Neurosis Pekerjaan
Oleh Muhammad Azli Shukri
(Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008)
Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”.
Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey memaparkan dunia pengurusan generasi baharu yang sudah begitu banyak berubah lantaran pendedahan pelbagai ilmu pengetahuan yang mereka alami melalui saluran maya, khususnya Internet, dan golongan ini - kadangkala jauh lebih bijak daripada bos mereka sendiri. Generasi baharu ini tidak boleh diurus dengan kaedah hukuman dan ganjaran lagi – yakni metodologi ortodoks peninggalan zaman Revolusi Industri, sebaliknya kepuasan, kebebasan untuk membuat keputusan dan melahirkan kreativiti merupakan tuntutan wajib yang ingin dinikmati mereka, khususnya yang sedang bekerja dan yang akan bekerja di sesebuah organisasi.
Menurut Covey, ketika ini dunia sedang berhadapan dengan krisis pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi perniagaan besar yang rata-ratanya wujud daripada benih kebangkitan Revolusi Industri dahulu. Organisasi tersebut lebih menekankan teknik pengurusan tradisional “Ikut dan perintah”. Namun demikian, gaya pengurusan tersebut sudah tidak lagi relevan ketika dunia sudah beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) dan memerlukan pengurusan cara baharu yang lebih bersifat insaniah dan memahami para pekerja sebagai seorang “manusia” yang sebenar dan bukan mesin yang boleh ditekan dan ditutup suisnya.
Sehingga kini, tiada satu pun acuan pengurusan moden yang mampu menyelesaikan sikap manusia yang begitu kompleks khususnya di tempat kerja, melainkan dengan satu cara sahaja, iaitu – menguruskan mereka (pekerja) dengan kepimpinan. Lantaran itu, setiap organisasi sama ada besar atau kecil harus menyedari hakikat bahawa mereka bukan lagi menguruskan sebuah mesin tetapi manusia.
Bertitik daripada persoalan itu, organisasi pada hari ini banyak dibelenggu oleh penyakit “Neurosis Pekerjaan” yang semakin serius, tidak kira di sektor awam mahupun swasta. “Neurosis Pekerjaan” adalah satu fenomena yang mana tidak ada apa – apa yang diharapkan lagi daripada seorang pekerja selain daripada ketaatan menurut perintah semata – mata, dalam masa yang sama pihak atasan tidak mahu mendengar maklum balas daripada pihak bawahan walaupun untuk kepentingan organisasi.
Menurut John Steinbeck “ Adalah menjadi sikap semula jadi manusia untuk memberi yang terunggul jika keunggulan yang diharapkan daripadanya.” Maka bagi pekerja yang dihinggapi “Neurosis Pekerjaan” tidak ada apa – apa hasil luar biasa yang akan diberikan oleh mereka kepada organisasi kerana pada dasarnya bukan itu yang diharapkan oleh pihak atasan. Pihak atasan lebih berminat untuk mengekalkan susun atur organisasi yang sedia ada, sama ada dari segi budaya atau prosedur pekerjaan demi kelangsungan kedudukan dan kuasa mereka.
Setiap kaedah dan pendekatan baharu yang dicadangkan oleh pihak bawahan akan dianggap sebagai tentangan kepada sistem yang sedia ada dan tindakkan secara tidak langsung seperti diskriminasi kenaikan pangkat akan dikenakan. Akhirnya, kerana takut pekerja tidak berani memberi cadangan dan pandangan yang dirasakan menyinggung pihak atasan, walaupun untuk jangka masa panjang cadangan itu amat bermanfaat untuk sesebuah organisasi.
Perkataan neurosis digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan jiwa yang menggambarkan keadaan seseorang yang telah putus asa dalam kehidupan. Baginya, jalan untuk berjaya telah tertutup kerana tidak mampu lagi menanggung tanggungjawab besar yang dilontarkan oleh kehidupan kepadanya. Asas masalah mereka ialah, kepercayaan bahawa kehidupan dipenuhi dengan masalah yang berat yang tidak mampu diselesaikan, malah tiada sesiapa yang dapat diharap untuk membantu. Dalam keadaan kritikal, seorang penghidap neurosis akan cenderung untuk membunuh diri.

