Skip to main content

Sebaik-baik Jawapan

Pada hemat saya, inilah sebaik-baik jawapan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap Israel dengan frasa ayat kontroversi berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel,"(teks penuh di sini). Isunya sangat mudah - perlukah Anwar Ibrahim mengusulkan agenda melindungi Israel sekiranya rundingan damai Palestin-Israel benar-benar berjaya? Atas hujah apa Israel mesti dilindungi? Walau pun mereka sanggup berdamai dengan Palestin, itu bukan alasan untuk melindungi negara haram mereka. Bahkan hujah dari kitab mana yang digunakan oleh Anwar bagi menghalalkan sikap melindungi Israel? Rasanya jawapan daripada Duta Palestin ke Malaysia di bawah ini sangat tepat lagi bernas:

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. — BERNAMA

Comments

Anonymous said…
Macam sokong keselamatan perompak yang bawak machine-gun M16 didepan pintu rumah orang...!!

Oyat bangang manusia yang terlebih-amat-gila-sangat2 nak jadi PM Malaysia..

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y