Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Kita Masih Kabur Dengan Takrif Intelektual - Dr Ridhuan Tee Abdullah

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk dibahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik. Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1,000. Bayangkan berapa banyak masa, wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ia belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa untung, siapa rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur b...

Hujah Terbaik Daripada Mashitah

BAGI menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu. Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar. Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang meliha...