Namun demikian, “Neurosis Pekerjaan” adalah sebaliknya. Pekerja menghidapi neurosis kerana merasa kecewa tidak diberi peluang untuk memikul tanggung jawab yang lebih besar dan mencabar, mereka berasa telah terkurang nilai atau menjadi mangsa pihak majikan, kerana tidak diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah baharu yang menyimpang daripada kebiasaan.
Dalam keadaan kritikal pekerja berasa mereka lebih pandai daripada pihak atasan itu sendiri. Hal ini terjadi kerana adanya ledakan sistem maklumat sejak era keemasan seawal tahun 1990-an. Kini, sesiapa sahaja boleh menimba pengetahuan baharu dengan mudah melalui kecanggihan teknologi maklumat jika mereka rajin berusaha. Manakala pengalaman pihak atasan akan menjadi usang jika mereka tidak menimba pengetahuan terkini dan bergerak seiring dengan peredaran zaman.
Keadaan bertambah buruk jika pihak jabatan sumber manusia mengamalkan gaya pengurusan yang dinamakan oleh Victor Tan sebagai “Pengurusan Segi Tiga Bermuda” yang mana semua aduan yang disuarakan oleh pekerja yang kecewa tidak diendahkan oleh jabatan tersebut, apatah lagi jika aduan itu berkaitan dengan budaya organisasi, birokrasi pengurusan atau polisi pentadbiran. Isu – isu ini dianggap sensitif bagi sesetengah organisasi dan didiamkan sahaja oleh jabatan berkenaan.
Apabila seseorang pekerja dikongkong daripada menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri dan disekat kreativitinya, maka seseorang pekerja tidak dapat melihat masa hadapan dalam kerjaya yang sedang diceburinya. Mereka merasakan perkembangan kerjaya akan terbantut, bukan kerana mereka tidak mampu memikul lebih tanggungjawab tetapi kerana peluang itu telah disekat oleh sistem birokrasi, terperangkap dalam percaturan politik jabatan dan musnah dalam budaya yang tidak menggalakkan kreativiti dan inovasi.
Pekerja tersebut mungkin akan meninggalkan syarikat atau jika mereka kekal akan menyemarakkan budaya tidak peduli, tiada inisiatif dan lebih mementingkan diri sendiri. Kesan langsungnya produktiviti akan menurun, kebolehan daya saing merosot, perbalahan dalaman meningkat dan jurang komunikasi antara pengurus atasan dengan pekerja bawahan semakin melebar. Organisasi seperti ini hanya menunggu masa untuk ditewaskan oleh para pesaingnya.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas semasa syarikat kenderaan Chrysler diambang keruntuhan 36 tahun lalu. Semasa Lee Iacocca datang untuk mengambil alih teraju pengurusan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu, beliau mendapati bahawa syarikat ini telah berpecah – belah mengikut jabatan. Jabatan pemasaran tidak mempedulikan maklum balas daripada pasaran. Jabatan reka bentuk tidak mempedulikan saranan daripada bahagian pembuatan. Pihak pengeluaran pula tidak mengambil kira maklum balas daripada jurujual. Akhirnya, beratus ribu kenderaan tersadai di tapak penyimpanan kerana gagal dijual hasil daripada sikap tidak mahu mengambil kira pandangan pihak lain dan mengubah kaedah beroperasi yang sudah usang.
Kesudahannya, para pekerja terbaik berpindah ke syarikat yang lebih baik seperti Ford dan General Motor. Kalau tidak kerana kesungguhan Lee Iacocca meminta belas ihsan kongres untuk bantuan pinjaman dan kemudian dengan tegas membuat penstrukturan semula terhadap budaya organisasi, sudah pasti syarikat ini sudah lama berkubur. Dengan melenyapkan sebahagian besar struktur birokrasi dan memberi lebih kuasa kepada pekerja pertengahan dan bawahan untuk berinovasi akhirnya Chrysler mampu bangun kembali dan berupaya menyelesaikan semua hutang yang dipinjamnya daripada kerajaan sebanyak AS1.5 bilion dalam masa cuma sembilan tahun. Produktiviti meningkat dengan drastik apabila pekerja bawahan dan pertengahan diberi lebih ruang untuk membuat keputusan sendiri dan berkreativiti.
