Skip to main content

Wawancara Bersama Tun Daim (Siri Satu)


Wawancara Bersama Tun Daim Zainuddin di Wisma YPR pada 15/04/2008 jam 5.00 petang. Ikuti wawancara yang sangat menarik ini.



“10 tahun pun susah

nak rampas Pulau Pinang kembali.”

-Tun Daim Zainuddin


Semasa Tun membuat ramalan bahawa negeri-negeri tertentu merupakan kawasan “panas” bagaimana Tun tahu semua ini dan ia benar-benar menjadi realiti sekarang. Adakah Tun mendapat sumber daripada Internet atau sumber-sumber lain?


Saya baca blog. Blog ini macam-macam ada la. Tapi bahasanya kesat dan tak berapa elok la. Biarlah blog2 ni guna bahasa yang baik, berilmiah dan bersopan sikit dan tidak perlulah la sakitkan hati orang lain. Saya tahu negeri—negeri tu jadi “panas” sebab orang biasa beritahu saya, bila saya naik teksi orang beritahu, bila saya beli barang orang beri tahu, bila saya makan rojak kat tepi-tepi jalan orang beritahu. Orang tanya saya, apa dah jadi sekarang ni Tun? Barang naik, minyak naik macam mana ni Tun? Dari mulut ke mulut saya pergi ke supermaket orang maki kerajaan. Bukan cakap manis-manis lagi atau berlapik-lapik lagi. Tetapi mereka maki kerajaan. Macam-macam orang cakap, sampai kita dengar pun naik takut.


Hal Ini mereka cakap sendiri kat saya. Macam dulu kalau kita bawa sekian-sekian duit cukup untuk beli beberapa barang. Sekarang mereka bawak duit jumlah yang sama dah tak dapat nak beli macam dulu. Sekarang 50 ringgit pun dah tak dapat nak beli apa-apa kat supermarket. Satu lagi kes kat Selangor apabila Khir Toyo kasi penyapu. Benda ni yang tak elok. Siapa-siapa pun marah kalau kita kasi penyapu kat orang. Kita mesti jadi air muka orang dan maruah orang. Satu lagi kita saya lihat tak jaga Kesatuan-kesatuan kerja yang ada. Kita sombong. Masa saya dulu kesatuan kerja saya selalu panggil tanya apa masalah dan kehendak-kehendak mereka. Kalau kita ada duit kita beri. Kalau tak ada duit kita ckp tak ada mereka boleh faham. Jadi saya dapat tahu la ketidakpuashatian rakyat di negeri-negeri tu. Mereka jumpa saya.


Apakah Punca Kekalahan BN dalam PRU ke-12 ini?


Punca utama kekalahan BN pada PRU ke-12 saya fikir fasal kita menang besar dalam FRU ke-11. kita ”over confindent”. Selain daripada itu. Semua pemimpin-pemimpin UMNO sibuk dengan pemilihan dalam UMNO tahun ini dan yakin BN akan menang besar dalam PRU ke-12. Jadi banyak tumpuan orang-orang UMNO terhadap pemilihan parti dan bukan PRU. Kedua saya fikir, BN apabila menang besar dalam pilihan raya sebelum ini. Kita jadi sombong. Kadang-kadang orang nak jumpa pun tak boleh. Bila jadi yang Berhormat, rumah besar, kereta besar dan macam bukan lagi nak berkhidmat untuk rakyat lagi. Rakyat sekarang ni dah boleh fikir. Bukan macam dulu. Lepas tu kita tengok berlakunya Hindraf, pita video Linggam semuanya tidak selesai lagi. Macam mana boleh buat pilihan raya? Sepatutnya selesaikan dulu perkara-perkara ini. Barulah Pak Lah buat pilihan raya.


Kalau kita lihat generasi Dr Mahathir dan Tun menjadi wakil rakyat, kita jarang nampak wakil rakyat-wakil rakyat BN yang sombong dan sukar untuk berjumpa mengapa kali ini keadaan begitu berbeza?


