Serangan penggodam terhadap 41 portal agensi kerajaan Malaysia berjaya ditangkis sejak awal pagi tadi. Serangan dikatakan bermula jam 3.30 pagi setelah berakhirnya gerhana bulan sehingga jam 9.00 pagi tadi. Dalam serangan tersebut, tidak kurang 10 portal rasmi kerajaan Malaysia berjaya dibedil oleh para penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous". Namun demikian, dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, portal-portal kerajaan Malaysia ini masih selamat dan boleh dilayari, kecuali Sabah Tourism yang masih dalam penutupan sementara. Antara portal yang dibedil ialah : SabahTourism.com, ASEAN connect, Bomba, Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara. Inilah "perangai" dan wajah sebenar pejuang demokrasi bebas tanpa batasan. Mereka tidak pernah peduli kebebasan orang lain, yang mereka mahu dan perjuangkan hanyalah kebebasan yang mereka takrifkan sendiri berdas...