Namun demikian, setelah Lee Iacocca mengundur diri sebagai CEO maka corak pengurusan syarikat beransur – ansur kembali ke budaya lama yang dipenuhi birokrasi, politik dalaman dan pemusatan kuasa kepada pegawai atasan. Untuk kali ini Chrysler, sebuah syarikat yang telah berusia 73 tahun tidak dapat diselamatkan lagi, dan akhirnya dijual kepada Daimler Benz pada tahun 1998.
Dengan mengamalkan sistem pengurusan yang betul, penyakit “Neurosis Pekerjaan” dapat dielakkan. Hal ini telah dibuktikan oleh seorang lagi tokoh kepimpinan yang terkemuka dari General Elektrik. Pada tahun 1981 Jack Welch telah dilantik sebagai CEO di syarikat tersebut yang dianggap sebagai sebuah syarikat sederhana pencapaiannya berbanding dengan syarikat – syarikat global yang menjadi persaingannya.
Jack Welch membuat kejutan, dengan mengisytiharkan perang kepada birokrasi. Semasa pelantikannya, General Elektrik mempunyai 25,000 orang pengurus dan 130 orang timbalan presiden. Jack Welch telah mengurangkan jumlah pengurusan atasan tersebut lebih daripada separuh dan memecat perancang strategik syarikat. Kuasa membuat keputusan diturunkan kepada ketua unit dan pengurus bahagian.
Beliau kemudiannya menubuhkan Majlis Konsul yang menghimpunkan pekerja bawahan dan pengurus atasan untuk menilai mana-mana prosedur yang perlu diketepikan bagi menambahkan kecekapan organisasi. Dalam tempoh 24 jam majlis tersebut perlu membuat keputusan sebulat suara dan sebarang prosedur yang menghalang kemajuan haruslah digugurkan.
Tindakkan ini menyebabkan pekerja terbaik akan terus kekal dengan organisasi kerana pandangan mereka didengari dan bakat mereka dihargai. Masa hadapan dalam pekerjaan dirasakan cerah kerana syarikat berdaya maju dengan menampilkan banyak inovasi dan banyak jawatan baharu juga muncul untuk dipenuhi. Dengan mengurangkan kerenah birokrasi dan peralihan kuasa yang lebih banyak kepada pihak bawahan, syarikat General Elektrik di bawah pimpinan Jack Welch telah mencapai begitu banyak kejayaan.
Nilai syarikat telah meningkat lebih daripada 30 kali ganda pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 1981, melakukan lebih daripada 100 penggabungan hasil daripada maklum balas pasaran dan disenaraikan dalam Fortune 500 lebih banyak daripada mana – mana syarikat lain di dunia dalam tempoh 20 tahun belakangan ini.
Dengan membunuh birokrasi dalam organisasinya beliau telah membuang barah yang boleh mengakibatkan penyakit “neurosis Pekerjaan” dalam Syarikat General Elektrik. Gaya pengurusan Jack Welch dan Lee Iacocca ini selaras dengan kata – kata bapa pengurusan moden Peter Drucker, menurut beliau “Dalam organisasi yang terdapat hanyalah kos, keuntungan berada di luarnya”. Mana-mana syarikat yang mengizinkan penyakit “Neurosis Pekerjaan” ini berkembang secara tidak langsung telah menambahkan kos operasinya, sedangkan pelanggan yang berfungsi sebagai pemberi untung akan lari ke syarikat lain yang tidak berpenyakit.
