Skip to main content
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata.


Al-Quran
Kita Perlu Ubah Persepsi

Oleh MUHAMAD AZLI SHUKRI

(Artikel ini telah pun disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20/01/2004)

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 2, "Sesungguhnya Kami turunkan kepada engkau al-Quran yang berbahasa Arab, supaya kamu fikirkan". Firmannya lagi yang bermaksud, "Inilah Kitab ( al-Quran ) yang Kami turunkan kepada engkau, penuh keberkatan supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal dapat mengambil pelajaran." ( As-Shad: 29 ).


Kedua-dua firman Allah di atas sudah memadai untuk menggambarkan betapa besarnya fungsi al-Quran di dalam kehidupan manusia. Ia tidak hanya untuk dibaca serta dihafal semata-mata, tetapi yang lebih penting dan utama, al-Quran harus dijadikan sebagai petunjuk serta difikirkan segala makna dan struktur kata-katanya yang terkandung pada setiap halaman.


Hal ini bererti, al-Quran tidak hanya diturunkan untuk diambil manfaat pahalanya dari segi membaca dan menghafalnya sahaja, bahkan manfaat yang lebih berharga dan bernilai ialah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk difikirkan serta direnungi akan setiap lafaz serta struktur ilmu-ilmunya. Justeru itu tidak syak lagi, falsafah inilah yang telah dipegang oleh generasi salaf-as soleh demi memastikan umat Islam terus berada di hadapan, sama ada dari segi moral kehidupan mahupun dari aspek ilmu pengetahuan.


Metode yang diwarisi dari generasi salaf ini berterusan diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam sehingga terbentuknya kegemilangan Islam di Baghdad dan Sepanyol (Andalus) untuk satu tempoh sejarah yang amat panjang.


Tokoh-tokoh besar Islam sejak generasi salaf hingga ke era puncaknya di pintu masuk Eropah (Sepanyol), telah memperlihatkan bagaimana al-Quran harus digunakan sebagai petunjuk yang agung. Penghafalan dan penghayatan al-Quran telah diadun dengan cukup baik demi membuktikan bahawa al-Quran tidak hanya simbol kepada ibadah khusus semata-mata.


Tetapi jauh lebih syumul daripada itu, al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan fizikal yang amat penting di samping struktur dalamannya (susunan surah, ilmu tersirat serta sirah-sirahnya) merupakan sumber metodologi pemikiran yang harus dikuasai oleh umat Islam, jika mereka berhasrat untuk melihat kegemilangan Islam tercipta sekali lagi.


Hal ini benar-benar telah diisyaratkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, "Hai manusia! Perhatikanlah al-Quran yang penuh dengan ilmu hikmah dan kebijaksanaan." ( Yasin : 12 ). Memerhati al-Quran tidak terbatas dalam konteks lafaznya semata-mata, tetapi lebih jauh dan dalam daripada itu, segala struktur serta susunan ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya mestilah dikaji dan diselidiki secara serius tanpa terkeluar daripada garis dan etika pentafsiran golongan salaf as-soleh.


Dengan kata lain, al-Quran tidak hanya dilihat dalam aspek penghafalan dan pembacaan untuk ibadah khusus sahaja, akan tetapi yang lebih penting, pemikiran umat Islam dalam melihat dunia dan akhirat harus dibentuk daripada corak serta struktur ilmu-ilmu yang telah disusun secara sistematik di dalam al-Quran itu sendiri.


Dan inilah yang telah dibuktikan oleh Imam Syafii ketika membangunkan teori usul fikahnya untuk menggali serta mengistinbatkan hukum yang terkandung di dalam al-Quran. Kaedah ini benar-benar menggambarkan pengamatan beliau yang amat tajam terhadap struktur ilmu yang terkandung di dalam setiap helaian al-Quran itu.


Sebagai pembangun ilmu usul fikah sebagaimana yang ditulis di dalam kitab ulungnya Ar-Risalah, Imam Syafii telah membuktikan bahawa al-Quran tidak hanya diselidiki dan dikaji dalam aspek makna lafaz-lafaznya sahaja, bahkan beliau melihat al-Quran dalam konteks yang jauh lebih luas daripada itu, hatta struktur serta rangka kasar ilmu-ilmu yang mendasari al-Quran turut sama dikaji dan diselidik secara jitu dan mendalam.


Justeru itu, hingga saat ini ilmu usul fikah telah memberi dampak yang tidak ternilai kepada pengurusan hidup umat Islam. Malah, para ulama dengan menggunakan kaedah beliau tersebut, sudah berupaya untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah, bagi menetapkan hukumnya seperti isu klon, insurans, rokok, mendermakan organ tubuh orang yang telah meninggal, bekerja di bank-bank konvensional, zakat gaji bulanan, masalah mencukur janggut dan bermacam-macam lagi yang tidak mungkin disebut kesemuanya dalam ruang yang amat terbatas ini.


