Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semua dijawab dengan keyakinan dan kejujuran. Itulah Mukhriz yang pernah ditakrifkan oleh abangnya Mokhzani sebagai lelaki yang berperwatakan lembut tetapi tegas dan bernas!
Mengandaikan bahawa beliau sudah tua dan berumur, serta tidak berupaya memimpin dan menjiwai golongan muda – merupakan hujah dangkal bagi kalangan orang-orang yang jahil tentang apa, bagaimana dan siapa sebenarnya yang diinginkan oleh generasi muda dan generasi maya pada hari ini. Mereka yang mendakwa bahawa Mukhriz tidak berupaya dan layak untuk mengemudi Pemuda UMNO Malaysia – merupakan golongan yang hanya layak bercakap dengan tin kosong sahaja, bunyi lebih, isi tiada. Golongan muda mengharapkan seorang pemimpin yang bijak dan bukan bijak bercakap sahaja, tetapi telah membuktikan bahawa mereka tahan diuji baik dalam dunia politik mahupun dunia perniagaan.
Golongan muda lebih cenderung menyokong Mukhriz kerana perwatakan lembut dan tiada banyak kerenah untuk berjumpa – seorang yang dibesarkan di Malaysia dan bukan di luar negara. Mukhriz, nama seorang yang berprinsip dan berani menegur perkara yang tidak benar – inilah konsep pemuda yang kita mahu!
Tatkala beliau diketepikan sewaktu Tun Mahathir menerajui negara – beliau membina perniagaannya sendiri, pernah jatuh dan bangkit dalam perniagaan seperti abangnya juga Mokzani – Malah Mukhriz pernah gagal dalam mengusahakan sebuah syarikat penerbitan, apabila majalah Spektra terbitan syarikat beliau terpaksa diberhentikan penerbitannya kerana faktor kos dan tiada sambutan. Semua ini mengajar beliau menjadi lebih dewasa sebagai seorang pemuda dan peniaga.
Banyak yang kita tidak tahu tentang Mukhriz – tetapi buat-buat tahu dan cuba menilai dengan penilaian yang tidak tepat, gara-gara beliau anak kepada Tun Mahathir. Kebodohan dan kejahilan kita adalah apabila kita, melakukan sesuatu penilaian berasaskan emosi dan bukan realiti, lantaran kita tiada fakta dan carta untuk membuat pilihan yang mana baik dan yang mana buruk. Oleh sebab itu, apabila kita disogokkan dengan kempen “wahai kawan-kawan marilah pilih calon berkelulusan Oxford ini, bijak dan pandai berdebat – harapan rakyat dan harapan semua.” Lalu kita terlopong, menonton wayang gambar bertajuk “Si Khairy yang Perkasa”, kita bertepuk – pembangkang seronok. Seronok kerana apa? Seronok kerana, jika inilah pemuda pilihan UMNO, pembangkang tidak perlu bersusah payah untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU ke-13 kelak. Namanya sahaja sudah cukup membuat para remaja dan generasi muda, mengundi Nurul Izzah si puteri reformasi.
Khairy, pemuda yang dibenci dan adalah sukar untuk disayangi – itulah Si Khairy nama yang menjadi liabiliti dan dicaci. Tidak cukupkah semua ini?. Lantaran itu, kita memerlukan seorang pemuda UMNO yang mampu mencantumkan harapan seluruh rakyat Malaysia, baik Cina, Melayu dan India – semua akan menghormatinya. Insan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Mukhriz. Semua bangsa mengetahui siapakah ayah beliau, dan berharap agar kebijaksanaan Tun Mahathir tumpah kepadanya. Malah, Mukhrizlah satu-satunya jasad yang hidup bagi membuktikan dasar pandangan ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu bukanlah satu dasar yang dibuat dengan suka-suka. Tetapi, dibuktikan dengan menghantar anaknya terlebih dahulu ke Jepun untuk mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sophia, Tokyo.
