Skip to main content

Ramalan Terbaru Tun Daim : Beban Sejarah Yang Tergalas!

Mungkin ramalan Tun Daim kali ini sedikit menggusarkan Pakatan Rakyat - atau setidak-tidaknya membuat Pakatan Rakyat melihat kembali tinggi rendahnya bumi dan langit ini. Lufti Othman ada coretan tentang hal ini. Baca laporan di bawah :

BEKAS MENTERI KEWANGAN, Tun Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya. Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya.

Comments

cermin2mirror said…
tolong link kqan saya.Terima kasih
Politik itu sememangnya seni yang mengurus serba kemungkinan.

Organisasi yang mantap pasti boleh bermain dengan lebih baik dan selesa di pentas yang amat singkat masa persembahannya itu.

Organisasi yg mantap terletak pada ahli-ahli dan pemimpin yg berwibawa.
Anonymous said…
Di Merbok, calun PRU 13 nanti, mestilah dari calun luar. Kalau letak calun dari kalangan UMNO Bahagian, alamatnya Parlimen Merbok tak akan menang kerana ramai yang akan protes secara senyap. Jika Tun Daim bertanding semula ataupun calun yang direkomen oleh Tun Daim, insyaallah Parlimen Merbok pasti akan menang kerana ramai yg menghormati dan mempercayai Tun Daim dari Ketua Bahagian Merbok.
Tanjung Dawai Mari said…
1. Sebagai seorang yang begitu lama di Merbok, yakni sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, Tun Daim sudah tentu mengenali dan memahami cara dan feel orang Merbok hadapi pilihanraya. Cara mereka memikir dan memilih ; cara mereka melihat kepada ketepatan pemilihan calon ; cara BN dan khususnya UMNO menyusun dan melaksanakan strategi ; semua ini Daim sudah cukup tahu.

2. Cuma, oleh kerana beliau agak lama tidak turun ke Merbok dan bersembang-sembang dengan orang-orang Merbok, persepsi beliau kali ini mungkin kurang tepat. Mendapat laporan daripada kawan-kawan lama beliau di Merbok juga boleh dipersoal dari ketepatan maklumat dan persepsi.

3. Merbok sekarang ini tidaklah serupa seperti semasa Daim menjadi Ketua Bahagian. Pengganti beliau, dari Pak Nyang Badri ke Dato Arzmi dan sekarang ini Dato' Tajul, masing-masing mempunyai gaya dan stail atau pendekatan kerja politik yang berlainan. Begitu juga pembantu-pembantu mereka yang terdiri daripada Ketua-Ketua sayap, mempunyai cara kerja yang berbeza.

4. Mereka yang boleh menyingkap sejarah UMNO, khususnya, di Merbok amat merindui kegemilangan yang satu ketika dahulu menjadi satu perkara kelaziman atau otomatis. Cara bahagian ditadbir, esprit-de-corp antara AJK bahagian, kerjasama di kalangan Ketua-Ketua Cawangan, ketelusan pemimpin-pemimpin yang dahulunya ketepikan kepentingan diri sendiri, menggunakan kuasa untuk mengekalkan pengaruh, menggunakan perlantikan ke jawatan-jawatan ( seperti Pengerusi2 JKKK, Ahli Lembaga Pelawat Hospital dsb)sebagai imbuhan atau tekanan bagi mengekal dan mempasti sokongan .....; semua ini berlaku dewasa ini. Kalau dahulu Ketua Bahagian didekati dengan penuh hormat dan beradab, sekarang ini bukan begitu lagi. Syak wasangka, meluat, sangsi udah menjadi persepsi norma di kalangan orang bawahan !

5. Jika yang tidak disukai oleh ahli parti, lebih-lebih lagi oleh rakyat yang bakal mengundi, maka pucuk pimpinan PERLU teliti semasa memlih calon bagi Bahagian atau Parlimen ini. Populariti di kalangan kroni di dalam parti sendiri tidak MENJAMIN penerimaan di kalangan rakyat biasa. Betullah seperti pernah diungkap, biar tak popular di kalangan pemimpin asalkan rakyat mahu menerimanya, cukuplah ! Jadi, kalau dulu Tun Daim atau Tok Zam, Pak Nyang Badri atau Tok Mi boleh diterima, bagaimana pula kali ini ? Kalau 'winnable' yang mahu dikenalpasti, maka buatlah pemilihan itu 'without fear or favour' !
Anonymous said…
saya rasa pas di terengganu bukan 2004 tapi tahun 1999 :-)
Pokok said…
Pada saya. Ramalan Tun Daim berkenaan P.Pinang dan Kelantan ada benarnya. Undi kaum cina merupakan undi pemutus di PEnang, Di Kelantan, selagi Nik Aziz bernyawa selagi itu lah PAS akan pegang KElantan. Dan ramalan saya, tak mustahil Perak juga akan jatuh. Dato Zambry kena kerja kuat..

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A