Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Himpunan Anti-Murtad dan Anti-LGBT 28 April Ini?

Saya cadangkan sempena kempen Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada hujung bulan ini di Dataran Merdeka, Moh kita pakat ramai-ramai turun bagi menggerakkan pula kempen anti-Murtad dan anti-LGBT, biar satu dunia tahu, di samping kononnya sistem pilihan raya kita tidak bersih, rupa-rupanya Islam dan budaya nilai murni rakyat Malaysia juga penuh dengan budaya kuning tajaan Pakatan Rakyat, perjuangan Islam entah ke mana, budaya sonsang diberi tempat dan gejala murtad dianggap remeh - yang utama lagi afdhal yang diperjuangkan oleh puak-puak ini hanyalah sekitar rasuah, kroni, dan demokrasi, seolah-olah itulah tuhan mereka. Isu murtad dan gejala gay - itu bukan urusan PAS, DAP atau PKR. Pandai-pandailah rakyat Malaysia selesaikan. Jahanam negara kalau macam ini. Rasuah dilihat lebih besar dosanya daripada murtad dan kebebasan individu lebih utama daripada masalah LGBT. Semua orang lupa, baik dalam PKR, mahu pun dalam DAP dan PAS - mereka ingat gejala rasuah dan kroni tidak berla