Selama lima tahun beliau di sana, menjadikan Mukhriz mampu menguasai bahasa Jepun dengan sangat baik, malah hubungannya dengan pemimpin dan tokoh-tokoh korporat di negara matahari terbit itu pun sangat rapat dan harmoni. Inilah pemuda harapan bangsa – dalam dunia yang tiada sempadan ini kita memerlukan seorang pemimpin yang tidak hanya mahir dalam berbahasa Inggeris semata-mata, sebaliknya kita mengharap pemimpin muda yang menguasai dua atau tiga bahasa, sesuai dengan senario sekarang, malangnya Khairy Jamaluddin tiada semua itu. Jika kita sudah ketemu dengan yang lebih baik daripada KJ, mengapa tidak kita tinggalkan sahaja saudara KJ, kerana sebenarnya beliau tidak memahami jiwa generasi muda – generasi muda kini bukan boleh disogok dengan main bola sahaja, golongan ini semakin bijak, kami memerlukan pemuda yang berani bercakap benar dan tidak takut kepada kuasa barat dan telunjuknya. Dalam hal ini, Mukhriz adalah pilihan terbaik!
Kita juga memerlukan seorang pemimpin pemuda UMNO yang hidup dan membesar di tanah airnya sendiri, bersekolah dan mengetahui adat resam serta agamanya dengan baik. Dalam soal ini, Mukhriz jelas berada di hadapan. Bersekolah di MRSM Kota Bharu (Sekarang MRSM Pengkalan Chepa) selama lima tahun – menjadikan beliau seorang remaja yang didik dalam budaya Melayu dan Islam dengan baik. Menurut beliau, “Saya dibesarkan dalam suasana masyarakat Kelantan yang teguh kepada ajaran Islam serta budaya Melayu. Saya hidup selama lima tahun di negeri tersebut, sehingga sekarang saya masih fasih bercakap dalam dialek Kelantan, kerana saya mempunyai ramai kawan di sana. Dan ini menyebabkan saya berasa bertuah dan tidak meninggalkan cara hidup Islam dan orang Melayu.”
Berbalik kepada isu asal yang ingin saya dapatkan jawapannya secara terus daripada Datuk Mukhriz, maka saya paparkan di bawah transkripsi penting yang saya peroleh setelah mewawancara beliau.
Dakwaan mengatakan bahawa UMNO sudah tiada lagi ahli-ahli yang jujur benarkah dakwaan tersebut?
Tidak benar, inilah masalahnya, hanya segelintir yang membuat perkara yang tidak baik, seperti politik wang, maka seluruh ahli UMNO dituduh mengamalkannya. Saya mengambil contoh AS, yang pada kita merupakan sebuah negara yang penuh dengan kejahatan dan keburukan, namun demikian rakyatnya masih berhasrat memilih presiden mereka yang baik dan mempunyai imej yang bersih. Setakat ini Obama mempunyai ciri-ciri tersebut. Saya juga mengharapkan bahawa, ahli-ahli UMNO akan memilih calon Ketua Pemuda UMNO yang ikhlas dan bebas daripada politik wang. Yang berlaku pada hari ini sudah ramai ahli UMNO yang insaf bahawa politik wang hanya menghancurkan masa hadapan UMNO. Sekarang ini, saya dapati calon-calon yang mengamalkan politik wang juga sudah berasa tidak selamat, kerana belum tentu para penerima sogokan wang daripada calon-calon tersebut, akhirnya akan mengundi mereka di persidangan. Hal ini adalah kerana, wakil-wakil pemuda UMNO sudah bijak memilih pemimpin yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan mereka. Mungkin duit yang diberi akan mereka terima, tetapi belum tentu mampu membeli undi. Saya percaya ramai ahli UMNO yang mahukan pemimpin bersih.