Seharusnya setiap organisasi menilai ke dalam diri dan mengkaji sejauh mana penyakit “Neurosis Pekerjaan” ini sedang membiak dalam organisasi mereka, kerana aset sebenar organisasi ialah para pekerjanya.
Gambar : Penulis bersama Ketua Pegawai Eksekutif International Center for Leadership in Finance (ICLIF), David J.S Winfield di pejabatnya.
Comments
ntahlah...
makin ramai orang akan hilang pekerjaan tahun depan...
nak jadi usahawan pun perlukan duit kan...
nak wat pinjaman bank pun bukan senang....
ntah lah..
risau juga sekali sekala pikir masa depan
saudara, tahu x berkenaan Aman Malaysia yg dato mukhriz terlibat tu?
macam mana nak sertai yer?
sebagai mahasiswa dalam bidang pengurusan saya merasakan artikel saudara ini sangat berguna kepada saya sebagai rujukan...antara ketua dan pemimpin ada bezanya. antara pengurusan dan pentadbiran ada bezanya juga...dalam dunia yang serba moden ini ada kalanya kemahiran dalam kepimpinan dan pengurusan terabai dek kerana keberganutngan yang tinggi terhadap teknologi...malahan ada syarikat yang hanya beraksi kepada teknologi untuk maju bukan kepada kemahiran manusia...salam hormat dari saya.
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
salam Maal Hijrah 1430H kepadamu sahabatku.
semoga hijrah kali ini memberikan kita lebih banyak
lagi pemahaman tentang hijrah yang sebenar-benarnya hijrah,
insyaAllah.
salam hormat, salam penuh kaseh sayang,
zul rahman
p/s: apa sebenarnya yang kita mahukan didalam kehidupan kita ini, mahu apa?
perjalanan, demi masa.
I feel very boring to read all rubbish in your blog.
I repeat the below point for more than 1000 times.
Before you want to talk about malay special rights -
please understand what is "malay special rights"
and what is "abuse of the malay special rights"
and what is "human citizen rights" - please understand very clearly.
(Enough said.)
zul rahman - yang kita cari ialah redho Ilahi..
fahana - saya rasa hal yang sama..
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Ummat Islam
Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah..
...........
Buat Saudara Azli dan Semua Saudara Seagamaku
Selamat Menyambut Maal Hijrah
Dato' Adil
Bangsar, KL.
Kepada saudara yang berkenaan, apa masalah saudara sebenarnya, tiada ribut, taufan dan tsunami, tiba-tiba benci kepada saya kerana menawarkan kerja kepada Saudara Azli. Saudara marah dan tuduh saya kroni.
Untuk pengetahuan saudara, lebih baik saya ambil bekerja orang yang saya tahu asal usulnya daripada membuang masa melayan saudara, belum tentu apa kemahiran saudara.
Saudara Azli saya tawarkan secara terbuka dan kemudian dia masih memikirkan tawaran saya. Dalam krisis ekonomi sekarang, dan kos pengiklanan yang tinggi, adalah tidak sesuai mengiklankan di media massa.
Sekian.
Artikal yang cukup berguna pada saya yang masih 'di bangku sekolah' ni... (tengah pening nak buat asignment pengurusan: MBA).
Saya setuju dengan Datu' Adil. Kalau saya ada syarikat sendiri atau ada kuasa untuk melantik kakitangan, pasti saya akan pilih orang yang saya yakin dan percaya boleh bekerja dengan saya dan untuk saya. Yang terbaik ialah orang saya sudah kenal. Bukankah proses temuduga juga bertujuan untuk cuba mengenali?
Azli,
Hidup bukan lama sangat untuk kita terus menjeruk perasaan.... namun tempat baru juga belum tentu indah segalanya. Fikir dan timbangkan antara keduanya. Saudara adalah aset yang sukar ditemui. Semoga terus cemerlang.
