Oleh Muhammad Azli Shukri
Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan.
Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan menggunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan, bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.
Secara mudah, wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelekat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.
Dengan kata mudah, “politik wang” ialah rasuah politik. Itu sahaja. Persoalan sama ada seseorang yang sudah menerima wang tersebut akan mengundi si pemberi atau tidak, itu soal lain. Namun demikian, si penerima tadi tetap dianggap sebagai penerima rasuah, tanpa ragu. Hukum tetap jatuh, sekalipun orang tersebut mendakwa bahawa beliau tidak mengundi si pemberi rasuah itu.
Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, dan tidak terbatas kepada penyogokan wang ringgit semata-mata. Malah, kadangkala rasuah berlaku secara terhormat dan terang-terangan, umpamanya, seorang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia menaja kos melancong bagi Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian ke luar negara kerana sesuatu tujuan peribadi, seperti sedang berkempen untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Mac depan, termasuk juga sebagai rasuah. Contoh lain, seperti seorang klien sengaja mengalahkan diri dalam sesuatu perlawanan kerana mahu menjaga hubungan perniagaannya, turut dianggap rasuah. Seorang pelajar, menghadiahkan sesuatu kepada gurunya kerana mahu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan turut dimasukkan dalam jenis-jenis rasuah. Banyak lagi perlakuan rasuah yang berlaku secara terselindung dan terhormat. Semua ini tetap haram dan berdosa. Tiada keraguan lagi.
Rasuah mempunyai definisi yang sangat luas dan tidak terbatas kepada pemberian berupa wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pulangan, atau habuan untuk kepentingan peribadi atau kelompoknya dengan mudah. Rasuah turut merangkumi aspek motif dan hubungan interpersonal, strategi dan wawasan, perundangan dan keagamaan. Dari segi motif misalnya, seseorang dianggap melakukan rasuah jika motifnya ketika melakukan sesuatu pekerjaan diselitkan dengan kepentingan peribadi atau kelompok.
Jelas, “politik wang” merupakan nama lain bagi rasuah – demi menghalalkan perbuatan kotor tersebut. Dengan kata lain, “politik wang” merupakan perilaku mungkar manusia yang nipis iman dan akhlaknya, demi mengejar jawatan dalam politik serta mengikut dorongan syaitan dan hawa nafsu bagi memenuhi kepentingan diri dan mendapatkan jawatan dengan mudah.
Maka, “politik wang” merupakan jalan seseorang dalam usaha mendapatkan jawatan dalam sesuatu badan politik dengan cara yang batil dan zalim. Al-Quran jelas melarang umat Islam daripada mengambil atau menerima sesuatu secara batil seperti firman Allah dalam surah al-Nisa’ (4:29) yang berbunyi:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."
Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang berbunyi, “Sesuatu yang haram diambil (diterima) haram juga diberi.” Kaedah ini menjelaskan hukum haram menerima dan memberi rasuah.
Membanteras “politik wang” dalam UMNO merupakan suatu jihad bagi setiap ahli-ahli UMNO yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negaranya. Jatuh berdosa jika tiada ahli UMNO yang menggerakkan perjuangan untuk membanteras kebejatan tersebut. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
“Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya dalam suatu hukuman.” (Riwayat Al-Tarmizi).
Apabila Rasulullah menggunakan perkataan “melaknat” maka hukumnya adalah haram. Itu adalah jelas. Malah, dengan lebih tepat Allah mengharamkan perbuatan rasuah dalam surah al-Baqarah (2:188) yang berbunyi:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Para mufassir mengkategorikan takrif memakan harta secara batil itu kepada beberapa cara, iaitu :
1. Memakannya secara riba
2. Mengambilnya dengan cara yang tidak benar seperti menipu, rasuah, mencuri dan sebagainya.
3. Melakukan sesuatu penjualan dan pembelian dengan cara yang cepat dan tergopoh-gapah sehingga melahirkan rasa penyesalan dan tidak puas hati bagi pihak yang berakad.
Jelas, sesungguhnya “politik wang” adalah sama dengan rasuah. Hukumannya juga adalah jelas, yakni haram. Semua ahli politik yang menerima dan memakan makanan hasil daripada “politik wang” adalah sah dianggap sebagai penerima duit haram. Dan nabi bersabda,
“Wahai Ka’ab bin Ajrah, sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging (anggota badan) yang tumbuh daripada suht (haram).” (Riwayat Al-Darimiy).
Lantaran itu, mana-mana ahli UMNO yang memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu jawatan merupakan manusia yang dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, semua ahli UMNO wajib menolak “politik wang” jika tidak mahu musibah dan bala Allah turun kepada mereka. Sesungguhnya, saya telah menyampaikan apa-apa yang telah saya ketahui, terpulanglah kepada para pembaca untuk menerima atau pun tidak. Yang hak dan batil itu sangat jelas dan terang, dan mengapa kita masih memilih jalan untuk ke neraka? Wallahulam.
Comments
Sudah terang lagi bersuluh... tiada alasan utk menghalalkan amalan menyogok seseorang bagi mendapatkan faedah langsung daripadanya.
Adakah apabila seseorang calon memberi sesuatu kpd perwakilan maka itu dinamakan rasuah?
Rasuah muncul bersama kuasa. Justeru tanpa kuasa, tiadalah rasuah.
Lihat perbezaannya:
Apabila saya memberi Azli sebiji durian kerana membenarkan saya melintas jalan maka itu bukan rasuah kerana Azli tidak ada kuasa menahan saya daripada melintas jalan.
Sebaliknya jika Azli adalah seorang pengawal lalu lintas ketika itu dan tidak ada sesiapapun yg sepatutnya dibenarkan melintas jalan, maka tindakan saya memberi Azli durian tadi adalah rasuah.
Dalam pemilihan UMNO, seseorang yg bergelar perwakilan mempunyai kuasa bagi menentukan kemenangan seseorang calon. Maka sebarang aktiviti 'memberi dan menerima' adalah dikira rasuah.
Azli,
Selain rasuah, soal riba' juga sering disalahtafsirkan. Riba' adalah haram walau apa istilah yg digunakan. Manakala yang dihalalkan ialah jual-beli. Terdapat perbezaan yg sangat nyata antara keduanya.
Riba' adalah amalan org Yahudi dan sekutunya. Bila menyebut soal Yahudi, maka hati saya tidak begitu gembira dgn kemenangan Obawa biarpun ramai yg mengharapkan kemenangan beliau.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Yahudi itu banyak helah dan muslihat. Berwaspadalah.
Wallahu'alam.