Saya terkejut dengan fitnah ini kepada saya, seolah-olah ada pihak cuba mengalihkan “penyakit” ini kepada saya pula, sedangkan semua orang tahu bahawa saya tewas bertanding sebagai Ketua Pemuda Kubang Pasu, tetapi saya bangga, walaupun saya kalah, saya kalah cara terhormat. Malah, kawan-kawan saya pun tidak terlalu kecewa, kerana mereka tahu saya tidak mengamalkan politik wang. Saya ingin membuktikan bahawa, kita juga mampu naik ke puncak dan disokong oleh akar umbi jika kita jujur dan tidak mengamalkan politik wang. Buktinya, selepas itu saya menang AJK UMNO Bahagian Kupang Pasu dan EXCO pemuda UMNO Malaysia – tanpa menggunakan duit. Ini menunjukkan satu harapan bahawa, masih ramai dalam kalangan pemuda UMNO masih ada yang baik dan harapan untuk membersihkan politik wang dalam Pemuda UMNO masih ada dan cerah.
Apakah Datuk sanggup bersumpah jika ada pihak mahu Datuk lakukannya demi membuktikan Datuk benar-benar bersih daripada politik wang?
Dah tentu saya sanggup dan saya mesti akan buat! Sebab saya tahu, saya tidak mengamalkan politik wang! Tetapi, pada hari ini apa yang hendak dilihat oleh akar umbi ialah tindakkan dan bukan lagi amaran atau teguran semata-mata. Orang ramai nak melihat tangkapan dibuat kepada para pelaku politik wang dan bukan amaran lagi. Ada orang cakap bahawa, terdapat seorang pemimpin pemuda UMNO yang begitu beria-ria mahu menghapuskan politik wang dalam sebuah wawancaranya di televisyen, namun demikian semua orang tahu, bahawa orang tersebut turut mengamalkannya. Saya selalu memikirkan berkenaan UMNO, diri saya tidak penting, yang penting ialah UMNO, UMNO mesti diselamatkan daripada politik wang. Jika tidak, UMNO akan hancur. Saya sebenarnya mewakili suara ahli UMNO yang inginkan kebenaran dan kejujuran dalam memperjuangakan hak orang Melayu dan mahu melihat UMNO kembali kuat. Saya akan bercakap perkara yang benar – walaupun orang tidak suka. Tetapi saya terpaksa bercakap benar.
Comments
saudara pun dah tahu jawapannya kan?
bleh tak saudara bertanya macam mana nak terlibat dengan organisasi AMAN malaysia tu>??
I'll review this article later, gonna be interesting. But now got work to do.
I just need to inform that the setiakawan team has retaliated to my post regarding KJ's pictures. Now it's a full scale war.
Bro Jinggo also came out with more of KJ posing pictures in his blog. But their counter attack was a lame effort.
Do come and visit
http://www.the-antigonist.blogspot.com/
Wassalam.
Saya telah membaca dengan penuh minat atikel sdra sebentar tadi.
Kadang2 kita dapat melihat kejujuran seseorang daripada air mukanya. Dan saya nampak kejujuran itu ada pada diri Dato Mukhriz dan tidak ada pada KJ.
Bila KJ berkata dia tidak melakukan politik wang, semua orang tahu dia berbohong. Pembohongannya itu terpancar dimukanya. Dia tidak dapat menyembuyinya.
Perwakilan pemuda akan membuat kesilapan yang amat besar sekiranya mengundi KJ pada bulan Mac 2009 nanti. Tetapi saya amat yakin dan percaya perwakilan pemuda adalah bijak. Kebanyakan mereka adalah jauhari yang mengenal maknikam.
Insya Allah Dato Mukhriz akan menjadi pilihan pemuda untuk menjadi pemimpin mereka.
Siasatan sedang dijalankan tentang penglibatan calon Timbalan Presiden UMNO.
Bagaimana dengan calon Ketua Pemuda?
piggy singh - saya sudah melihatnya, saya harap saudara bersabar.
Hope - saya setuju dan memang itu yang saya cari.
erisya - penyokong KJ kalau nak tahu mcm tu la..
Tunku - buktikan
Pok Li - saya sangat bersetuju
Nadzri - saya setuju.
Saya ingatkan dah terkubur.
Diharab lepas PAU nanti KJ jangan ikut jejak langkah allahyarham ayah nya dah le kerana duit banyak habis tapi undi tak dapat.
Saya bukan nak sokong mukhriz sebab saya tidak mengundi pun di dalam pemilihan Pemuda. Tetapi dari semua yang bertanding Ketua Pemuda, Mukhriz adalah calon yang terbaik.