Kalau DSAI tu kaki belit no 1 punya orang..kalau ada anugerah persenoliti Malaysia pasti banyak geng Pakatan rakyat menang..Kalau DSAI pasti menang anugerah personaliti popular kerana putar belit nya..kalau KJ tu kirim salam la..setakat Husam tu apa la penyokong dia nak bandingkan 2kali 5 je 2 org ni.................
gerasi bansa, fuck you. Sial. Kau ingat kau siapa nak belasah pas dan keadilan. puki mak kau.
hidayat_rashid@yahoo.com
Yang Mengharap,
Hidayat Rashid
Managing Director,
Financial & Corporate Affairs,
Paradigm Mind Enterprise.
dayat - abang akan bantu..
May the warmest smiles...
The Sweetest Dreams...
And the happiest heart...
Be yours this 2009...
Wishing you a wonderful year ahead...
Kalau Roboh Kota Melaka
Kota Jawa Saya Dirikan
Kalau Saudara Tidak Berkata
Maksudnya Menerima Tawaran Jawatan.
Salam Pertemuan Saudara Azli, saudara masih belum memberi jawapan berkenaan tawaran jawatan. Saudara bersetuju sahaja akan ada pegawai saya yang menghubungi saudara, nombor telefon saudara telah kami perolehi melalui seorang Datuk yang pernah saudara wawancara.
Saya juga ingin bertanya bila masanya sambungan kepada Hikayat Dewan Ekonomi. Kerana saya telah mengetahui keseluruhan kerangka dan cerita pemecatan saudara secara mengejut itu. Saya bukan apa, cuma mahu membantu saudara jika benar apa yang saya dengar melalui kawan saya di DBP, saudara sebenarnya boleh mengambil tindakan susulan untuk menuntut hak saudara. Saudara sebenarnya teraniaya dan boleh mendapat pembelaan melalui peruntukan Undang-Undang Pekerjaan, dan Akta Kerja 1955 adalah terpakai.
Saudara jangan terlalu lama, dedahkan sepenuhnya siapa yang menganiaya saudara. Hal ini demikian disebabkan wujud ketidak adilan dalam kes saudara. Saudara boleh mendapat bantuan daripada pihak bertanggungjawab tentang perundangan.
Saya juga terkejut kerana selain saudara, Encik Anuar (Majalah Kosmik) telah berhenti. Tetapi menurut kawan saya, beliau berhenti atas kerelaan sendiri dan pemergian beliau satu kerugian kerana Saudara Anuar adalah Ustaz di DBP dan selalu memberi khutbah serta aktif pula dalam Gamelan. Namun, pemergiannya juga ada sedikit di pengaruhi pemergian Saudara Azli kerana semakin berkurangnya kakitangan bertaraf kontrak di Bahagian Majalah.
Inilah sikap orang Melayu apabila memegang jawatan yang di amanahkan rakyat, mencantas orang berbakat besar, dan mendukung biawak hidup.
Sepatutnya Editor yang gagal seperti Majalah Masyarakat yang hanya memaparkan tajuk lucah dan ketinggalan zaman, majalah sastera yang hidup segan mati tak mahu, majalah budaya yang identiti perlu meninggalkan dewan. Mereka yang sebenarnya gagal. Saya berhak berkata demikian kerana saya membeli majalah dewan sejak mengenali Saudara Azli, tetapi telah membatalkan langganan 2009 atas hilang kepercayaan.
Saya menunggu sambungan Hikayat Dewan Ekonomi untuk mengesahkan apa yang saya dengar daripada kawan saya pegawai kanan DBP yang akan bersara pada tahun hadapan.
Dato Adil
Bangsar, KL.
... Majalah Masyarakat yang hanya memaparkan tajuk lucah dan ketinggalan zaman, majalah sastera yang hidup segan mati tak mahu, majalah budaya yang tiada identiti dan karisma kerana tidak pernah saya lihat dalam majalah tersebut editornya menulis rencana, demikian juga Sastera.
Adakah mereka ini tokoh sastera dan budaya, atau mereka sebenarnya tak tahu apa-apa tentang budaya dan sastera?
