Terima Kasih Guru!
( Penyelesaian Krisis Harga Minyak Siri 1 : Dejavu )
Saya tidak mengulas terlalu panjang berkenaan isu kenaikan harga minyak sebelum ini. Alasannya mudah pertama, terlalu banyak andaian dan teori berkenaan isu tersebut. Sengaja saya menunggu sehingga hampir dua bulan kerana saya ingin merasai sendiri kesannya sebagai manusia biasa yang bekerja makan gaji. Akhirnya, saya terpaksa memerah otak dan merenung jauh akan tindakkan yang telah kerajaan ambil berhubung kenaikan harga minyak ini. Apakah kita sudah tiada lagi alternatif lain untuk mengelak daripada meningkatkan harga minyak atau kerajaan sudah kehabisan idea untuk menyelesaikannya? Saya memerhati segenap hujah sama ada di pihak pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulannya serta hujah daripada pihak kerajaan termasuk daripada Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Kewangan II, tidak lupa tokoh yang amat saya kagumi Tun Dr Mahathir Mohamed dan saya juga mendengar secara langsung pandangan daripada tokoh-tokoh korporat Malaysia, sama ada yang berstatus A mahupun B. Malam ini, saya akan ikuti secara langsung Debat Agenda Daily bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia. Oleh sebab saya mendapat pas masuk, maka pada malam ini saya akan menilai sejauh mana kekukuhan hujah kedua-dua tokoh tersebut dalam menangani isu kenaikan harga minyak yang melanda dunia kini.
Berbalik kepada pokok asas artikel siri pertama ini, setelah hampir dua bulan harga minyak naik, maka kesan yang paling terasa bagi orang awam seperti saya, dapatlah saya simpulkan seperti berikut:
1. Nilai kekeluargaan semakin pudar : Apabila harga minyak meningkat, semakin ramai orang berkira untuk pulang ke kampung. Jika dahulu, setiap bulan kita akan pulang ke kampung dua atau tiga kali tetapi, kali ini orang mula berfikir untuk hanya pulang sekali sebulan sahaja. Bahkan, sudah semakin ramai yang malas untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan mereka, semata-mata memikirkan jarak perjalanan yang jauh dan kos minyak yang merunsingkan. Semua ini mengakibatkan nilai kekeluargaan semakin pudar.
2. Tekanan Perasaan : Apabila pulang daripada kerja dan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, maka dua tekanan perasaan akan berlaku. Jika dahulu tekanan perasaan hanya kerana bosan akibat kesesakan trafik ketika pulang daripada bekerja, kini tekanannya bertambah satu lagi, iaitu tekanan memikirkan minyak yang terbazir begitu sahaja semata-mata kesesakan lalu lintas. Jika sebelum ini kita tidak berkira sangat jika minyak kereta kita habis akibat kesesakan lalu lintas, kini, lain jadinya, kita bertambah tertekan dan marah, malah tidak kurang ada yang bertindak di luar batas undang-undang akibat tekanan-tekanan ini.
3. Takut Untuk Bergerak Keluar Rumah : Jika dahulu kita mempunyai RM50, kita masih berani menaiki kereta ke sana ke mari. Namun demikian, jika itu jumlahnya yang tinggal dalam dompet kita, kita pasti berasa susah hati dan cemas. Maknanya, nilai duit telah jatuh. Kita sendiri boleh rasa. RM50 hari ini umpama RM20 sahaja. Lantaran itu, kita mula mengurangkan pergerakan dan aktiviti ekonomi menjadi semakin terhad dan terbatas.
Bersambung...
Comments
Semua harga barang naik, termasuk harga makanan. Taraf hidup semakin tinggi, tapi gaji sebulan masih di takuk lama.
salam singgah bro..thanks sebab dropping by kat blog aku..:)
Saya setuju dengan pendapat anda mengenai kesan kenaikan harga minyak.