Pemuda kenalah buat pilihan dengan rasional. Calon yang lain tu semua dah ada rekod. Minta jangan palitkan lumpur yang dibawa kepada Pemuda.
apa kata kita ramai2 rapatkan saf lawan Anwar @ Pakatan Rakyat ?
sila dtg blog sy utk details
Harap takde orang UMNO sendiri yang sanggup SABOTAJ dan tikam Datuk Mukhriz dari belakang.. HE!HE!HE!
Jemput ke Blog saya
http://sensecredaccountability.blogspot.com/
Wallahualam..
Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.
Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-
1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
6. Cheguman = waadat.blogspot.com
7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)
Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.
Siapa yang layak untuk menyertai?
1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)
Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-
Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com
Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai
Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )
Saya akan berjuang utk kebenaran dan menentang kemungkaran. Saya tidak akan bersekongkol dgn penjenayah politik dan pengkhianat negara. Jika itu kebenarannya, saya akan berjuang bersama sdra.
Wang ringgit terlalu sedikit untuk ditukarkan dgn syurga.
Yang nyata dan semua rakyat dah tahu, datuk mukhriz memang ada wibawa dan ciri-ciri kepimpinan serta yang paling membanggakan aku rekodnya bersih setakat ini.
Moga Allah mudahkan urusannya...mardhotillah
Teringin nak jumpa dgn Datuk Mukhriz. Macam kenangan jumpa ayahandanya Tun Mahathir di KSAH 1991.
Brother Azli, ketahuilah bahawa ramai geng-geng kapal sokong Datuk Mukhriz.
"Jika kita sudah ketemu dengan yang lebih baik daripada KJ, mengapa tidak kita tinggalkan sahaja saudara KJ, kerana sebenarnya beliau tidak memahami jiwa generasi muda – generasi muda kini bukan boleh disogok dengan main bola sahaja, golongan ini semakin bijak, kami memerlukan pemuda yang berani bercakap benar dan tidak takut kepada kuasa barat dan telunjuknya. Dalam hal ini, Mukhriz adalah pilihan terbaik!"
Nampaknya tak dapat dielak lagi pertandingan diantara TS RAFIDAH AZIZ dengan DS SHAHRIZAT ABD JALIL untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Tapi aku meramalkan kemenangan dipihak DS SHAHRIZAT.
Sdra bila pula nak tulis atikel tentang Pertandingan Ketua Pergerakan Wanita ini?
Hari ini kita semua dah tahu bahawa akhirnya Rafidah akan menyerahkan nasibnya kepada perwakilan Wanita UMNO di perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac 2009 nanti.
Seluruh dunia mengalami perubahan kepimpinan. Barrack Obama di USA. Dato Najib di Malaysia. Pemuda dan Puteri juga akan berubah pemimpin tetapi Pemimpin Wanita masih tak mahu sedar dan ingin lagi hendak memimpin.
Rancang peralihan kuasa pun tak menjadi. Jangan ingat wanita semuanya boleh cucuk hidung. Ramai dah jadi ahli professional. Doktor, peguam, akuantan, akitek, pensyarah, ahli koperat dan usahawan. Mereka boleh berfikir. Untuk apa nak pilih pemimpin yang sudah kekeringan idea. Dah jadi pemimpin lebih daripada 20 tahun cukuplah.
Kalau Rafidah meneruskan hasrat untuk bertanding bersedialah untuk ditolak oleh wanita. Jangan fikir untuk menang sahaja, fikirkan juga macam mana untuk menerima kekalahan. Dan saya amat yakin Rafidah akan KALAH. WANITA WANTS CHANGE AND CHANGE THEY WILL GET INSYAALLAH. DS SHAHRIZAT WILL BE THE NEXT KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA INSYAALLAH.
GOODBYE RAFIDAH! SELAMAT BERSARA DARI JAWATAN KETUA WANITA.
Salam
Hidayat Rashid
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
tentang rafidah tu saya akan komen tak lama lagi..
