup tengok.... pi rah.. belagak ckp nak boikot..
Mohd Nasri said…
yg psl "rakyat angkat" tu mustahil akan berlaku. Sedangkan para doktor dan petugas-petugas PBB pun sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke Palestin. Inikan pula hendak mengeluarkan rakyat Palestin. Saya memang bersetuju dengan pemimpin Hamas yang meminta negara Arab supaya bersatu dan menentang Israel. Saya yakin walaupun produk yang memberi keuntungan kepada Israel tidak diboikot, pasti Islam akan menang. Cuma memerlukan masa sahaja.

Lihat sahajalah kekuatan negara Islam. Iran dengan teknologi nuklearnya. Arab Saudi dengan kekuatan petroleum yang sentiasa mendapat keuntungan. UAE dengan kekayaan yang melimpah ruah. Jordan dengan kekuatan dalam bidang perubatan. Jika ia disatukan, sudah tentu Israel dapat diusir seperti mana yang telah dicatat dalam sejarah dahulu.

Ini hanya pandangan saya sahaja.
Anonymous said…
aku tak setuju, kalau pergi dului tak apa
Anonymous said…
To anonymous...
Benar sekali...itulah dia sifat "insan"...
Insan tu pun bukan bahasa melayu...
tapi arab..makna nya "lupa/lalai"..so ayoh ..bangun lah berjihad ..ingatkan diri-diri kita dan mereka yang sedang "lupa/lalai" ..kerana sebaik baik umat adalah umat Islam dan diantara ciri-ciri umat Islam itu adalah berpesan-pesan dgn yang haq dan berpesan-pesan dgn kesabaran..
Home User said…
OH PTPTN ..... bila kau nak habis. bunga banyak weh
azlishukri said…
home user - hutang aku pun tak abis2
Eko Eshape said…
Ulasan tentang Palestina mempunya banyak persamaan dengan pandanganku.

Boikot produk Amerika, Israel dan sekutunya, boleh saja, tetapi tidak baik bila dilakukan secara drastis [mendadak].

Perlu waktu memang, namun akibatnya tidak ada yang menjadi korban di kalangan muslim sendiri.

Kalau ada solusi lain tentu akan lebih baik lagi.

Salam
Salam berkenalan...

Saudara Azli,

U have a good blog...
Love to read it...
Feel free to comment my blog,k..
azlishukri said…
waskita - pandangan kita serupa.

mencari sinar bahagia - blog saudara juga sangat menarik.
a s m said…
blog yg terhangat...tahniah
CT said…
Salam,

Kunjungan balas dari saya.

Mengenai isue memboikot barangan Israel saya rasa adalah sesuatu yang patut kita cuba lakukan seberapa yang terdaya...insyaAllah kalau McD ditutup sekalipun Allah akan beri rezeki dengan cara yang lain...segala2nya datang dari Allah!
Saya rasa penduduk Palestine lebih rela mati syahid di negeri mereka dari berpindah kemana-mana...Alangkah baiknya jika Israel itu hanya seperti semut2 yang boleh dispray dengan insectiside bila mereka berkumpul! Just my 2cents...Ma'af mungkin saya silap dalam memberi pandangan!

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil