Skip to main content

Peringatan Untuk Kakitangan Awam!

Tahniah Tan Sri Muhyiddin! Tuan akan mendapat sokongan saya sepenuhnya! Inilah kenyataan yang sangat kita nanti-nantikan - ketegasan, keyakinan dan arahan yang jelas demi kelangsungan bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi mana-mana kakitangan kerajaan yang bersikap pasif dan memandang rendah bahasa ibunda mereka sendiri - khususnya di universiti-universiti. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu.

“Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya. Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.

Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish.

“Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing.

“Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan.

“China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain,” katanya.

Comments

Anonymous said…
1. Ini baru betul. Sebelum ini memang mengherankan, budak yang tak lulus bahasa melayu pun jadi wajib lulus bahasa inggeris. Mekanik basikal. mekanik motor pun kena tahu cakap inggeris. Nanti, nak noreh getah pun kena ada syarat lulus bahasa inggeris. Entah-entah, nanti kena tukar nama inggeris, tukar agama orang inggeris. bukankah lebih mudah jadi maju kalau bukan setakat cakap inggeris tapi terus jadi orang inggeris.

2. Satu lagi, pasal kakitangan awam yang ramai sangat sampai berkumpul berborak-borak sebab tak ada kerja. Saya baru pergi JPN Shah Alam. Itulah yang saya nampak, 4 atau 5 staf muda-muda duduk berkumpul bual-bual sambil memandang-mandang pada handphone salah seorang. Macam tak ada kerja. Macam tu pun dapat bonus ?

Melayu swasta
Anonymous said…
kahkah..bagaimana pulak dengan parti UMNOK......
bila nak tukar woit..tukar kepada bahasa Melayu.ni masih pakai bahasa penjajah lagi....nampak sangat gerombolan UMNO..pencacai penjajah waktu dulu, kini dan selama nya......

Pricint di putra jaya...Pudu central..KL sentral......
woit TV1 & dua serta TV 3 suku ..Utusan Meloya.....gunkan lah Belanjawan....bukan guna Bajet...
bodoh rais yutim..marah LGE tapi kementerian nya RTM guna bajet pulak...

Ini juga tanda mat sembab tibai mat monggol...pasal mat monggol guna bhasa penjajah...ETP, NKRA, KPI, Transfomer....
V7 said…
Anonymous October 14, 2011 4:24 PM said...

kahkah..bagaimana pulak dengan parti UMNOK......
bila nak tukar woit..tukar kepada bahasa Melayu.ni masih pakai bahasa penjajah lagi....nampak sangat gerombolan UMNO..pencacai penjajah waktu dulu, kini dan selama nya......

Pricint di putra jaya...Pudu central..KL sentral......
woit TV1 & dua serta TV 3 suku ..Utusan Meloya.....gunkan lah Belanjawan....bukan guna Bajet...
bodoh rais yutim..marah LGE tapi kementerian nya RTM guna bajet pulak...

Ini juga tanda mat sembab tibai mat monggol...pasal mat monggol guna bhasa penjajah...ETP, NKRA, KPI, Transfomer....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kira ok lah...daripada pemimpin kau si anugerah tuhan tu...depan boleh belakang boleh....jantan boleh betina pun boleh...bini kawan boleh pelacur cina boleh, kira semua bolehlah...dengan mak kau pun dia boleh, dengan bapak kau pun dia boleh, dengan bini kau pun dia boleh dan dengan kau pun dia boleh...best betul pemimpin anugerah tuhan kau tu...dengan nik azazil pun dia boleh jugak...hebat...patut lah kau sanggup jadi babi kurap dia sampai kiamat...

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y