Seorang pemimpin yang baik ialah yang dapat membentuk manusia menjadi insan. Sekadar pendapat peribadi.
Menghargai kunjungan saudara ke teratak saya :)
Saya telah membaca temuramah Rafidah dan Shahrizat di dalam MM 23.11.08.
Jelas Rafidah telah menjerat Shahrizat untuk menerima pelan peralihan kuasa. Tetapi wanita bukan bodoh dan bukan tak ada akal.Mereka ada otak untuk berfikir. Mereka sedar Shahrizat telah diperangkap untuk menerima pelan peralihan kuasa pada bulan Jun 2009.
Maka sebab itulah mereka terus mencalunkan Shahrizat untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita sehingga mendapat 73 pencalunan dan melayakkan bertanding sekiranya Rafidah tidak rela menyerahkannya secara sukarela.
Rafidah berulang kali menyebut kekalahan Shahrizat di Lembah Pantai seolah-olah Shahrizat tidak pandai menjaga kawasannya. Nak tanya Rafidah menang di Kuala Kangsar tu besar sangat ke? Setahu saya majority merosot dengan banyaknya. Hanya tinggal seribu lebih sahaja.
Kekalahan Shahrizat tidak boleh hendak disalahkan kepadanya. Punca sebenar ialah kerana rakyat sudah bosan dengan kepimpinan PakLah. Rafidah sendiri maklum. Kalau tidak masakan Rafidah sanggup tulis 13 keping surat kepada PakLah menyatakan sebab-sebab BN mengalami kekalahan yang begitu teruk. Kalau Rafidah pun bertanding di kawasan Lembah Pantai di PRU12 pasti akan tumbang juga.
Rafidah berkata dia banyak kerja nak buat dalam masa 3 bulan maka sebab itulah dia hanya akan serahkan kepada Shahrizat pada bulan Jun 2009. Mengapa? Shahrizat tak boleh ke buat kerja itu? Janganlah ego sangat. Macam dia sahaja yang pandai buat kerja.
Berilah kepercayaan kepada Shahrizat. Mungkin dia boleh buat lebih baik lagi.
Kalau Rafidah benar-benar ikhlas hendak menyerahkan kepimpinan Wanita kepada Shahrizat, serahkan saja dalam mesyuarat agong wanita nanti. Itu baru menunjukkan kejujuran untuk memelihara perpaduan Wanita. Janganlah beri alasan bahawa 117 bahagian sudah mencalunkannya. Kalau Rafidah tidak bertanding apakah 117 bahagian itu akan memberontak. Saya rasa tak mungkin. Mereka lebih gembira ada sebab Rafidah sanggup berkorban demi menjaga perpaduan Wanita.
Kalau diteruskan hasrat untuk bertanding, percayalah Rafidah akan tewas dan namanya akan dikenang sebagai Pemimpin yang ditolak diakhir careernya.
Rafidah fikirlah sendiri. Buatlah solat istikharah. Semoga diberi Allah petunjuk dan hidayah untuk membuat keputusan yang benar dan betul.
Terima kasih krn sudi menjenguk diari saya yang tak seberapa itu.
Mengenai Mukhriz, saya amat bersetuju pendapat tuan tersebut.Semoga pengundian Mac nanti berpihak kpd beliau utk memimpin Pemuda Malaysia.Semoga wang bukan penentu kemenangan utk pemilihan kali ini.Ini terbukti semasa pemilihan KP Larut 2 minggu yang lalu dimana calon yang ikhlas telah dipilih untuk memimpin kami kali ini.
Sekian
Apa yang ada untuk dikatakan tentang Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo.
Lantaran tiada yang perlu diperkatakan, maka tumpuan pada Datuk Mukriz Tun Mahathir perlu diberi perhatian.
Namun buat renungan saudara-saudari sekalian, seorang tokoh yang baik, perjalanannya penuh berliku.
Imej baik Datuk Mukriz tidak cukup untuk memenangkan beliau. Faktor-faktor lain perlu difikirkan?