Bergantung pada niat, kami tolong KJ kempen, dengan kempen dia beri upah. jadi kalau dia menang, bukan kerana rasuah. dia tolong bagi kami kerja.
kalau kami dianggap rasuah. maka kakitangan kerajaan dianggap penerima rasuah(gaji) sebab buat kerja kerajaan.
lu pikirlah sendiri.. jangan tipulah korang... sekarang ni semua mahal.. tak salah buat kerja tolong kj sebab atas dasar pekerjaan.
wahai hope yang cun.. ingat selain kj tak ada ke yang buat benda ni...bapa mukriz pun jangan nak berlagak lah...cuma kita malas nak cakap kan...
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
hidup kj
MISI KJ JELAS DAN NYATA
Dalam masa kita mencari pemimpin, kita juga melihat ke bawah di mana fokus rakyat seluruhnya juga melihat UMNO sebagai tunjang kepimpinan negara, tentunya siapa yang akan terpilih menjadi Ketua Pemudanya menjadi tumpuan ramai kerana Pemuda adalah tunggak pelapis yang akan menentukan masa depan negara.
Oleh itu, persembahan calon Ketua Pemuda yang bakal bertemu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah hanya tiga calon yang akan mencorak ke mana hala tuju Pemuda yang akan membentuk satu jiwa generasi akan datang untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang bakal mendatang.
Kemunculan Khairy Jamaluddin di kaca televisyen Astro Atma malam tadi merupakan satu pendekatan yang mendedahkan inspirasi anak muda berpendidikan tinggi yang telah berjaya meletakkan dirinya di pentas politik negara bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada generasi hari ini dan akan datang membuat tafisran dan renungan dari apa yang dibentangkan secara spontan oleh Khairy tentang visinya.
Sepertimana katanya untuk mendedahkan orang ramai dari semua lapisan kepada satu suasana pendekatan seperti menggunakan konsep forum, debat, diskusi, misalnya, adalah satu petikan yang harus dilihat secara positif kerana dengan cara itu, semua orang boleh mengambil bahagian untuk mengemukakan masalah, memberi pendapat dan memberi peluang penyertaan ramai meluahkan apa yang dikehendaki sambil mencari jalan menyelesaikannya dengan lebih konstruktif.
Justeru itu, akan dengan sendirinya akan mendekatkan orang ramai dengan pemimpin tidak kira dari peringkat mana supaya menyedari bahawa pemimpin perlu turun padang untuk menemui rakyat dengan banyak cara untuk mendapat maklum balas yang paling berkesan untuk diambil tindakan.
Sebelum ini, Khairy sudah sedia yakin bahawa pemuda termasuk remaja yang sedang membesar hari ini perlu didekati dengan cara itu. Pemuda hari ini lebih bebas, lebih radikal dari segi minda, pendidikan dan persekitaran yang amat berbeza dengan generasi sebelum in. Generasi hari ini lebih melihat realiti itu satu perkara yang memberikan mereka inspirasi untuk mengubah diri, mengubah cara hidup dan seterusnya mengubah dimensi apa jua yang mereka perjuangkan.
Sebagai orang muda seperti Khairy sendiri, nampaknya lebih melihat ketika ini adalah waktu paling sesuai di mana orang muda seperti beliau sudah sepatutnya berfikiran dan berperwatakan dewasa seperti beliau sendiri meletakkan dirinya di mana beliau berada sekarang supaya pemuda perlu didewasakan sambil tidak melupakan ciri-ciri budaya Melayu yang kian pupus juga perkukuhkan lagi.
Yang nyata daripada persembahan Khairy sendiri semalam telah dilihat dan diakui ramai bahawa beliau tidak dilihat seperti 'budak-budak'. Cara beliau berfikir, menjawab dengan penuh pengetahuan yang tertumpu kepada permasalahan bukan sahaja di peringkat domestik semata-mata. Beliau mendedahkan juga prospektif global yang turut sama memainkan peranan terhadap perkongsian pengaruh yang cukup hebat berperanan besar dalam pembentukan jiwa dan minda generasi akan datang.
Kebetulan sebelum itu, dalam Astro Awani, Khairy bersama Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR), Yusmadi Yusoff telah menyertai penal wawancara bertajuk 'Permintaan Untuk Presiden Baru Amerika Syarikat' yang cukup menarik kerana negara kuasa besar itu juga beragenda yang barang pasti membawa satu kesan kepada beberapa krisis besar dalam percaturan dunia pada ketika ini.
Jelas di sini, Khairy merupakan pemimpin muda tidak hanya memerhatikan perkembangan dan kelemahan dalaman kita sahaja, tetapi juga meneropong sama apa yang patut kita bersedia dengan pergolakan politik berprospektifkan gelombang global tanpa mengenepikan pergolakan politik negara-negara jiran yang turut memainkan sentimen yang tidak kurang menjejaskan kita dari apa yang berlaku di negara mereka.
Menyelami setiap luahan visi Khairy dalam waktu yang singkat itu, sebenarnya bagaikan sekilas apa yang ada dalam fikiran dan hatinya, Khairy mahu membawa pemuda hari ini memperincikan perjuangan mereka sesaraf dengan pemikiran lebih dewasa dan matang untuk melangkah ke hadapan dengan lebih konfiden.
Fikiran dan jiwa pemuda perlu dibebaskan secara kolektif. Mereka tidak boleh dikongkong dan dibiarkan tanpa panduan, pendedahan dan kawalan yang betul untuk bersedia berdepan dengan perubahan-perubahan yang berlaku secara mendadak di seluruh dunia sambil berkhidmat dengan jujur dan ikhlas sebagai mengiringi tanggungjawab masing-masing.
Kerana itu Khairy menyebut bahawa golongan cerdik pandai yang berada di semua sektor hari ini akan lebih tertarik dengan UMNO terhadap usul yang dibawa dan dibincang seperti bidang kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, ekonomi dan sebagainya memerlukan pembaharuan. Kerana para professional dan cerdik pandai kita tentunya sedia untuk turut serta untuk sama-sama mengangkat martabat Melayu dengan cara yang lebih sistematik.
Satu perkara yang amat terpuji dalam persembahan Khairy kali ini, beliau mengakui calon Ketua Pemuda lain terutama Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang lebih berpengalaman dari beliau yang menyebabkan pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda memperlihatkan pembahagian yang berbeza. Akuan Khairy ini satu sentuhan terpuji sebagai yang termuda daripada ketiga-tiga calon.
Bagaimanapun untuk mengukur ketentuannya, akhirnya perwakilan yang diberi tanggungjawab memilih siapa ketua mereka bukan isu pada ketika ini. Isunya memperbetulkan tanggapan dan persepsi ramai terhadap perjuangan Pemuda UMNO terhadap kesinambungan kepimpinan demi menjamin kedudukan orang Melayu yang sentiasa dikaitkan dengan watak yang kadang-kadang tidak relevan diheret bersama dalam perjuangan hala tuju yang sepatutnya.
Namun begitu, pihak penerbit TV semua saluran juga turut perlu memainkan peranan memberi peluang seberapa banyak ruang untuk mendepankan bakal pemimpin supaya masyarakat seluruhnya dari semua peringkat dan kaum di negara ini dapat sama-sama membuat penilaian kewibawaan seseorang pemimpin itu apakah mereka bercakap, berfikir dan bertindak menurut hendak inspirasi rakyat secara keseluruhannya.
Posted by bro_jinggo at 11:10 AM
Tuesday, November 4, 2008
Akhirnya, Visi Calon Ketua Pemuda Yang Jelas dan Nyata
Saya sempat melihat Khairy Jamaluddin beraksi di kacamata telivisyen untuk memperincikan halatuju yang ingin dibawanya untuk Pemuda UMNO di dalam rancangan ASTRO Atma malam tadi. Sudah tentu program ini menarik minat kepada mereka yang ingin mengenali calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah menjadi household name ini dengan lebih mendalam lagi.
Saya begitu terkejut apabila sedang menukar rangkaian telivisyen semalam, saya melihat Khairy Jamaluddin sedang bercakap di dalam forum berkisar tentang politik Amerika Syarikat. Rupa-rupanya beliau juga telah memberi pandangan di dalam rancangan sebelum Atma, saya lupa tajuk rancangan tersebut. Hebat sungguh pemimpin Melayu muda ini.
Terus terang saya katakan, saya belum sempat melihat seorang pemimpin muda yang berjaya memberi idea secara spontan dalam masa yang begitu singkat. Justeru saya ingin berkongsi ringkasan pandangan calon Ketua Pemuda ini dengan para pembaca.
Halatuju Dan Cadangan
Apa yang memeranjatkan ialah secara keseluruhannya ialah Khairy Jamaluddin tidak banyak berbincang soal politik pemilihan UMNO. Sebaliknya, dia memberi cadangan bernas yang tidak pernah kedengaran bukan sahaja dari calon-calon Ketua Pemuda malahan calon-calon di peringkat yang tertinggi UMNO yang lain.
Sebagai contoh cadangan Khairy bahawa Pemuda BN merangka kod etikanya sendiri dalam berpersatuan merupakan satu cadangan yang boleh digunapakai. Ini kerana, dengan adanya kod etika ini, Khairy berpendapat tiada lagi perbahalan atau salah faham melalui media yang boleh menganggu gugat tata etika justeru melemahkan lagi Barisan Nasional.
Sebagai pemimpin muda yang mewakili golongan muda, Khairy juga menggariskan kepentingan memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Dia menekankan bahawa UMNO perlu memahami kitaran berita dan dengan itu perlu bijak menggunakan peralatan yang sedia ada. Beliau menyentuh kemahiran menyeluruh kaedah ICT, Facebook, Youtube perlu wujud dalam setiap ahli UMNO.
Dalam menjawab soalan berkenaan struktur parti, Khairy mencadangkan perjumpaan berasingan sebelum Perhimpunan Agung untuk mendegar rintihan suara dan idea ahli-ahli UMNO akar umbi. Jika beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda, dia akan membuka ruang sebesar-besarnya untuk memberi peluang untuk akar umbi berbahas. Beliau sebagai Ketua Pemuda akan menggulung dan menjawab segala rintihan dan masalah.
Bagi menarik minat pengundi muda kepada perjuangan dan agenda UMNO, beliau ingin mewujudkan rangkaian persahabatan orang muda antara UMNO dan mereka yang tidak cenderung untuk memasuki mana-mana parti politik. Golongan muda ini termasuk kakitangan kerajaan, buruh muda, professional muda, dan lain-lain. Beliau juga mencadangkan perjumpaan di dalam Dewan atau Halltown Meeting dimana semua lapisan masyarakat dapat berkongsi dan mendengar idea.
Bagi menarik lebih ramai golongan pemikir ke dalam UMNO, Khairy percaya usul yang dibawa dan isu yang dibincangkan seperti pembaharuan dalam kehakiman, pembaharuan Badan Pencegah Rasuah, isu ekonomi seperti bagaimana untuk mengangkat martabat orang melayu secara yang tersusun pasti akan menarik minat dan perhatian golongan cerdik pandai ini kepada UMNO.
Politik Pemuda
Sebagai seorang yang sering dilabel sebagai angkuh, saya terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Khairy apabila ditanya tentang kedudukan pencalonan dan lonjakan terbaru pencalonan Dato Khir Toyo sejak kebelakangan ini. Khairy mengakui sebagai calon paling muda dan yang paling kurang pengalaman dia berpuas hati dengan tahap pencalonan yang diterimanya. Dia menambah lonjakan terakhir, KT mungkin disebabkan oleh ilmu politik Khir Toyo yang tinggi.
Tetapi saya tertarik apabila Khairy mengolah tema yang ingin dibawanya. Menurutnya, konsep setiakawan ini menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin. Harapan rakyat Malaysia ialah Khairy akan mengotakan kata-katanya untuk turun lebih kerap ke bawah untuk memahami intipati sebenar perjuangan UMNO.
Beliau juga menyentuh Politik wang jangan retorik. Pokoknya penguatkasaan perlu tegas dan menyeluruh. Jangan berdasarkan Lembaga Displin. Kita kena rapat dengan BPR. Banteras dah hapuskan. Menilai pemimpin keupayaan. Cukup retorik. Masa untuk bertindak.
Sebagai graduan Universiti terkemuka, sudah tentu dia akan dilabel sebagai seorang intelektual. Namun, Khairy menjelaskan bahawa dia tidak menjurus kepada kepimpinan intelektual. Sebaliknya dia mengambil pendekatan yang terbuka dengan menggunakan konsep debat, dialog ataupun forum.
Debat
Khairy telah menerangkan latar belakang cadangannya untuk debat terbuka sebagai contoh pendekatan terbuka yang mungkin berbeza ini. Beliau menambah ini merupakan cara untuk UMNO mencangkau batasan yang sedia ada.
