Skip to main content

Tahniah! Dato' Baha

PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

"Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai penerima anugerah kali ke-12," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel Anugerah Sastera Negara ke-12 di sini hari ini. Muhyiddin berkata, dengan penganugerahan itu, Baharuddin akan dikurniakan watikah penghormatan negara, wang tunai RM60,000, penerbitan 50,000 naskah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. "Beliau juga akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, kemudahan menerbitkan karya dan penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing," katanya. 

Baharuddin dilahirkan di Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939 dan mendapat pendidikan awal di Sabak Bernam, Selangor hingga tahun 1949. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada 1963, beliau bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Pada tahun 1966, beliau menyambung pengajian di Fakulti Sastera, Universiti Indonesia, Jakarta. Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011). - UTUSAN

Comments

Anonymous said…
dah banyak sastrawan negara jenis cap ayam novel makk ooiii....punya lah patriotik macam macam si sastrawan plastik si samat janggut...nnpk duit jadi suma jadi tak keruan...harap yang ni jangan ikut budak si samat tu yeee....apa ape pun tahniah le...

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...
MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...