Apakah Faktor Lain Yang Mampu Mennjayakan Datuk Mukriz?
golongan muda atau mahasiswa kini sememangnya lebih berani (tapi, tak tahu la saya hanya di tahap mana). di indonesia, banyak hal pentadbiran dikuasai oleh mahasiawa (mampu mempengaruhi).
saya setuju dengan pernyataan, silap yang segelintir, semua tercela. maka, yang segelintir itu harus dijaga.
anyway, as long it is good for this country and peoples, we should support it.
I've just published a post, answering and challenging the setiakawans regarding their articles that demonize Mukhriz and Tun.
Silalah berkunjung jika tidak keberatan.
Wassalam
Wassalam.
semoga dalam lindungan Allah sentiasa demi perjuangan Bangsa Melayu ...
KEPADA Blogger Budak Kampung.
Saudara memang betul imej bersih ini penting. Tapi imej bersih ini tiada indikator atau indeks ukurannya. Bagaimana nak tahu seseorang itu bersih atau tidak?
Susah nak tahu dan mengukur hal ini. Ada orang depan-depan bukan main baik tapi belakang bukan main jahat (saya tak tuju pada Datuk Mukriz). Maksudnya hal ini amat sukar.
Maka sebab itulah, selain daripada penekanan kepada imej bersih itu, mesti ada kelebihan dan keupayaan lain seseorang tokoh itu. Ini yang kita cuba bahaskan. Maksud saya, Datuk Mukriz ada :
1. Sikap penyayang melalui peranannya dalam Aman Malaysia.
2. Bersikap antarabangsa dan tanpa sempadan.
3. Berani dan tidak suka berselindung.
4. Tidak suka menonjolkan diri tanpa sebab.
5. Lebih banyak bekerja daripada Bercakap.
6. Disenangi oleh Orang Cina dan India berbanding Khairy. (Ini berdasarkan maklumbalas daripada kebanyakan usahawan cina dan india yang saya kenali).
7. Bercakap apa yang dia mampu buat, bukan retorik.
8. Rajin membaca sebagai kunci meningkatkan pengetahuannya.
Itu hanya beberapa yang sempat dikatakan tentang Datuk Mukriz. Begitulah yang saya maksudkan. Kita bercakap dengan hujah dan ada sedikit fakta.
Janganlah asyik dengan kebodohan dan tahu mengkritik apa yang dikatakan oleh orang lain sahaja. Sekarang bukan masanya menunjukkan kebodohan lagi.
Saya harap blogger berkenaan faham dan tuntutlah ilmu, banyaklah membaca dan ilmiahlah sedikit.
Sekian.
Dato' Adil
yb raz gothic
aku penyokong kj yang selama ni kempen kat sini. tapi sekarang dah malas pasal duit yang dijanjikan tak masuk.. upah tak ada tipu dan asyik bagi air mineral je...
YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO?
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini merupakan Ahli Parlimen Rembau, N. Sembilan mungkin masih muda dan mentah dalam politik. Muncul dalam arena politik arus perdana pada tahun 1999, iaitu ketika mula menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau terus mendaki tangga hierarki politik dalam UMNO sehingga menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dan pada pilihanraya umum yang lalu berjaya memenangi kerusi parlimen Rembau di N.Sembilan.
Pasti ramai yang memandang sinis terhadap beliau. Ialah, terlalu cepat naik. Cakap-cakap biasa yang kita dengari, biasalah kalau dah jadi anak menantu kepada Perdana Menteri. Hehehe… Anak menantu tu memanglah. Tapi kalau difikirkan, aku sangat-sangatlah kagum dan terpegun dengan kredibiliti beliau. Kepetahannya berpidato sukar untuk ditandingi. Kalau ditanya siapakah individu di Malaysia ni yang boleh ditemukan dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat satu lawan satu, sememangnya YB Khairy Jamaluddin lah orang yang paling layak sekali.
Secara peribadi aku amat mengkagumi pemimpin muda ini. Jujur aku katakan di sini bahawa dulu pemimpin idolaku ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini tidak lain dan tidak bukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ayuh… marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional. Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO. Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri.