Tujuan utama debat ialah untuk UMNO mendekati rakyat dan seterusnya meluaskan pengaruh UMNO. Khairy menegaskan bahawa debat ini tidak lansung bertujuan untuk memburukkan mana-mana calon, dan ia akan dilakukan secara tertib dengan harapan visi calon-calon akan diutarakan untuk dikongsi bersama.
Beliau berpendapat berdasarkan sejarah dan kejayaan UMNO selama ini, budaya dan cara UMNO sememangnya baik. Namun menurut beliau, UMNO perlu ada pembaharuan. Perlu lebih terbuka dan dinamik.
Formula Barisan Nasional
Mengikut pemerhatian beliau, pengundi di kawasan bandar lebih terbuka untuk menerima politik yang tidak berdasarkan perkauman. Namun hakikatnya, pengundi di kawasan luar bandar masih melihat kepad politik yang berdasarkan kaum. Mereka melihat ini merupakan landasan di mana hak ekonomi dan pendidikan mereka diperjuangkan. Bukan sahaja orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia yang lain.
Justeru, menurut beliau formula Barisan Nasional masih releven, tetapi caranya perlu berubah. Apa yang perlu wujud ialah semangat perkongsian kuasa yang tulen. Dari segi logiknya, tanpa pengamalam perkongsian yang tulen, maka kemenangan pada Pilihanraya akan datang sudah pasti menjadi sukar.
Akhir Kata
Sebagai seorang belia Melayu yang tidak berparti, saya mengharapkan kedua-dua calon Ketua Pemuda UMNO iaitu Dato' Khir Toyo dan Dato' Mukhriz Mahathir dapat mengambil peluang untuk menjelaskan halatuju dan mengesyorkan cadangan sepertimana Khairy Jamaluddin. Pada merekalah tempat kita bergantung harap.
Demang - saya setuju
hope - pada pandangan saya, hal ini terjadi adalah disebabkan ketidak ikhlasan sesetengah pemimpin UMNO dan kerajaan dalam menangani masalah ini.
renungkanlah
kenapa asyik kata kj rasuah..
kenapa?
kenapa?
kenapa?
orang umno lain tak buat ke? baik sangat ke orang umno lain?
hoi korang.. jujurlah................................................
Gila kuasa+Tak tau malu+Nak meranapkan bangsa+pergi jahanam = rasuah. Maaf kalau terkasar bahasa.
memang susah nak banteras,tapi boleh dilakukan..andai dasar penerapan nilai islam dilakukan dengan betul sekali..buat dasar untuk rakyat saja,tapi pemimpin sendiri masih lupa..sesiapa juga,memang bila di atas akan lupa.jarang sekali yang terus mengingati diri yang milik allah..
kalau terus pentadbiran dikotori dengan rasuah juga perkara2 lain,macam mana nak bangunkan sebuah negara yang betul bertamadun.rakyat yang betul sejahtera..untuk sesiapa juga..bukan hanya dalam konteks pentadbiran sebuah negara,malahan diri sendiri perlu berusaha bersih dari segala perkara tak diizinkan syara'..kata-kata ini bukan menunjukkan diri ini sempurana..tidak sekali..malahan banyak silap..tapi kita saling mengingati dan berusaha
Pembantu Khas bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa politik wang adalah antara sebab mengapa Ku Li hanya mendapat satu pencalonan. Iklan
Ku Li yang hanya mendapat satu pencalonan daripada Bahagiannya di Gua Musang sah tidak boleh bertanding bagi jawatan nombor satu parti apabila tidak melepasi had kelayakan yang ditetapkan Umno.
Menurut beliau, permainan politik wang menyempitkan lagi ruang Ku Li lantas gagal mendapat pencalonan yang mencukupi.
Ketika berbual bersamanya di Lobi Parlimen semalam, Kamal Amir mendakwa Ku Li sebenarnya kalah kerana tidak mahu mengeluarkan wang kepada para perwakilan bagi mencalonkan beliau.
Dalam perbualan yang sama, Kamal Amir menegaskan bukan prinsip Ku Li sejak dahulu lagi untuk mengeluarkan wang hanya kerana mahu mendapatkan pencalonan.
Biar banyak manapun atau sedikit permintaan wang dari wakil bahagian, namun Ku Li tetap dengan prinsipnya tidak mahu mengamalkan politik wang dalam pemilihan, kata Kamal Amir.
Sebelum ini umum mengetahui, Ku Li antara tokoh veteran Umno yang cukup lantang menentang politik wang selain mendesak kuota pemilihan jawatan parti dimansuhkan.
Ku Li adalah antara yang terawal menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno yang menjadi kerusi panas seketika berikutan teka-teki samada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskanya kepada Najib atau sebaliknya.
Namun, pelan peralihan kuasa yang akhirnya terpaksa dipercepatkan daripada Jun 2009 kepada Mac 2009, akhirnya menyebabkan pencalonan ke atas Najib melonjak secara mendadak.
Sementara itu Kamal Amir dalam satu laporan turut menyatakan wakil dari lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk mendapatkan wang sebelum mesyuarat dijalankan.
Beliau mendakwa ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.
Namun kata Kamal Amir, beliau memberitahu mereka bahawa Ku Li tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. Sebaliknya, Ku Li hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan.
Kamal Amir seterusnya mendakwa berkata, sebanyak 67 bahagian mencalonkan Ku LI untuk jawatan Presiden Umno.
Namun daripada jumlah tersebut, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara angkat tangan, dakwanya.
"Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Ku Li boleh berubah," katanya.
Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi.
Ini katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelum ini.
Lihatlah Dengan Hati, Pasti Anda Mengerti
www.parrembau.blogspot.com/
Mahukah kita semua kehilangan negara kita Malaysia? Mahukah kita semua Malaysia dijadikan seperti Singapura yang pada asalnya milik Persekutuan Tanah Melayu? Apakah kita semua sedar bahawa pihak pembangkang membawa kita menuju kepada kehancurannya Tanah Melayu dan ketuanan Melayu di tanah air sendiri?
Rata-rata rakyat kita sebok menjalankan rutin harian bekerja mencari rezeki. Ada yang berniaga, makan gaji dan sebagainya. Rata-ratanya juga terlupa akan hal perihal negara kita yang kini huru hara akibat ketidak stabilan politik. Satu fenomena yang berlaku akibat perbuatan parti pembangkang yang gila kuasa dan rakus.
Mereka mengatakan bahawa merekalah pembela rakyat. Mereka mendakwa mereka prihatin dan pejuang rakyat. Dan hasilnya mereka berjaya mempedaya rakyat dengan omongan mereka apabila menawan 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setelah menang, maka bermulalah episod luka untuk rakyat, terutamanya bangsa Melayu dan Islam.
Maka luluslah projek mega khinzir di Selangor yang menjadi projek KIV 100 tahun di Selangor. Maka menangislah bangsa bumiputera apabila kerajaan Perak memberikan tanah berekar-ekar kepada bangsa lain sedangkan mereka tiada bertanah! Maka gegak gempitalah pelajar-pelajar UiTM diseluruh negara apabila kuota pelajar asing di UiTM diusulkan naik. Maka bersesaklah Kuala Lumpur dengan Hindraf yang membuat kacau. Maka kotorlah ibu negara dengan himpunan kononnya "bersih"!
Maka gondollah sumber tadahan air di Kedah. Maka bertambah miskinlah umat Islam Melayu di Kelantan. Maka berforumlah peguam-peguam itu menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam dan aqidah di Malaysia, walaupun mereka itu jelas kafir. Maka akan wujudlah IFC yang menghina Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Malah, kontrak sosial pun dipertikai! Apakah mereka ini sanggup kehilangan status "kewarganegaraan" mereka yang dipersetujui di dalam sebahagian kontrak sosial tersebut?
Hakikatnya, setelah pembangkang memenangi 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kuasa dan hak-hak istimewa ketuanan Melayu dan bumiputera semakin terhakis. Pelbagai tuntutan "Malaysian Malaysia" itu mencabar Melayu di tanahairnya sendiri. Apakah ini yang rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang harapkan? Janganlah hingga tergadai tanah Melayu ini baru kita menyesal. Kini tiada lagi yang bernama "tanah Melayu" melainkan "keretapi Tanah Melayu Berhad". Apakah itu sahaja yang masih wujud? Tepuk dada, tanyalah selera diri anda.
rasuah ade kat mana2..even dalam keluarga, pejabat, masyarakat pun wujud..cuma mungkin x dalam bentuk wang yg banyak mcm dlm politik ni...nak benteras rasuah mcm mana kalau dr sekecik2 ulat smpai ke bapak ulat dok makan rasuah..yg sebok meng uar2kan supaya rasuah dihapuskan pun masih menghalalkan rasuah dlm keluarganya..hehe.
By : datoadil
Saya menitiskan air mata tengah hari semalam apabila secara rasminya mengetahui kemenangan Barak Obama. Air mata kegembiraan, biarlah saya sahaja yang mengetahui mengapa saya begitu gembira. Seperti kata Saudara Azli (Monolog). Kemudian selepas beberapa minit beberapa rakan saya dari Amerika Syarikat menghubungi saya berkenaan perkara itu. Saya sangat sibuk hari ini namun terdetik berkongsi maklumat di sini.
Saudara Azli pejuang bangsa dan blogger lain, juga kepada anak didik Kj yang membaca blog ini, pengajaran daripada kemenangan itu, rakyat menolak ketidakcekapan dan sikap pemimpin yang tidak baik. Dalam konteks Malaysia percayalah, jika UMNO-BN tidak serius dan berterusan dengan masalah dalaman, rakyat tidak teragak-agak menukar kerajaan, dan jika kerajaan ditukar, penguasaan Melayu tidak boleh diharapkan lagi.
Melayu tidak akan berkuasa lagi dari segi politik dan bidang lain. Bersediakah kita menerima Perdana Menteri Malaysia daripada Kaum Cina atau India?
Saudara Azli, bolehkah kita "melupakan" seketika politik dan saudara mengupas tentang perkara yang lebih penting sekarang untuk semua orang:
1. Benarkah ekonomi negara kukuh, sedangkan kita telah mengambil 5 billion (KWSP) dan terbaru 7 billion untuk merangsang ekonomi?
Boleh tak bahaskan ini untuk kita bertukar pandangan.
Terima kasih
Dato Adil
Bangsar KL.
Tahniah.. Majalah Saudara Kali Ini seperti beberapa Majalah Lain amat baik. Ucapkan juga rasa tahniah saya kepada Majalah Budaya, Kosmik, Bahasa, Siswa. Majalah ini sangat baik. Majalah yang saya sebutkan ini saya bawa ke AS untuk dibaca dalam perjalanan.
Harap Dapat Disampaikan Kepada Majalah Masyarakat.
Ubahlah bahasa dan penulisan anda, hadirilah kursus-kursus bahasa dan janganlah berbahasa seperti orang bodoh.
Kalau tidak lebih baik anda masuk lubang tikus dan makan tikus. Saya Balik dari China beberapa minggu lalu dan tikus antara resepi popular di China. Jadi lebih mereka cari tikus di China kalau berterusan dengan gaya penulisan begini.
Maaf emosi, tetapi saya tidak sanggup melihat majalah yang mendukung perjuangan bahasa atas nama DBP berbahasa tidak sebaiknya. Amat mengecewakan dalam keadaan nasib bangsa kita yang sering diperlekeh bahasanya termasuk terbaru di Pulau Pinang.
Ikhlas
Dato Adil.
Untuk mendefinisikan rasuah, bagi saya ianya mudah...ganjaran yang diterima atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan arahan seseorang dan ianya selalunya akan menyebabkan ketidakadilan atau penindasan kepada orang lain atau memberi kesan buruk terhadap orang lain atau memberi kesan buruk kepada ekonomi, itulah rasuah...Ia memang nyata haram.. Berbeza dengan gaji atau upah.. Gaji atau upah adalah ganjaran yang diterima atas pekerjaan yang dituntut untuk dilakukan berdasarkan kehendak majikan atau syarikat atau orang perseorangan, tanpa ada kesan buruk kepad orang lain, tanpa ada ketidakadilan atau penindasan terhadap orang lain dan biasanya ganjaran yang diterima setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan dan tetap pada satu masa...Itu definisi saya sendiri tanpa rujukan mana-mana. Kalau silap, tolong betulkan...
Sape makan cili, dia rase pedas.
Sape makan duit, dia rasa bersalah.
Perasuah harus membayangkan diri mereka ini sebagai AKU dalam kisah berikut:
Ketika AKU melalui sebuah kampung miskin menggunakan kereta mewah, lalu terserempak seorang ibu tua yang lusuh pakaiannya sedang menyuap seulas ubi kayu rebus kepada anaknya yang sedang kelaparan diserambi pondok buruk, sebelum sempat ubi itu sampai kemulut anaknya lalu AKU merampas ubi itu lalu ku makan dan sebahagiannya kuberikan ANAK_ANAK KU. Dan meraung kelaparanlah anak ibu tua itu, menitis air mata si ibu tua mengenangkan hanya itu ubi yang ada untuk hari itu. Dan mengatakan kepada anaknya, Tak pa lah hai anak ku mungkin ORANG TADI kelaparan.
