October 13, 2020

Benarkah Orang Bisnes, Orang yang Tidak Normal?

Ramai orang mendakwa Elon Musk ialah businessman yang 'tidak normal'. Seolah-olah itu adalah perkara buruk. Jiran atau kawan anda yang 'normal' tidak akan membawa kita ke Marikh. 
 
Kata Thomas J. Peter dan Robert H. Waterman JR, "Keseluruhan penyelidikan tentang otak kiri dan kanan benar-benar memberi kesan bahawa bidang perniagaan adalah 100% dipenuhi dengan manusia yang sangat tidak rasional." Itulah rumusan di dalam buku terkenal mereka 'In Search of Excellence'.
 
1. Secara umum, terdapat dua cara untuk 'menjadi sangat tidak rasional' dalam bisnes, kerana dalam bisnes anda perlu menghasilkan nilai untuk berjaya.
 
2. PERTAMA cuba jadi yang terbaik dalam satu perkara tertentu - contoh Stephen King atau JK Rowling adalah antara storytellers terbaik di dunia. Tetapi tidak ramai antara kita yang boleh menjadi seperti mereka berdua. Jalan itu tidak benar-benar terbuka, hanya untuk 1% sahaja.
 
3. Cara KEDUA, seperti yang disarankan oleh Scott Adams, adalah mengembangkan pelbagai kemahiran yang anda miliki agar semua kemahiran atau bakat itu dapat berfungsi dengan baik. Ini membezakan anda dan menjadikan anda lebih berharga dan bernilai daripada para pesaing anda. 
 
4. Jika anda seorang designer, pastikan anda juga mempunyai kemahiran menjana idea yang tidak dijangka dan luar biasa. Jika anda seorang editor, pastikan anda juga seorang penulis yang mahir banyak laras penulisan. Jika anda seorang salesman, pastikan anda juga ada kemahiran psikologi. Jika anda seorang yang terlibat dengan marketing, anda mesti ada kemahiran bercakap seperti orang politik. Jika anda seorang founder produk, anda harus ada kemahiran memimpin. Jika anda seorang speaker anda harus ada kemahiran menganalisa dan jika anda seorang jurufoto anda mesti ada kemahiran mengemudi dron. Semua ini sekadar contoh. Himpunkan kemahiran untuk bina keunikan dan menyelesaikan masalah yang pelbagai. 
 
5. Apa-apa sahaja bisnes yang anda pilih, pastikan anda mempunyai kemahiran asas + extra skill yang pelbagai. Sekali lagi, jika anda boleh menjadi lebih baik daripada 80% orang lain dengan tiga kemahiran atau lebih, maka anda akan lebih berjaya dan berada dalam kelompok 20% teratas. Anda lebih menonjol daripada orang lain. Dalam bisnes anda harus menjadi sedikit 'tidak rasional' untuk memposisikan differentiation yang anda miliki agar kekal menjadi unik dan bernilai pada kaca mata pelanggan anda!  
 
©Hakcipta Terpelihara, Muhammad Azli Shukri, 2020
Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk nota-nota personal branding, writing, marketing and Entrepreneurship.

No comments:

Usahawan Siput

Siput mampu tidur antara tiga hingga empat tahun. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. ...