Lantaran itu, sikap Imam Syafii ini, benar-benar menggambarkan manifestasi kefahamannya yang mendalam terhadap kehendak al-Quran seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 138 dan Az-Zukhruf ayat 3 yang bermaksud, "Bukanlah al-Quran itu semata-mata perkhabaran yang diada-adakan, bahkan ia membenarkan kitab yang di hadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi memberi petunjuk dan rahmat, bagi kaum yang mahu beriman." "Dan Tidakkah mereka memperhatikan isi al-Quran ini? Atau hati mereka terkunci?" Apabila Allah sudah menerangkan bahawa al-Quran merupakan kitab yang "menerangkan tiap-tiap sesuatu", maka sudah pastilah tiada sesuatu ilmu pun yang terlepas daripada dibicarakan oleh al-Quran.


Justeru itu, sama ada sesuatu ilmu itu berorientasikan kepada analitikal seperti sains ataupun yang berorientasikan kepada subjektikal seperti falsafah dan pemikiran, sesungguhnya semua itu telah tercakup di dalam al-Quran, baik dalam keterangan yang nyata (tersurat) atau pun tidak (tersirat). Lantaran itulah, Allah menggesa agar hamba-hambanya menggunakan akal yang telah dianugerahkan-Nya untuk memikirkan dan mengeluarkan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam al-Quran itu sendiri. Seperti Firman-Nya dalam surah Muhammad ayat 24, "Kami turunkan al-Quran kepada engkau, supaya engkau terangkan kepada manusia, apa-apa yang diturunkan kepadanya, mudah-mudahan mereka itu memikirkannya."




Comments

Anonymous said…
Setuju sangat sdr. Azli. Tulisan yang bagus!
Desperado said…
Salam Azli

Terima kasih atas ziarah saudara ke blog saya...saya tidak punya kemahiran menulis seperti saudara, tetapi hanya ingin meluahkan perasaan yang menjadi mangsa pilihanraya ke 12...

izinkan saya link kan blog saudara ke blog saya
kuanderas said…
Saudara Azli,

Al-Quran adalah sesuai sepanjang masa. Tulisan saudara agar Al-Quran dilihat dari konteks pemahaman dan bukan ibadat, adalah peringatan semula yang baik.

Lagi satu bagaimana hukum dengan berSMS semasa khutbah Jumaat? Adakah sama dengan hukum orang yang bercakap juga?

Terima kasih
hans said…
http://hanspunyablog.blogspot.com/

comment posting terbaru saya
Yana Ismail said…
Setuju!memang bagus,padat:)penuh makna yg bmanfaat.
Denanz ... said…
alhamdulillah. lps ni nk minta ust azli baca doa pagi isnin ...
amin alhafeez said…
rsnya ana xpnh ikut.. mgkn prnh terserempk kt tmpt lain kot..
Moderetor Forum said…
a good blog for thought...

www.ustaz.blogspot.com
azlishukri said…
Ritah : terima kasih komen kak ritah

Desperado : saya setuju dan saya juga akan link blog saudara.

Kuanderas : hukum berkenaan sms tu, yg saya fahami ia tetap berdosa kerana lalai ketika khatib sedang berkhutbah.

Liyana : Terima kasih

Denanz : Tak layak lagi la nan..

Amin : tak mengapa

Moderator Forum : Terima kasih sudi singgah di blog saya.
Anonymous said…
emm mekasih kalau boleh masukan lah terjemahan al-quran dari juz 1-30... emm biar kita hayati ayat2 al-quran dari ayat2 cinta... tol x
NieZearm said…
klau perjuangan berlandaskan islam dan berpegang pada nas2nya. tak mungkin kita mudah digoyangkan dengan ape isu sekali pun. Solat malam dan hajat berjemaah pun patut ada untuk mendoakan kesejahteraan negara. :-)
joharihamzah said…
Salam saudara Azli..

Al-Quran juga dikenali dengan nama Al-Bayan iaitu penerangan. Maka didalamnya banyak penerangan yang diberikan Allah seperti kejadian langit dan bumi, kejadian manusia, , fungsi gunung, kejadian unta, sejarah bangsa lalu, apa tujuan hidup didunia, kemana akan kita pergi lepas mati dan pelbagai lagi.

Seperti namanya ‘penerangan/keterangan’ , bolehlah disimpulkan bahawa manusia selalu didalam keadaan yang samar-samar dan selalunya ‘konfius’ tentang sesuatu kejadian. Maka Allah telah beri kita petunjuk melalui Al Quran dan menerangi hati dan minda manusia dari samar-samar dan kekeliruan.