Aku bukanlah menidakkan kemampuan calon-calon lain yang semuanya bukan calang-calang pemimpin. Namun sekiranya aku diberi peluang untuk membuat pilihan, undi ku adalah kepada YB Khairy Jamaluddin.
Kini gelanggang telah dibuka. Mereka berempat akan bertarung sebagai anak jantan. Kepada semua perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia… buatlah pilihan yang tepat.
Kepada YB Khairy Jamaluddin @ KJ, selamat berjuang diucapkan.
Ketokohan pemimpin bukan terletak semata-mata kepetahannya berucap sahaja tetapi mesti juga disertai dengan kejujuran, keikhlasan, keimanan, ketakwaan dan kebersihan budi dan tingkahlaku.
Semua kita tahu dan tidak dapat menafikan bahawa apa yang terjadi pada pilihanraya ke 12 adalah kerana peranan KJ yang campurtangan dalam urusan kerajaan.
Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda adalah menandakan permulaan tamatnya pengaruh UMNO dalam kerajaan. Kita akan menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya ke 13 nanti. Percayalah.
Saya dan seluruh ahli keluarga saya akan keluar dari UMNO kalau KJ menang Ketua Pemuda. Saya hilang keyakinan pada parti yang dipimpin oleh orang yang tidak sepatutnya memimpin Pergerakan Pemuda.
#@#&(mungkin KJ salah seorang dari pesakitnya).
Gelar ini juga memakan diri KJ. Powerful dari segi apa, rasanya ramai yang tau. Masa itu tidak ada org yang kritik KJ. Waktu itu masih ramai yg melihat KJ sebagai pemimpin muda untuk masa depan Malaysia. Namun KJ tidak mampu menangani/mengurus bahang kekuatan WANG dan KUASA sehingga 'bernafsu' dan berleluasa dalam semua segi tanpa kekangan sehingga menjatuhkan imej dan kredibiliti. Datuk Mukriz, Datuk Hishammudin, atau sesiapa dalam PEMUDA UMNO belum pernah dilabelkan sebegitu. Mungkin ini yang membuatkan KJ terlupa asal-usul perjuangannya.
Hemat saya, sudah tiba masanya kepimpinan PEMUDA memberi peluang kepada Datuk Mukriz dan membuka ruang kepada sikap kesederhanaan dan semangat kerja menjadi intipati memayungi PEMUDA UMNO...
Lebih suka Datuk Mukriz mengepalai PEMUDA... Semoga berjaya Datuk!
tp saya cuba untuk menyokong mereka yang sepatutnya..
aku duniaku - betul tidak semua minat dalam politik
that's our Datuk Mukhriz!
:)
Bila lagi nak tulis mengenai kewajaran Rafidah hendak mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita setelah lebih 20 memimpinnya.
Kemenangan Dato Mukhriz nanti menunjukkan bahawa Pemuda adalah harapan bangsa. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh wang.
Mereka lebih sayangkan agama, bangsa dan tanahair daripada KJ.
Semoga kemenangan berpihak kepada DMM. Insyaallah.
saya benar-benar tertarik pandangan mukhriz tentang ketuanan melayu(malaysiakini).sepatutnya itulah definisi yang harus difahami oleh semua rakyat...
terima kasih kerana sudi melawat blog saya.salam..
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga kita terus kuat untuk berkorban. Saya mendoakan Saudara Azli, dan blogger lain terus kuat memperjuangkan apa yang belum tercapai.
Ikhlas Daripada
Dato' Adil
Bangsar, Kuala Lumpur.
Saya merasakan pandangan Datuk Mukriz yang turut disokong Ilmuan Tersohor Tan Sri Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim perlu diambil berat Kementerian Pelajaran. Walaupun hal ini bukan baru, namun pandangan beliau itu tepat pada masanya.
Saya juga kesal dengan pandangan Chua Sio Lek (Mantan Menteri Kesihatan yang terkenal dengan aksi video lucahnya). Dia tidak berhak untuk membicara berkenaan Ketuanan Melayu. Beliau sangat biadap.
Dato' Adil
Bangsar, Kuala Lumpur.
majalah spektra tu bagus,
tapi sayang xde sambutan