Kepimpinan Alat Memajukan Ummah Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini sudah diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 30/09/2004) Selepas Saidina Hussien mati terbunuh di tangan Yazid bin Muawiyah, orang-orang Syiah telah bersatu membuat pakatan untuk menggulingkan kerajaan Umaiyyah. Fitnah dan hasutan menjalar dan mempengaruhi umat Islam pada saat tersebut. Bahkan Bani Umaiyyah pasti hancur jika sikap ini tidak dibendung. Hal ini membawa ingatan kita kepada sikap tegas Khalifah Abdul Malik bin Marwan demi membendung hasutan-hasutan dan fitnah yang semakin meruncing, ``Sesungguhnya umat ini tidak mungkin dapat kuubati melainkan dengan menggunakan pedang sehingga kamu semua bersikap lurus terhadapku. ``Ketahuilah sesungguhnya kami sanggup bersabar di atas segala tindakan kamu melainkan memberontak melawan pemerintah atau menegakkan bendera sendiri. Demi Allah jangan sesiapa berani menyuruhku supaya bertaqwa kepada Allah selepas ucapanku ini, kerana kalau ia lakukan juga akan kup...
Memimpin Kebijaksanaan