Tapi itulah AKU sebab AKU perasuah.
BAJINGAN....!!!!!
Majalah ini juga ketinggalan kerana tidak mempunyai blog seperti majalah lain. Kalau tiada blog maknanya goblok belaka.
Persoalan yang perlu dijawab...
Siapa disebalik Dewan Masyarakat?
@
Perlukah rombakan dilakukan?
zulkhairy - jika UMNO hanya tinggal seorang yang jujur dan bersih pun, tidak mengapa, cukuplah. semoga UMNO boleh kukuh kembali.
bunga - bunga kenalah cari boyfriend mcm dia.
Elok dibuat fan club untuk KJ.
Saya rasa dah tidak boleh nak diubati lagi.
Amar Ma'aruf, Nahi ??????. Terkesan jugak dengan saranan Dato Adil supaya 'melupakan sebentar' politik dan menumpukan kepada isu yang lebih besar - EKONOMI.
Dalam realiti kehidupan, kedua-duanya masalah yang boleh membawa padah. Masalah ekonomi akan membawa kesan dalam jangkamasa yang pendek dan satu lagi akan menunjukkan kesan dalam jangkamasa yang lebih panjang. Cuma adakah pembaca blog En. Azli ini faham tentang apa yang cuba disampaikan?
Apa sebab atau alasan disebalik pengharaman arak? Kenapa ia dilakukan seara berperingkat dan akhirnya diHARAMkan? Bukan hanya kerana ia memabukkan namun ia merosakkan tubuh badan disamping menawarkan 'penyelesaian' yang bersifat fatamorgana. Sekejap saja nampak, kemudian hilang. Hilang kewarasan dan digantikan dengan pengaruh alkohol.
Samalah macam rasuah. Kesannya bukanlah sehari dua, namun berzaman- dan rasanya dah nampak dah kesannya sikit-sikit. Contoh: Permatang Pauh, depan Bangunan UMNO Kubang Semang ketika malam keputusan pilihanraya kecil Parlimen baru-baru ini.
Tapi mesti ada yang cakap 'takder sebut dalam Al-Quran' pun. Nak kena penampar berapi ke time kiamat nanti?
"And do not eat up Your property among yourselves For vanities, nor use it As bait for the judges, With intent that ye may Eat up wrongfully and knowingly A little of (other) people's property. (The Noble Quran, 2:188)"
Even though the exact term "bribe" or "bribery" (rashwa in Arabic) didn't exist 1400 years ago in the Arabic language, but this Noble Verse is sufficient enough to cover this topic.
As we clearly see from the above Noble Verse, Allah Almighty prohibited us from using our property or money (as we call it today) as a "bait" to "eat up wrongfully and knowingly" what doesn't belong to us, or what we don't deserve.
What Allah Almighty talked about in the Noble Verse above is exactly what we refer to as "bribery" today.
-Source: http://www.answering-christianity.com/bribery.htm
Pada saya, 'it is now or never'. Kalau tak dibanteras sekarang, ia akan menjadi penyakit yang lebih parah satu hari nanti. Hari ketika kita kehilangan kuasa politik dan kita memerlukan sokongan dan bantuan rakan seagama untuk kembali memegang tampuk pemerintahan, kita akan ditanya- APA GANJARANNYA?
I quote:
And so, my fellow Americans, ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country.
John F. Kennedy
Jangan jadikan ia budaya kita.
Saranan Dato Adil tu betul juga. Kedua-duanya kita perlu lihat dan tangani bersama-sama. Semoga kedua-dua masalah ini tidak membawa kehancuran kepada kita semua.
Salam
Rasanya saya dah nampak kesan-kesannya. Dalam pilihanraya kecil permatang pauh, ada satu makcik pro BN dari Ipoh yang ditugaskan untuk memancing undi memberi komennya terhadap keputusan pilihanraya.
" Orang Permatang Pauh ni BODOH, tak tahu berpolitik. Cuba jangan bagi undi tu kat Anwar, mesti dapat semua benda yang depa mintak punya,"
Komen saya- Sejak bila kita mengundi untuk 'meminta-minta'.
Seorang pak cik yang kesal kerana tak dapat wang yang dijanjikan:
"Depa tipu, kata dah bayaq kat ketua kami tapi dia kata tak dapat lagi,"
Komen saya- Jentera pilihanraya bukan lagi sukarelawan?
Seorang graduan yang masih muda bersama abangnya yang bekerja sebagai pemandu lori: "Aku ngan dia(si abang) dapat sorang 200, dia nih jadi wakil kat pusat mengundi dapat lagi 100. Ada yang dapat lebih pun ada,"
Komen saya - Kenapa jadi begini?
Sedih, kesal dan terkilan atas sikap saudara seagama yang nampak duit daripada tanggungjawab.
Takdak duit, takdak la undi.
Masalah politik wang bukan sekadar dalam PRU atau pilihanraya kecil.
Sering juga saya dengar 1st hand dari ahli parti sendiri.
Sedih. Itulah perasaan saya. dan makin lama makin meluat dengan politik.
Senario ini kelihatan dalam semua wadah politik orang melayu dan islam. Pas dan Keadilan pun sama, ada unsur politik wang yang ketara keta PRU lepas. Apa fungsi wang RM 200 untuk setiap pengundi yang pulang ke daerah asal untuk mengundi? kalau nak claim tiket, claimlah ala kadar, ini sampai 200 seorang. Mana dapat duit banyak2 nih? Kenapa ia dibelanjakan sedemikian rupa?
Kiblat dah bertukar - Makkah ke Ringgit Malaysia (bukan secara lisan dan perbuatan, tapi dari segi mental).
Semoga kita dilindungi dari segala yang buruk dan jahat dalam politik.
Salam.
Terima kasih banyak-banyak.
The truth will prevail.
Keep on writing.
em..apa yang saya komen semalam dah terlupa tapi tak mengapa..kira dasar penerapan islam dilaksanakan dengan betul,insya-allah perkara ni tak terjadi,,buat dasar hanya untuk rakyat sedang diri sendiri menjadi tumpuan umum..dan tidak hanya untuk siapa yang memimpin hari ini..malahan masa akan datang..pemerintahan sebuah negara akan terus kotor walaupun nampak bersihnya kalau gejala ni terus berlaku..memang bukan mudah membanteras..diri sendiri perlu renungkan..sampai bila mahu makan harta haram..sama ada dalam konteks politik atau kehidupan kita sendiri..
masa nak rebut jawatan dan masa sedang sibuk nak bertanding ini ramai pula yang baik hati beri duit kopi.
masa waktu-waktu lain tak ada pula yang berehsan dan baik hati mahu berikan duit kopi.
tipu.
sibuk sangat dengan jawatan sampai berpecah belah.bawa masuk kubur agaknya pangkat tu.
