Skip to main content

Pengajaran Daripada Kisah Mandeep Singh

Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.

'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.

"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.

"Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini.

Ini, di sebalik fakta bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa telah menjelaskan pinjaman yang belum dibayar kepada dana pendidikan itu berjumlah RM2,330,82.

Pembayaran, itu, kata Mandeep disahkan oleh PTPTN dengan pengeluaran resit rasmi.

Katanya, beliau juga telah memberitahu PTPTN terlebih dahulu berhubung niatnya untuk melancong ke luar negara dan memohon namannya dikeluarkan daripada senarai hitam hampir itu sebulan sebelum perjalanan dijadualkan.

"Defendan (PTPTN), walaupun diberi notis terlebih dahulu daripada plaintif telah gagal, ingkar dan cuai dengan tidak mengeluarkan nama plaintif daripada senarai hitam imigresen," petik afidavit itu lagi.

Mandeep menuntut untuk ganti rugi am, punitif dan teladan yang difikirkan layak oleh mahkamah. Beliau juga menuntut kos guaman serta ganti rugi khas yang terpaksa ditanggungnya sehingga menyebabkan percutiannya di China, yang berjumlah RM19, 000 dalam kos tiket, deposit hotel dan mata wang asing ditukar dibatalkan.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hulu Selangor 2010 : Menjawab Tulisan Sayuti Omar

Menjawab Tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucukan, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Sabtu ini. Dari dua kali tinjauan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain. Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman. Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang sinonim dengan MCA sebelum ini s...

Jadi Super Jutawan dalam Masa Enam Tahun!

ENAM KALI GAGAL BERNIAGA, SATU KETIKA DUIT  HANYA TINGGAL RM2.50   di dalam akuan bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah, tiada mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar kerana mahu mengejar impian. Dia ialah Rites Agrawal pemuda India berusia 26 tahun, menjadi super jutawan (billionaire) hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms, perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.     Tidak ramai usahawan muda yang ada jiwa macam Rites Agrawal, dia tahu apakah yang dia mahu dan impikan. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Dia berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti. Dia memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.   Perniagaan ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita ti...