Rakyat Malaysia sekarang semakin 'berkira' dan ini pada hemat saya, akan membuatkan kita menjadi masyarakat yang materalistik.
Kita hanya mementingkan diri sendiri saja. Dan perkara yang saya paling takut adalah, apabila semua orang nak berjimat atau melakukan kerja sampingan semata-mata untuk mencari duit lebih; nilai-nilai agama/moral diketepikan.
Tekanan emosi apatah lagi :)
Apabila melihat debat Anwar dan Shabery, mungkin kerajaan boleh mengambil idea/cadangan daripada Anwar untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Siapa yang gaji RM 1,000 dan tinggal di Kuala Lumpur/Selangor ni memang kesian....kesian..
saya bersetuju bahawa masalah kenaikan minyak ini akan membawa kepada masalah berangkai
-terutamanya bila tuan sebutkan bahawa rakyat berkira untuk pulang ke kampung lalu menjejaskan institusi kekeluargaan
-memang isu ini isu global, tapi kita perlu ada internal affair yang baik untuk menghadapinya
-tahniah tuan, good thoughts
-selamat menulis
Harap tuan dapat mewar-warkan kehadiran blog saya ini kepada sahabat handai dan juga teman-teman seperjuangan.
saya juga boleh dihubungi di email:
hidayat_rashid@yahoo.com
saya amat berbesar hati jika tuan dapat memberikan alamat email tuan kepada saya..
sekian.
Che Dayat
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Bole ulas sikit debat semalam?
:-)
terima kasih singgah sebentar di blog usratika.jadi, tertunggu bila tuan nak memberi ulasan debat semalam.hehehehe
Saya masih ingat semasa krisis ekonomi negara pada 1997-1998, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir melancarkan kempen menggalakkan rakyat Malaysia lebih berbelanja bagi mengimbangi dan menjanakan aliran tunai melalui konsep jual dan beli. Kempen Mega Sale negara sebagai contoh dilancarkan bagi memberikan impak kepada kerancakkan pergerakkan aliran tunai dalam negara bagi menghadapi inflasi dan krisis ekonomi.
Sekarang langkah mengsyorkan rakyat untuk lebih berjimat sangat agak merugikan kepada pergerakkan aliran tunai negara kerana akan menyebabkan penawaran lebih daripada permintaan jadi inflasi akan semakin meningkat. Kenapa penawaran (peniaga ramai)lebih? Kerana rakyat terlalu tidak berbelanja, jadi permintaan (pembeli) berkurang.
Kita mungkin agak sukar untuk mengawal ekonomi dunia, namun kita boleh membantu secara tidak langsung kepada ekonomi dalam negara dengan mekanisme merancakkan pergerakan aliran tunai dalam negara. Banyak berbelanja tidak semestinya berbelanja boros.
Wasalam
Bagi yg tak rasa kesan kenaikan tu barangkali krg normal. Cuma sy yg guna NGV memang tak berubah jadual saya. Namun dah sebulan lebih tak balik kampung sbb setiap hujung mgu ada program rasmi.
Kalau sy kata semua komen tersebut hanya pendapat masing-masing, nti org kata Cheguman ni takde modal lain ke nak cakap: persepsi... persepsi... persepsi.
Barangkali boleh kita renungkan sikit: sifat manusia ialah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jadi sy rasa rakyat akan menyesuaikan diri sebagaimana perokok tegar mcm sy yg tak perlu berhenti merokok wlupun masa belajar isap rokok kat sekolah dulu (jgn salah faham, bukan sekolah atau cgu yg ajar isap rokok) harga D****ll cuma RM2 utk 20 btg. Sekarang?
Percayalah, silaturrahim tak putus sbb dek minyak naik dan tak juga semakin kukuh jika myk turun.
Tepuk dada tanya selera? lebih baik urut dada tanya iman.
sudah agak lama tak disuakan makanan minda.
syabas.