Persoalannya rasuah atau duit kopi bukan setakat menjalar di akar umbi tetapi merebak ke seluruh badan UMNO. Kata pepatah, bapa burik, anak rintik!
yang tulis blog ni pun betul ke tak ambik rasuah... mukriz tak hulur ke....
Satu lagi tuduhan tanpa bukti terhadap KJ
Tuduhan membabi buta atau tuduhan beruk buta?
Tuduhannya ialah 'Politik KJ-AR Sdn Bhd'. AR itu bermaksud Ali Rustam. Manakala 'Pendakwa' atau yang membuat tuduhan itu ialah politica-net.blogspot.com
[BACA]
[Gambar atas ialah rupa atau wajah 'Politica'].
Kesimpulannya orang yang tidak berani mendedahkan identiti sendiri tetapi hebat dan berapi-api mendakwa itu dan ini, maka orang berkenaan bolehlah digelar 'Beruk Buta'. Sememangnya perangai beruk buta suka membaling kertas sembunyi muka.
Saya harap Politica adalah seorang insan yang sanggup menerima perubahan. Bukan niat saya mahu merendahkan sesiapa tetapi kita mesti mampu untuk [Change][Berubah].
Maksud saya di sini ialah berubah daripada sikap suka membaling kertas sembunyi tangan kepada 'menulis sesuatu perkara besertakan bukti/fakta serta mendedahkan identiti kita yang sebenar'. Berani kerana benar takut kerana salah.
Filem 'An Officer And a Gentleman' yang saya tonton pada tahun 1982(ketika di RMC) sedikit sebanyak telah menjadikan diri saya seorang Blogger yang lebih berani dan bertanggungjawab
Malaysiakini hari ini memaparkan podcast dan artikel mengenai penjenamaan baru Setiakawan Khairy Jamaluddin, yang kononnya membawa mesej UMNO inklusif. Malaysiakini dan puak-puaknya terus melabel pendekatan ini sebagai lebih ‘liberal’ dan bersederhana.
Sekadar label liberal, moderate, ultra atau apa-apa label lain sebenarnya tidak bererti. Yang penting adalah sama ada pendekatan yang diterapkan dalam Pemuda UMNO selepas Mac 2009 nanti mampu menarik hati golongan pengundi muda, selagi tidak lari dari intipati perjuangan Melayu parti UMNO.
Namun, Malaysiakini tepat dalam mengatakan ini merupakan suatu penjenamaan atau penjelmaan semula Khairy dari segi retorik politik yang digunapakai. Kalau dahulunya Khairy lantang memainkan imej ultra, kini tampak beliau lebih rendah diri dan retrospektif dalam platform politiknya. Hujah Khairy mudah: PRU-12 menunjukkan bahawa UMNO telah hilang daya tarikannya kepada orang muda. Ternyata strategi Pemuda tidak lagi boleh kekal di takuk lama. Dunia telah berubah. Pemikiran masyarakat muda turut ikut sama. Maka Khairy cuba membawa suatu mesej inklusif untuk menarik segenap lapisan masyarakat muda dan tidak lagi hanya tertumpu 100% kepada isu tradisional UMNO.
Mesej ini perlu diterjemahkan; dalam Wawancara di Astro Awani Khairy menjelaskan bahawa dia bercadang untuk mengadakan usaha mendekati petani muda, ustaz muda, golongan professional Melayu muda, mahasiswa-mahasiswi dan lain-lain. Strategi Khairy ini mungkin tampak janggal kerana penterjemahan perjuangan UMNO sekian lama adalah sebagai sayap pendesak di mana lahirnya semangat perjuangan Melayu yang berkobar-kobar. Namun, bila dikaji mendalam, ia mampu menjanjikan pulangan kepada UMNO dan BN jika dapat diusahakan sebaik-baiknya.
Ini kerana bukan semua orang muda mahu menjadi ahli UMNO, atau mana-mana parti politik. Malah, melihat corak dan trend negara demokrasi matang di dunia, jelas berlakunya kejatuhan angka ahli parti politik, namun jumlah pengundi meningkat. Malaysia yang semakin lama semakin maju demokrasinya, juga tidak terkecuali dari mengikut corak ini – terdapat lebih kurang 5 juta pengundi muda, tetapi hanya 700 ribu ahli Pemuda UMNO!
Maka, perlu ada suatu usaha mendampingi secara konsisten golongan ini yang mungkin mahu menyokong UMNO tetapi selama ini merasakan bahawa parti itu tidak pernah melangkau keluar dan mendekati mereka, inikan bertukar pendapat. Mengapa tidak usaha ini dimulakan sekarang; walaupun bukan perwakilan mahupun ahli, bukankah mereka ini akar umbi yang akan mengundi di PRU juga? Tanpa usaha ini, barangkali ramai dari mereka ini akan ‘diculik’ oleh parti lawan yang sinonim dengan mesej idealistik dan progresif. UMNO perlu ‘turun padang’ dan menerangkan relevannya ideologi UMNO kepada semua, dan tidak hanya leka ‘di atas’ melaungkan semangat Melayu semata-mata lantaran berharap akan mendapat sokongan pengundi.
Jadi strategi Setiakawan Khairy ini perlu dilihat dengan kanta objektif dari segi potensi pulangannya kepada UMNO dan BN. Namun, Malaysiakini masih sinis menuduh Khairy tidak ikhlas dengan mesejnya kerana sekadar mahu menarik minat orang bukan Melayu kepadanya sebagai seorang individu. Mereka terus menerus mendakwa bahawa Khairy akan berkata satu perkara di hadapan orang bukan Melayu tetapi satu perkara berbeza pada Melayu. Ternyata dakwaan ini mudah disangkal kerana Khairy sememangnya konsisten dengan mesej inklusif ini tidak kira siapa pun yang di hadapannya. Contoh, baru dua hari lepas muncul di Astro Awani yang rata-rata ditonton orang Melayu Khairy tidak langsung ‘goreng’ mesejnya itu supaya tampak selari dengan mesej tradisional biasa UMNO.