Tu la yang saya hairan. Generasi muda bila masuk UMNO. Mereka menganggap ia peluang untuk buat kekayaan. Padahal sepatutnya berkhidmat. Pada tahun 1999 kita hadapi masalah. Tahun 1990 pun ada masalah apabila PBS keluar. Tetapi kita masih menang dua par tiga kerusi parlimen. Kita hilang Terengganu bukan kerana apa, kerana orang tidak suka Wan Mokhtar. Wan Mokhtar pada mulanya nak bersara, tetapi pada saat-saat akhirnya dia tukar fikiran. Jadi orang marah la. Kita kalah dulu pasai masalah dalaman. Bukan kerana pembangkang kuat. Masalah dalaman yang berperang sesama sendiri. Contohnya, macam mana kawasan saya boleh kalah kali ini. Ini semua pasai wakil rakyat tak jaga kawasan. Terlalu yakin boleh menang. Yang pelik ada calon bebas boleh menang. Macam mana boleh jadi Macam ni. Kalau kita selalu balik tengok kawasan, duduk kat kedai sembang-sembang dengan penduduk. Mereka marah Macam mana pun, kalau kita jaga dia, dia undi kita balik. Tapi kalau kita sombong, nak jumpa susah. Kita boleh kalah. Jangan angkuh. Ini dulu masa kita menang besar kita angkuh. Dr Mahathir pun kita tidak peduli lagi oleh mereka. Apa salahnya sebelum pilihan raya, pergi jumpa Dr Mahathir, dia bekas presiden UMNO bekas perdana Menteri tanya la pandangan dia ajak dia bersatu dengan kita menentang musuh yang sama iaitu pembangkang. Tetapi kita tidak. Kita sombong dan angkuh.


Bolehkah kita merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP selepas ini?


Kalau nak Pulau Pinang balik 10 tahun pun susah nak dapat balik. Melainkan kita berubah dan dengar suara rakyat. Mungkin kita dapat balik. Tapi saya fakir susah. Dulu kita sombong. Sekarang lihat Lim Guang Eng ikut sambut maulidur rasul, dan hari Vasakhi. Manusia ni kena jaga hati mereka, kita kena jujur dan ikhlas. Pulau Pinang susah nak dapat balik. Mereka ada kuasa. Kita sepatutnya bila kita dah jadi menteri kita jangan berubah. Hidup Macam biasa. Jangan berubah. Macam saya tak berubah. Inilah saya selipar saya, baju batik saya inilah saya dulu sampai sekarang. Orang nak terima atau tidak ini cara saya. Jadi kalau tak jadi menteri pun tak rasa apa. Mudah sembang dengan orang bergaul dengan orang. Kita resmi padi lagi berisi lagi tunduk la. tapi ini tidak bila dah pegang kuasa orang bawah kita lupa kita bongkak, kita rasa terlalu berkuasa, kita tak dengar cakap rakyat dan hanya dengar golongan tertentu sahaja, ada mata kita tak nak tengok, ada telinga kita tak nak dengar ada mulut kita tak nak cakap.


Bagaimanakah keadaan BN dalam PRU ke-13 kalau kerajaan dan BN terus tidak berubah mendengar suara rakyat?


Kalau tak berubah BN akan kalau teruk, macam Dr Mahathir cakap la, BN dan UMNO akan kalah teruk kalau kita tidak berubah. Kalau kit jaga UMNO baik2 orang akan sokong. Siapa yang jaga UMNO, yang jaga UMNO ialah ahli-ahlinya jadi dengarlah cakap ahlinya. Pemimpin naik kerana ahli-ahli yg menaikkannya jadi apabila kita naik, kita jangan lupa orang di bawah. Pucuk pimpinan mesti mendengar suara ahli-ahlinya. Tiap2 yang naik dia akan turun tiada siapa yang kekal. Sebab itu orang tua cakap, bila kita naik jangan lupa tengok kat bawah, hormat orang tua-tua hormat dan kawan2.


Mengapakah orang yang mengkritik UMNO sekarang untuk kebaikan parti telah dianggap musuh oleh UMNO?


Kita percaya kepada kebebasan bersuara dan kita percaya kepada demokrasi, apabila Dr Mahathir beri pandangan biarkan lah, ikut suka dia, tapi kalau kita pandai, apa sahaja yang beliau bangkitkan, kita boleh jawab dan apa sahaja yang dia kritik kita kena jawab ini cara perbahasan yang sihat, tapi bila sampai pilihan raya, datang jumpa Dr. Mahatihr tanya apa yg dia tak puas hati, kita selesaikan yang mana boleh selesai dan kita bersatu untuk menghadi cabaran pilihan raya sebab kita ahli UMNO, yang jadi masalah apabila kita ketepikan dia. Kita rasa terlalu berkuasa dan tidak memerlukan dia lagi. Kita kata apalah orang tua ni dah nyanyuk ke? Bila kita ketepikan dia, parti pembangkang gunakan. Gunakan ucapan dia. Sampai di kampung orang kampung kata kalau Dr Mahathir yang cakap sudah pasti betul. Tengok kerajaan ini tak tahu jaga inflasi orang cakap betul sebab itu yang sedang mereka alami. Apabila Dr Mahathir cakap dengan rakyat, rakyat faham. Sebab dia bercakap dengan suara rakyat. Rakyat mudah terima. Jadi orang sokong Dr Mahathir, pembangkang ambil kesempatan. Mereka sombong dan rasa dah kuat tak perlu dengar nasihat daripada orang lain.


Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa Tun dan Dr Mahathir ada menyuruh Perdana Menteri meletakkan jawatan dalam tempoh dua minggu?


Mana ada saya terlibat. Saya tak tahu pun hal itu. Yang penting bila bergolak seperti sekarang, kita kena duduk sekali, orang Melayu ni kenalah jaga air muka, buat cara elok. Pak lah kata dia nak bersara, cuma orang tanya bila? Duduklah sama-sama dan beritahu keadaan yang sebenar. Sama ada nak terus pegang jawatan atau nak turun dan bila? cepat atau lambat lagi?. Yang penting ahli-ahli UMNO yang kena jaga. Kalau tak jaga hati ahli-ahli, UMNO akan hancur.


Apakah UMNO akan selamat apabila ahli-ahlinya mahukan perubahan pucuk pimpinan?


Sekarang mahu tak mahu mesti ada orang yg bertanggungjawab terhadap kekalahan yang berlaku, kalau kita pergi berperang mesti ada jenderal kalau kalah jenderal bertanggungjawab la. Mahu tak mahu kita kehilangan Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dari segi kesan populasi dan ekonomi kita kehilangan saiz yang besar. Selangor, Pulau Pinang, besar pendapat ekonomi yang kita hilang. Kita kena buat kajian mendalam apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku, baru la kita tahu siapa yang bertanggungjawab dan jangan sembunyi-sembunyi, biar tiap-tiap cawangan UMNO diberi peluang bercakap, baru kita tahu kehendak akar umbi ni. Kalau kita ikhlas nak betulkan UMNO la. Kalau nak betulkan UMNO, ahli-ahli di peringkat cawangan mesti diberi peluang untuk bercakap. Baru kita jumpa ubatnya.


Pada pandangan Tun apakah yang menyebabkan rakyat terlalu marah kepada Pak Lah? Apakah masalahnya sejak dia memegang jawatan Perdana Menteri?


Mereka marah pasai Inflasi, keselamatan, kehakiman, kemudian Pak Lah macam tak ada pendirian dan ketetapan, dulu tak buat projek ni, lepas tu buat balik, dah pasti harga melambung naik. Masa Dr Mahatihr dulu ada perancangan rapi, kalau dia nak buat, dia akan terus buat. Bila dah rancang kita kena buat la.


Bagaimanakah BN ingin merampas kembali negeri-negeri yang telah BN kalah ini?


Pertama, Mesti dengar rintihan rakyat, mesti berkhidmat jaga kawasan, bila jadi YB nak jumpa susah nak telefon pun susah. Sekarang ni ada kad laporan, lepas tu apabila kita kata kita puas hati perkhidmatan mereka, tetapi akhirnya Pak Lah tukar juga ramai calon wakil rakyat yang lama, kalau dah ok mengapa tukar pulak?, jadi orang tak yakin la macam ni. Tak berpendirian dan menjiwai akar umbi. Zaman dulu kita menang banyak kerana kita rendah diri, dulu nak kena cari orang nak yang nak bertanding, tapi sekarang semua nak jadi calon. Dulu perjuangan untuk rakyat sekarang tak.


Bagaimana kita nak merampas kembali negeri Selangor?


Di Selangor kita perlu kepimpinan baru, kita dah cuba orang muda dulu (Khir Toyo), akhirnya gagal. Kita perlu muka baru yang sanggup berkorban untuk rakyat. Dulu saya dah cadangkan agar kita pilih awal siapa nak jadi MB dan biar dia berkhidmat kepada rakyat sebelum jadi MB lagi, biar rakyat tengok dulu dan dia boleh berlatih. Kalau bagus kita lantik la terus bila menang pilihan raya. Tetapi ramai tolak cadangan saya ini, mereka kata boleh macam ni, nanti berperang besar la kalau macam tu. Tapi sekarang lantik MB minit-minit terakhir pun lagi hebat kita berperang.

Comments

Anonymous said…
Tahniah Sdr. Azli! Wawancara yang menarik. Rugi kalau tidak dibaca oleh orang yang rasa dirinya Melayu. Teruskan usaha yang baik ini!
S.YanaZ said…
Dulu...rakyat syg sgt kat Pak Lah, sbb dia x 'brutal' mcm Tun...
Org selalu ckp; "berilah Pak Lah masa..."

