Skip to main content

Usahawan Siput : Biar Lambat Asal Selamat

SIPUT MAMPU TIDUR ANTARA TIGA HINGGA EMPAT TAHUN. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. Hanya dengan tidur, siput berupaya mempertahankan kelembapan yang berada di tubuh mereka. Tanpa cairan atau persekitaran basah, mereka akan mati. 
 

Apakah maksud semua ini kepada kita? Biar pun perniagaan kita kelihatan lembab dan lambat bergerak seperti bisnes orang lain, tetapi jika kita tahu kekuatan dan kelemahan bisnes yang kita dilakukan, inshaAllah kita boleh sustain walaupun untung sedikit setiap tahun. 
 
Selalu ingat, tujuan berniaga bukanlah mengejar untung yang banyak untuk jangka masa pendek, sebaliknya sejauh mana kita mampu bertahan dan sentiasa berkembang. Biar mampu bertahan dengan keuntungan yang sedikit, daripada untung 'mengejut', esok lusa rugi semula. 
 
Usahawan bijak adalah yang kenal pelanggannya, kenal persekitarannya dan kenal kelebihan dirinya. Siput tidak mampu mendengar dan melihat dengan baik. Mereka bergantung sepenuhnya dengan kepekaan deria sentuhan untuk makan dan bergerak. Selalu tumpu pada kekuatan dan jangan meratapi kelemahan yang ada. Barulah jadi usahawan yang kental berjaya. 
 
Dalam keadaan pendemik hari ini. Lihat kembali kekuatan dan kelebihan yang Allah beri. Jangan putus asa. Cari persekitaran bisnes yang boleh kita bertahan dan kekal hidup. Jangan tergopoh-gapah mengejar sesuatu yang tidak pasti. Biar lambat asalkan selamat. 
 
Hampir semua jenama produk terkenal dunia asalnya bergerak dengan perlahan dan kecil-kecilan. Masih ingat Ingvar Kamprad? pengasas IKEA yang bermula dengan menjual bunga, kad, pen, stoking dan perhiasan rumah secara surat-menyurat kepada para pelanggannya. Dan selepas lebih lima tahun barulah dia berani membuka sebuah pusat perabot pertamanya pada tahun 1953. Berjalan dan bermulalah dengan kemampuan yang Allah beri, jangan tamak dan ingin terus berlari.
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020. Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y