Walau bagaimanapun,perkara paling sukar ialah mencari / membuat ijtihad bersandarkan Al Quran. Ini kerana terdapat pelbagai tafsiran ayat yang berbeza mengikut individu. Terdapat juga sebilangan manusia yang menterjemah Al Quran mengikut hati dan kehendak nafsu dimana akhirnya mereka melihat Al Quran dari sudut luaran sahaja atau hanya ambil dari sudut rohani semata. Ini boleh mencemari ijtihad yang dibuat oleh ulamak muktabar dahulu.

Tulisan saudara memang benar. Dalam memperhalusi sejarah kegemilangan Islam, kita memang tak dapat nafikan bahawa umat terdahulu begitu menghargai Al Quran sehingga darjat ilmu dan kemuliaan mereka diangkat Allah ke satu tahap yang tinggi.

Penghargaan ini sudah tentu bukan dalam bentuk menggantung ayat seribu dinar di depan pintu rumah semata(saya pun gantung juga!), tetapi memahami maksud serta melakukan usaha yang bersungguh-sungguh hingga mereka telah benar-benar menterjemah “Islam sebagai cara hidup”. .
man_helang said…
salam saudara...

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan sebelum baginda wafat...aku tinggal kan pada kamu (umatnya) 2 perkara iaitu al quran dan sunnahku, jika kamu berpegang dgn 2perkara ini maka akn selamatlah kamu dunia dan akhirat...disini kita bolehlah katakan ianya sebagai jaminan dr Rasul akhir zaman...itu sy rasa semua umat islam ketahuinya...

tp yg menjadi permasaalahannya sekarang, kita seringkali menggunakan al quran utk kepentingan peribadi sendri, kita selalu menceduk dr ayat al quran akan hal2 yg kita suker @ senangi, manakala ayat yg bertentangan dgn kehendak kita kita ketepikan...

sebagai contoh: sy selalu melihat terpampang di papan iklan tepi jalan n dlm iklan tv, akan ayt al quran yg mewajibkan membayar zakat, tetapi dimana pula ayt yg mewajibkan kita menyerahkan harta zakat yg dikutip kepada asnaf2 yg layak??? kenapa masih ade fakir miskin (umat islam)sedangkan kutipan zakat mencecah jutaan ringgit setahun (mungkin billion)...persoalan itu yg sering timbul dlm otak sy...

pernah juga ada kenyataan dr seorang tun yg pernah menjadi ketua polis negara bahawa dia tdk pernah menjumpai ayt dlm al quran yg mengharamkan judi??? sy nak tanya al quran mana yg dia pakai???

saudara...permasaalahan inilah yg akan terjadi, bila mana kita tdk menjalankan tuntutan secara total...wallahualam...
hans said…
http://hanspunyablog.blogspot.com/

posting terbaru
suatu garapan yang menarik...

Al-Quran merupakan pintu ilmu pengetahuan... Ramai orang yang mengamalkan Al-Quran sudah tentu faham hikmat dan rahsia Al-QUran itu sendiri... wallahu'alam..
Kasawari said…
Salam Kenal Dari Saya..

dan terima Kasih kerana memberi komen di Kasawari's Award
Blog tersebut masih dalam proses pembikininan.. itu sebab tenang sangat.. he he
Anonymous said…
Salam saudara Azli.hasil tulisan yang bagus sekali.
Saya beranggapan tanpa Al-Quran,tidak adalah kemajuan ilmu yang kita miliki sekarang.Malang sekali kebanyakan umat Islam masa kini hanya menggunakan Al-Quran untuk rujukan agama dan hukum semata-mata.

Saya percaya,jika sistem pendidikan kita menggalakkan pengaplikasian Al-Quran untuk bidang-bidang seperti Sains dan Teknologi,dan menggalakkan anak-anak muda membaca,memahami dan mengolah isi Al-Quran,nescaya zaman kegemilangan ilmuwan Islam dapat dibangkitkan.

Harapan agar kerajaan lebih menumpukan soal pendidikan anak-anak daripada isu politik dalaman.
dariana said…
Setuju dan indah ulasan anda.Ayat 2 al-Baqarah: bermafhum" itulah kitab yg tiada ragu padanya (menjadi) pertunjuk bagi org2 yg bertqwa".Ia menjadi panduan hidup bagi org yg baik,takutkan Allah, suka mengerjakan ma'aruf dan menghindari mungkar zahir dan batin.Moga kita dlm golongan tsbt dan dirahmati Allah.
Mai singgah blog saya, tatap tafsir al-Quran sepintas lalu, insyaAllah.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma