Skip to main content

Posts

DAP 2011 : Kami Mahu Kuasa Ini!

1. Saya tertarik dengan tulisan Susan Lim dari portal Malaysia-Instinct. Sudah tiba masanya DAP diharamkan di bumi Malaysia ini. Ternyata merekalah yang memulakan segala sentimen kebencian antara kaum di Sarawak. Hari ini, pihak BN/UMNO harus serius memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk terus mentadbir negara ini tanpa "terhegeh-hegeh" mengharap undi daripada kaum Cina. Sudah jelas dan terang, masyarakat Cina sama sekali tidak akan mengundi BN dalam PRU yang akan datang. Baca rencana menarik di bawah : 2. DAP SEOLAH-OLAH tidak kisah bermain dengan api. Dengan keputusan yang menggalakan dalam Pilihanraya Sarawak, parti itu semakin nekad untuk terus memainkan isu perkauman. Sikap chauvinis DAP jelas terserlah di Sarawak apabila merkea dengan bongkaknya menyeru kaum Cina agar memikirkan faktor ‘bangsa’ ketika mengundi. Mereka menyerang kaum lain dan memainkan isu agama yang sensitif tanpa sedikitpun peduli jika ianya mengguris hati warga lain. 3. DA...

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebe...

BN Tewas di 13 DUN!

Barisan Nasional dalam keadaan bahaya. Dimaklumkan bahawa BN tewas di semua kawasan tersebut, iaitu : N.2 Tasik Biru, N.5 Demak Laut, N.17 Tarat, N.18 Tebenu, N.19 Kedup, N.31 Layar, N.42 Meluan, N. 50 Dalat, N.52 Tamin, N.53 Kakus, N.57 Belaga, N.58 Jepak dan N.70 Ba'kelalan.

Pilihan Raya Sarawak : BN Mungkin Kecundang!

Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bisa dipandang dengan sangat serius - tidak mustahil ia akan berlaku, sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi. Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin menang besar di Sarawak - mereka bukan membenci BN, tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya, itu sahaja. Seandainya Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya, InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya - namun demikian, keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh! Mahu atau pun tidak - BN sudah tewas dari aspek moralnya. Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi, manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 maj...

Mengapa Segalanya Berlaku Setelah Solat Hajat?

Apakah untuk kali ini - Tengku Razaliegh (Ku Li) akan menafikan segala pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin semalam, bahawa terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Sebelum ini, tindak-tanduk Ku Li sangat mencurigakan. Bermula dengan serangan bertali-arus beliau ke atas DS Najib berhubung konflik royalti minyak Kelantan yang secara terang-terangan menunjukkan beliau menyebelahi PAS - walaupun semua orang tahu bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti tersebut (jika tidak, sudah lama mahkamah memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan). Malah, baru-baru ini, Ku Li juga tampil ke hadapan dengan menafikan sekeras-kerasnya tulisan Tun Mahathir di dalam buku "A Doctor in The House" bahawa beliau menggunakan wang untuk menewaskannya dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Saya tidak tahu, apakah Ku Li masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia atau beliau cuba ber...

Usaha Terakhir Mufti Perak!

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyokong sepenuhnya kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam usaha terakhirnya menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti penat selama ini, harus mendapat sokongan dan dukungan daripada segenap masyarakat Islam - tidak mengira fahaman politik. Saya juga berterus-terang menyokong sepenuhnya perjuangan Harussani dalam memperjuangkan isu ini. Ini adalah jihad yang wajib seluruh umat Islam bersatu. Baca berita di bawah : KUALA LUMPUR, — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah e...

Tahniah Mufti Selangor!

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor . Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor. Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam. "Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor. Sepuluh negeri kecuali Sabah,...

JCorp Mungkin Lumpuh!

Nampaknya mungkin satu lagi organisasi perniagaan Melayu akan lumpuh dan hancur di bawah pentadbiran yang tidak tahu erti perjuangan dan berjihad dalam perniagaan. Setelah berjaya menyingkirkan bekas CEO Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim daripada terus menerajui rangkaian perniagaan oraganisasi tersebut beberapa bulan yang lalu - kini pentadbiran baharu JCorp dikatakan sedang merancang untuk menjual sebuah anak syarikat JCorp yang paling bernilai - iaitu syarikat Kulim Bhd. Khabar angin ini sekiranya benar-benar terjadi - ia tidak hanya menjejaskan sumber pendapatan utama JCorp, bahkan lebih jauh daripada itu, JCorp juga akan kehilangan pegangan saham dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holding Bhd yang terbukti telah membawa keuntungan besar kepada syarikat milik kerajaan Johor itu. Kekecewaan Ali Hashim ada asasnya - setelah bertungkus-lumus membangunkan JCorp selama 30 tahun dan berjaya melahirkan begitu ramai usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya, kin...

Isu Saman Ekor : Jawapan Balas Zulhazmi Sharif

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang. Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan ...