Memang pasti, Khairy mengambil satu langkah berani dan penuh berisiko melalui platform Setiakawan ini. Persoalannya, adakah UMNO bersedia untuk menyahut mesej ini, atau masih berdegil dengan imej eksklusifnya itu tanpa menghiraukan aspirasi golongan luar UMNO.
MUKHRIZ: PEMUDA BERJIWA TUA
Sensei berpandangan bahawa keserasian antara pemimpin dengan yang dipimpin adalah perkara pokok dalam memastikan sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar. Dalam mewujudkan keserasian tersebut, tidak dapat tidak faktor umur menjadi satu perkara semulajadi yang perlu dipertimbangkan.
Sensei tidak mahu seseorang pemimpin yang dipilih atau menawarkan diri terlalu bergantung dengan pengalaman mudanya, kerana muda pada zamannya adalah berbeza dengan muda pada masa kini. 10 tahun lalu, muda mudi di Malaysia langsung tidak berpeluang untuk menyampaikan masej mereka dalam blog atau laman sosial seperti friendster atau facebook. tetapi berbeza pada hari ini, kehidupan mereka banyak dipengaruhi tentang berita dan maklumat yang boleh mereka capai terus dari internet.
Maka, Mukhriz (Mr. Mickey Mukh) tidak patut merasakan bahawa dia tahu apa yang sensei mahukan. Dan dia juga tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekiranya dia tahu apa yang sensei inginkan. Hanya sahabat sensei sahaj boleh mengagak apa yang saya ingini, biasanya ia berlaku sedemikian.
Keduanya, faktor umur dan gelaran Dato' juga menyebabkan ramai golongan muda seperti Sensei tidak akan berasa selesa untuk berbincang sesuatu, mungkin kerana terlalu hormat atau yang utamanya, idea tersebut GAGAL untuk difahami dengan jelas dan mencapai maksudnya. Maka, Sensei lebih selesa dengan yang muda dan lebih sempoi dan kurang karenahnya.
Jadi Sensei berasa Mickey Mukh bukanlah pemimpin yang sesuai untuk Pemuda UMNO Malaysia.
Pandangan anda????
kata kj - jum debat...
kata mukriz - Tak perlu Debat, Tapi Duit.. Jangan Bawak Otak, Tapi Bawak Beg....
http://malaysiaheaven.blogspot.com
Alkisah Tersebutlah Kisah Seorang YB Dari Kampung Tualang 3, Di sebuah negeri bernama Padang Pasir Berdengung. Menang Tanpa Bertanding Diatas Nama Menteri Fasola... aku bodoh gothic
awak kena tapis komen-komen kat sini sebab mereka dah mengganggu ketenteraman awam.
1400 tahun yang lalu, dimana pada perkara pertama didalam Al-Quran, iani selepas surah Al-Fatehah, kita telah dibacakan dan diajarkan tentang beberapa perkara yang sering kita sebut-sebutkan ini oleh junjungan kita Nabi Muhammad Solallahu a'lai hi wa alihi wassalam,
rujuklah kembali tentang perkara kita sebut-sebutkan ini, apakah kita faham dengan apa yang mahu disampaikan, marilah kita cuba memahaminya...
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
berfirman Allah SWT,
[1] Alif Laam Miim.
[2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
[3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
[4] dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
[6] Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman.
[7] Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
[8] Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
[9] Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
[10] Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
[11] Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
[12] Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.
[13] Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman", mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
[14] Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok".
[15] Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.
[16] Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
(Al-Quran surah Al-Baqarah, Ayat 1-16)
marilah kita bersama-sama 'cuba' membicarakan dan 'cuba' memahami tentang apa yang mahu Nabi Muhammad Saww bicarakan 1400H tahun dahulu tentang bahasa-bahasa Tuhan ini,...
marilah kita 'cuba' untuk memahami dan menurut perintah Allah Azzawajalla, iani pencipta kita ini...
(wallahualam)
[8] Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
(Al-Quran surah Al-Baqarah, Ayat 7&8)
jikalau kita sedar dan bersumpah 2kalimah syahadah, perlukah lagi kita bicarakan 'soal wang rasuah'?
baca,
marilah kita bersama-sama 'cuba' membicarakan dan 'cuba' memahami tentang apa yang mahu Nabi Muhammad Saww bicarakan 1400H tahun dahulu tentang bahasa-bahasa Tuhan ini,...
(Al-Quran surah Al-Baqarah, Ayat 13)
pernahkah kita dikatakan: "Bodoh" atau "You Stupid," ambillah saja wang itu, anggaplah ia sebagai duit ehsan atau duit belanja.
atau
pernahkah anda berkata atau dikatakan :
"bodohlah you, ambik aje lah, lepas tu, undi nanti , belakang kira, dan orang nak bagi, kita ambik sajalah"
[10] Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
(Al-Quran surah Al-Baqarah, Ayat 10)
baca...
bacalah wahai saudara-saudara kami yang kami kasehi...
bacalah dengan nama Tuhanmu...
read,...
read in the name of your Lord...
(Al-Quran surah Al-Baqarah, Ayat 16)
perniagaan?
kenapa Allah Azzawajalla berbicara dengan perkataan perniagaan? membeli kesesatan? dan
"tidaklah beruntung perniagaan" (wallahualam)
baca..
bacalah dengan nama Tuhanmu
...
Ya Rabb... pimpinlah kami...
selagi kita bernafas dan masih bernyawa...
berfirman Allah SWT,
[16] Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertobat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
[17] Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanyalah tobat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertobat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah tobatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[18] Dan tidaklah tobat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertobat sekarang" Dan tidak (pula diterima tobat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.
(Al-Quran surah An-Nisaa, Ayat 16-18)
Allah yang Maha Berkuasa atau kita yang lebih berkuasa? kita berkuasa kerana banyak wang?
apa lagi yang mahu kita dustakan?
selagi belum tercabut nyawa dari badan..
Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
maafkan saya jikalau terlebih bicara disini...
begitulah,
apa lah lagi yang mahu kita bicarakan melainkan mengembalikan semuanya kepada yang Haq',
saya percaya;
saudara azli tahu dan pasti apa yang bakal dilakukan..
saya juga tahu dan pasti dengan apa yang bakal dilakukan... ayuh!
diakhir pesanan,
setelah segala usaha dan rintangan telah kita coba sedaya upaya kita tanpa berputus asa,
maka, senjata terakhir seorang muslimin adalah berdoa kehadirat Allah Azzawajalla dan memohon limpah karuniaNya.
semoga berjaya,
salam perjuangan, salam hormat dan salam penuh kaseh sayang kepada semua terutama saudara azli shukri,
zul rahman