Ketagihan untuk mengikuti isu-isu semasa amat penting agar ilmu dan minda yang mantap dapat dipupuk.walaupun menulis lebih sukar berbanding membaca namun ianya memberi penangan yang tersendiri.salam.
Menanti itu seksa.
ha.ha.
komen bekenaan "kesan ekonomi negara" terhadap orang awam seperti en.azli...
1) nilai kekeluargaan yang pudar.
-seperti yang kita sedia maklum bahawa manusia itu sifatnya suka memberi alasan.tidak semua orang bertuah dapat tinggal bersama keluarga setelah mendapat pekerjaan atau ketika menyambung pelajaran seperti saya. keluarga jauh nun disabah..dok sorang kat sini. tapi tak pernah pun terasa nilai kekeluargaan itu makin pudar,kerana jarak bukan alasan untuk pengurangan nilai sesebuah keluarga. apa guna kemajuan teknologi kalau tidak untuk merapatkan hubungan yang terpisah. Jangan memberi alasan apabila nak tambah kredit rm 10 ringgit seminggu untuk keluarga tu payah tapi sembang ngan "ajnabi" Rm 100 pun tak pa...itu adalah
pelaburan yang tak bermanfaat ketika ekonomi sedang meruncing.
2.tekanan perasaan.
-setiap orang dalam dunia ini masing-masing mengahadapi masalah..
itu ujian namanya...saya tidak terlepas dalam menghadapi ujian akibat ekonomi yang kurang stabil ..tapi saya dari sudut lain, en azli dari segi tekanan perasaan berhadapan dengan jam kereta..perlu kita sedar ujian ini tak sehebat dimana ujian kita kena pergi beperang untuk membela agama kita..berperang dengan krisis makanan, bencana.. kita bersama-sama harus bersyukur. Em..kalau rasa waktu puncak tu sangat membebankan..kenapa tidak berhenti dan lepak dahulu di mana2 masjid tepi jalan..nanti lepas isyak baru balik..(itu cadagan kalau en tak da keluarga) kalau da ada...em terpaksa redah saja lah...tapi dalam dok tension kat dalam kete apa kata pasang muzik yang menenangkan..paling senang pasang ayat2 al quran atau selawat..insyaAllah terapi untuk stress..
3. takut untuk bergerak
-saya ada terbaca berkenaan tentang pengurangan jumlah kenderaan pada hujung minggu. itu memang satu kesan yang amat baik...kerana ianya bukan sahaja akan mengurangkan perbelanjaan tak berfaedah, malah akan membantu mengurangkan pencemaran dan kesesakan pada hujung minggu. disamping itu, adalah lebih baik duduk dirumah dan berehat setelah 5 hari kerja dan hadapi stress di jalan raya..bukannya apa..pada permehatian saya, sesetengah rakyat malaysia ni bukan keluar nak beli barang pun, tapi suka keluar ronda- ronda untuk aktiviti sosial yang memang langsung tak berfaedah. Jadi daripada buang masa, tenaga , dan kemungkinan terjerebak dalam liku-liku tak bermoral kat kl ni..baik duduk diam di rumah (^_^)
kesimpulannya kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan keadaann kerana keadaan itu bukan sesuka hati kita sahaja yang cipta..
saya suka untuk memberi komen.ni adalah pandangan saya yang tak semestinya benar dan juga pandangan ini adalah dibuat secara pemerhatian kepada rakyat malaysia terutamya yang bergelar mahasiswi macam saya...
saya ada membaca komen en azli di blog saya..saya menerima pendapat en azli tentang cara pemikiran saya..seharusnya bila en azli memberi komen terhadap penulisan saya, saya amat berharap sangat agar en azli terangkan dengan terperinci sebab saya tak nampak tulisan dimana saya berfikiran kapitalis...terima kasih (^_^)
maaf bila berlebih......
saya pun masih tertunggu ulasan en azli pada debat agendadaily baru-baru ini..harap ilmu yang en azli ada dapat dikongsi...salam