Isu Pengedaran Kitab Injil : Najib Perlu Beri Penjelasan

Saya mengharapkan - berita ini adalah berita dusta! Dusta sama sekali, sekiranya tidak - kerajaan terpaksa menanggung dosa yang amat besar. Laporan berhubung dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah sesuatu yang sangat berat dan perlu dibuktikan, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam. Saya yakin - mungkin terdapat salah faham dalam isu ini - antara Perdana Menteri dengan Persatuan Kristian Malaysia - adalah tidak masuk akal sekiranya Datuk Seri Najib mengizinkan pengedaran kitab Injil dalam bahasa Melayu dilakukan di negara ini tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada kabinet dan nasihat Majlis Mufti. Hal ini sangat serius - kerana keizinan tersebut boleh dianggap sebagai tindakan yang membelakangkan perlembagaan negara. Kita sedia maklum - perlembagaan negara ini tidak menghalang penganut selain agama I...

Buku Tun Mahathir Sudah Habis Di Pasaran : Racun Bisa Yang Membunuh!

1. Saya menerima maklumat berkenaan buku tulisan Tun Mahathir Mohamad - A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir sudah habis terjual dipasaran. Lewat petang semalam sejumlah 50 000 naskah buku tersebut sudah kehabisan stok dan sedang dalam proses cetakan kedua. Bahkan - sehingga petang ini, rakan-rakan saya menceritakan mereka terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk mendapatkan buku tersebut. Soalnya hanya satu - apakah rakyat Malaysia sangat dahagakan kebenaran? Sehingga tidak sampai seminggu buku tersebut berada di pasaran, ia sudah terjual sebanyak 50 000 naskah? Apakah kebenaran yang sangat dicari-cari oleh rakyat Malaysia sekarang? Kebenaran tentang Anwar atau pun riwayat politik Mahathir? Yang mana satu lebih penting? 2. Dan sekarang saya terpaksa bertanya, mengapa Anwar Ibrahim tidak menulis sebuah buku untuk menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku antara beliau dengan Tun Mahathir? Mengapa beliau lebih sibuk dengan ceramah daripada mendokumenkan...

Di Mana Kesesatan Itu?

Masih ada pengikut Syiah yang degil dengan kenyataan ini? (baca di sini) . Saya memberi nasihat ikhlas kepada semua pendukung dan pencinta ajaran Syiah - agar segera menghentikan dakwah mereka terhadap penganut ahli sunnah wal jamaah di negara ini. Nasihat ini juga ditujukan terhadap sasterawan-sasterawan muda yang masih jahil dan naif berkenaan ajaran Syiah. Didapati sasterawan-sasterawan muda ini masih aktif menggunakan blog dan pengaruh mereka untuk menyebarkan fahaman dan ajaran Syiah atas nama kebebasan bersuara dan berkarya. Berselindung di sebalik nama "Kesusasteraan Melayu Tradisional" - golongan ini cuba menghalalkan pelbagai ajaran karut Syiah, di samping memperbodoh-bodohkan golongan belia yang masih jahil dengan pelbagai fakta serta hujah yang batil. Golongan ini cuba menunjukkan kononnya Syiah merupakan salah satu mazhab feqah dalam Islam - sedangkan hakikatnya aqidah golongan Syiah sangat jauh berbeza daripada ahli sunnah wal jamaah. Terlalu banyak ...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Mahathir Belum Mati! Bila Tiba-Tiba Kita Jadi Dewasa!

Akhirnya - Tun Mahathir berjaya juga menerbitkan buku yang selama ini dijanjikannya kepada kita semua. Buku ini, pada hemat saya adalah setanding dengan buku tulisan Lee Kuan Yew yang berjudul The Singapore Story : Memoirs of Lee Kuan Yew . Bezanya hanya satu - Mahathir tidak mendakwa segala kejayaan yang berlaku di Malaysia adalah hasil titik peluhnya sendiri - sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk memaparkan sejarah dan kebenaran menerusi kaca mata beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri Malaysia. Kebiasaanya, sejarah seringkali ditulis oleh golongan yang menang - soalnya apakah kali ini, Mahathir akan menang dalam pertarungan dengan musuh-musuhnya? Saya percaya - banyak pihak yang akan mengambil kesempatan atas penerbitan memori Mahathir ini - bahkan tidak terkecuali Anwar Ibrahim. Mahathir mempunyai ramai musuh yang sedang menanti peluang dan kawan-kawan yang mungkin menikam dari arah belakang. Namun demikian, saya percaya kepada kebenaran yang ditulis oleh T...

Sokongan Melayu Semakin Terhakis : Kesedaran Mujahid Sudah Terlewat!

Akhirnya - PAS terpaksa mengakui, walaupun cuba menafikannya bahawa pola pengundi Melayu semakin hilang daripada parti tersebut. Sokongan dan undian yang diberikan oleh orang Melayu terhadap PAS selama ini, telah disia-siakan begitu sahaja. Mujahid Rawa mungkin salah seorang pemimpin PAS yang menyedari dan berpijak di bumi nyata - sesungguhnya PAS benar-benar semakin hilang sokongan orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Keegoan dan sikap sombong mendabik dada para pemimpin kanan PAS, akhirnya memakan diri sendiri. Mungkin masih terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang terawang-awang dengan kejayaan luar biasa Parti Pembangkang dalam PRU ke-12, tiga tahun yang lalu serta mengambil sikap mudah terhadap kemerosotan pengaruh PAS dalam kalangan orang Melayu pada saat ini. Malah, PAS juga ditegur oleh DAP, agar lebih memberi fokus terhadap orang Melayu supaya mereka berasa lebih terjamin dan terbela di bawah parti Islam tersebut. Malangnya, PAS selalu lupa dan leka - mulut celupar para...