Semoga terus success di thn 2009.
sheers:)
zam - selamat tahun baru dan maalhijrah juga kepada saudari..
dato'adil - saya ada menerima surat tawaran tersebut dalam email peribadi saya, tetapi saya tidak pasti adakah ianya datang daripada dato; kerana surat tawaran tersebut menawarkan kerja di sebuah syarikat petroleum. harap dapat pengesahan dato' terima kasih
qaseh - sama2
Saya tertarik dengan artikel tuan. Bidang yang saya minati dan saya amat kagumi penulisan tuan.
Budaya Pengurusan dalam Organisasi merupakan satu isu yang penting terutamanya dalam konteks mencari keuntungan dan jangka hayat syarikat.
Terima kasih keran perkongsian yang bermanfaat ini.
Stigma 'aku bos dan kau pekerja' selalunya akan membantutkan kelahiran seorang 360 degree leader yang mampu memimpin organisasi dari mana-mana kedudukan.
Namun kebanyakan pekerja muda terutamanya dari sektor awam dilihat terlalu merasa inferior terhadap pengurusan atasan dan sentiasa memendam idea kerana takut dianggap sebagai naif, tidak bernas dan sebagainya.
Mungkin sikap asal orang melayu 'yang pantang menderhaka kepada pemerintah' melambatkan proses kematangan seorang pemimpin yang hebat.
Salam singgah
sekarang tengah buat apa?
Ramzi - saya juga tertarik dengan blog saudara.
nadri - akan saya beritahu kelak.
Pertama sekali, sy ingin merakamkan terima kasih kerana sudi singgah di blog kecil sy, amat berbesar hati untuk menerima kunjungan penulis besar seperti saudara.Menjadi tekad saya untuk bergelar seorang penulis suatu tika nanti.
Walaupun berbeda idelogi politik, kita ketepikan dahulu konteks politik, dan memberi keutamaan kepada ilmu, kerana dalam Islam itu sendiri Ilmu amat dititikberatkan.
Rencana yang berilmiha dan bermotivasi daripada saudara, bagi saya ianya amat berguna kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang pengurusan. Neurosos itu sendiri sejenis penyakit yang harus diubati, jika tidak mahu mati.
Ingin berkongsi sedikit kata-kata hikmah, hasil tulisan brian sher dalam bukunya bertajuk "How to make money out of thin air" mengenai, 42 tabiat usahawan yang paling berjaya dalam dunia...saya tertarik dengan tabiat nombor 19 yang saya rasakn bersangkutan dengan rencana saudara, "Leardership by smoking around" - '....show encourage, share your power and insipre your people'
pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang tidak mintak untuk dihormati tetapi dihormati atas sifat dan peribadinya...
notakaki : sy amat berminat dengan artikel2 ekonomi saudara, jika tidak keberatan atau tidak menjadi beban tambahan kepada saudaara sudilah menghantar artikel2 ekonomi yang saudara tulis ke email saya, bukan tidak mau untuk terus berkunjung ke blog saudara ini tetapi sedikit rimas dengan 'muka-muka' pemimpin2 'terbaik' yang saudara 'pilih'...;-) salam kenal bro... keep it up ur great job...;-)
Seperti saya katakan, perusahaan saya amat besar dan tidak keterlaluan jika dikatakan saya antara 10 ahli perniagaan paling berjaya di Malaysia.
Memang antara perniagaan yang saya ceburi adalah pelaburan dan industri gas dan petroleum, kewangan, perladangan, hospital dan kesihatan, pendidikan dan maritim. Tetapi tidak perlulah saya menjelaskan terperinci hal berkenaan.
Saya juga dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Saudara telah ditawarkan jawatan Pensyarah oleh salah sebuah universiti awam.
Jika saudara lebih berminat menceburi bidang pendidikan, saya tidak boleh memaksa, namun masih mengharap.
Bilakah saudara akan melengkapkan Hikayat Dewan Ekonomi, kerana saya ingin menawarkan khidmat peguam kepada saudara.
Sekian
Dato Adil
Bangsar, KL
dato adil - akan saya pertimbangkan..
merality - semoga saudara juga berjaya saya doakan.