Skip to main content

Sokong Sebulat Suara

Itulah hakikatnya - orang kafir sama sekali tidak akan redha dan berasa senang dengan orang-orang yang beriman. Namun demikian, pelik masih ada ulama yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan meninggalkan orang yang beriman. Golongan ini pasti akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Apa-apa pun saya menyokong penuh cadangan Mufti Perak di bawah :

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pihak berkuasa agama digesa supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

“Mereka ini tidak pernah berhenti cuba menyesatkan orang Islam dan akta sebegini amat perlu bagi menangani gejala murtad yang semakin berleluasa.

“Akta Murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Perpaduan Ummah: Gagasan dan Cabaran Masyarakat Islam Malaysia ke Arah Kelangsungan Ummah pada Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, hari ini.

Terdahulu dalam pembentangan kertas kerjanya, Harussani menasihatkan pemimpin serta masyarakat Islam supaya kembali bersatu terutama dalam politik demi kelangsungan budaya dan agama. Katanya, masyarakat Islam semakin berpecah kebelakangan ini termasuk dalam politik dan ideologi sehingga menyaksikan ada pihak yang mendukung konsep pluralisme agama.

“Ada pemimpin kita yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sedangkan pengertian Allah dalam Islam amat jelas dan tidak sama dengan pengertian konsep Trinity dalam Kristian, jadi adakah kita rela jika Tuhan kita dihina dan disalahtafsir” katanya.

Katanya, umat Islam juga perlu memastikan taraf ekonomi mereka sentiasa berada dalam keadaan baik supaya ia dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang terutama ketika dunia menghadapi krisis kemelesetan serta penguasaan ekonomi oleh bukan Islam. Justeru menurutnya, kesemua usahawan, cendekiawan, ulama dan pemimpin politik Islam perlu berganding bahu dalam menjamin hak orang Melayu Islam terus terpelihara tanpa terpengaruh dengan fahaman politik masing-masing.

Comments

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Daripada Azli Kepada Azli!

Realiti Telah Menjadi Fantasi Daripada Azli Kepada Azli Saya sering diingatkan bahawa kita harus menjaga sesebuah persahabatan dengan baik, dan kita juga harus menghargai persahabatan yang sedia ada. Apabila kita mempunyai kawan yang ikhlas untuk bersahabat dengan kita, maka sambutlah keikhlasan tersebut dengan seadanya. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan, sahabat yang baik dan jujur adalah umpama emas yang datang dengan tiba-tiba, dan apabila ia hilang - maka mencari gantinya adalah umpama mencari barang yang hilang dalam gelapnya malam. Entri saya kali ini adalah entri yang saya tulis daripada hati saya sendiri, ditulis dengan penuh kerendahan diri, ditulis dengan penuh rasa jujur, lantaran itu tajuk entri saya kali ini agak pelik dan memelikkan. Dengan judul "Daripada Azli Kepada Azli" ia merupakan sebuah manifestasi hati saya yang sudah lama terpendam dan terpadam - tentang apa yang saya faham dan alami, berkenaan kawan dan sahabat. Ceritanya tetap sama dengan semua...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...