Skip to main content

Kita Masih Kabur Dengan Takrif Intelektual - Dr Ridhuan Tee Abdullah

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk dibahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.

Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1,000. Bayangkan berapa banyak masa, wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ia belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa untung, siapa rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Rusia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.

Waima, saya berasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ditimbulkan Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial semakin menakutkan, perkauman semakin menebal, kelemahan umat Islam semakin ketara, bahasa Melayu semakin terhakis dan banyak lagi isu tidak menyebelahi umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.

Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung pada keadaan. Apa perlu dibuat hari ini, kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari semasa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti dibahaskan Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.

Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran profesor, masih belum layak untuk menggelar seseorang itu sebagai intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak-tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.

Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.

Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain lebih penting.

Istilah ini bukan bertujuan merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibanteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir perlu dibanteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?- Ridhuan Tee Abdullah (Sinar Harian).

Comments

C L J said…
Masaalahnya mudah sangat. Inilah kepincangan sistem demokrasi. Kuasa mengundi ditangan rakyat jelata yang mudah ditipu atau setidaknya mudah dikelirukan. Inilah yang sedang berlaku dan diambil manfaat oleh pihak pihak yang kemaruk kuasa. Kalau ia tidak dihadapi dan ditangani secara terbuka parahnya ialah orang orang gila yang kemarok gila itu akan berjaya menipu dam akhirnya menghuru harakan dengan lebih parah lagi. Inilah kelemahan sistem yang sedang dipaksakan kepada dunia kini. Melalui kuasa yang sebenarnya adalah palsu tetapi kejam. Kerana mereka ada kuasa senjata/wang/media/dan sistem kepercayaan.

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...