Masa x tunggu sapa2...

La nih...baru nk sedaq ka wahai Rakyat Malaysia???
azlishukri said…
Betul tu Syariah..
Mohd Radzian said…
Salam Saudara Azli,

Hebat juga temuramah saudara dengan Tun Daim ni..dan saya dapati banyak nasihat-nasihat bagus yang diberikan.

Namun saya kecewa juga dengan behaviour bangsa kita . Agaknya, berapa kerat orang Melayu terutama pemimpin yang rajin nak ambil tahu dan membaca topik topik berat yang mengandungi banyak hikmah dan teladan ni , ye.

Teruskan usaha. I will read your blog often untuk cungkil mutiara nasihat untuk panduan masa hadapan.

Thanks !
azlishukri said…
terima kasih Radzian..
tunelife said…
thanx atas perkongsian tidak ternilai ini :)
Ajeem said…
wahh..saya sangat teruja membaca ulasan yang dikemukakan oleh tun daim ni..memang tak berlapik lagi..betapa baiknya jika wawancara seperti ini didokumentasikan.lagi hebat kalau dibuat siaran langsung khas untuk tokoh-tokoh negara.
roh_insan said…
Salam.sye menyertai umno 2thn selepas Tun menyame kan wkt antare sabah/serawak n semenanjung.No keahlian saye 5angke bermule dgn pangkal 5.semelaysia sye jelajah bersame rakan2 bg membantu kejayaan umno.

2004 sye meninggalkan umno krn terkesan dgn keburukkan yg dibawe kj,hari ini azli telah membenarkn tanggapan sye tentang kj,tk,sye tdk slh membuat keputusan.

Ade yg berkate untuk membetulkn umno kene dri dlm,tp siape lah sye,Tun juge kene perbetulkn umno dr luar,tp itu care Tun.
Anonymous said…
Semuanya silap orang melayu yang suka bergaduh sesama sendiri. Bersatulah dan jangan lupa siapa ynag minta Merdek 1957 UMNO le..PKR adalah parti yang hanya untuk Anwar Ibrahim . So Anwar is fighting for himself. Think about it
RadioAtok said…
Bangun lah orang Melayu
begitulah,
apa lah lagi yang mahu kita bicarakan melainkan mengembalikan semuanya kepada yang Haq',

saya percaya;
saudara azli tahu dan pasti apa yang bakal dilakukan...
saya juga tahu dan pasti dengan apa yang bakal dilakukan... ayuh!

diakhir pesanan,
setelah segala usaha dan rintangan telah kita coba sedaya upaya kita tanpa berputus asa,
maka, senjata terakhir seorang muslimin adalah berdoa kehadirat Allah Azzawajalla dan memohon limpah karuniaNya.

semoga berjaya,
salam perjuangan, salam hormat dan salam penuh kaseh sayang kepada semua terutama saudara azli shukri,

zul rahman
azlishukri said…
zul rahman - terima kasih.
zedmagel said…
Orang Melayu Penang harus berjiwa besar dan didasari semangat untuk bangkit bersama kaum yang lain membentuk BN menerajui Penang.

Jangan berdiam diri, bangun dari tidoq tuan.....bermulalah hari ini. Semakin ditekan, semakin melawan.
Mohd Sufian said…
Salam,

Konklusinya... UMNO kena bangkit berubah. Dari Bongkak dan angkuh kepada bersikap kesederhanaan, merendah diri. :)
Anonymous said…
BN nak menang balik bukan nye susah, hentikan rasuah & jgn jadikan kan dunia politik untuk mencari kekayaan dunia & diri sendiri. semua kita sedia maklum, asal org tu ader kedudukan dlm politik jer, rumah besar, kereta besar, semua besar. x salah ader semua besar, tpi org ramai musykil kalu semua harta kekayaan tu melebihi pendapatan dia sendiri. hentikan la menggunakan wang rakyat utk mengeyangkan tembolok sendiri. contohi la hidup kesederhanaan mcm Nik Aziz, ko org dah tgk rumah yg Nik Aziz berteduh hari2?jauh beza mcm MB2 kat malaysia la bro.boleh mengalir air mata ko org kalu tgk rmh yg nik aziz berteduh tiap2 hari tu. lg cantik rmh ko org aku rase.elaun rumah yg diperuntukan olh kerajaan pun nik aziz x pernah ambik, terus disedekahkan kat org2 yg lebih memerlukan.

Pilihan Pembaca

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini) . Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu. Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahag...