Skip to main content

Bagaimanakah Michael Jordan Boleh Jadi Legenda?

DIA GAGAL MASUKKAN 9000 LONTARAN KE DALAM KERANJANG. Kalah dalam 300 pertandingan. 26 kali gagal melakukan lontaran penyudah yang tepat untuk pasukannya menang di akhir pertandingan. Dia berhadapan dengan kegagalan yang banyak. Tetapi, itulah sebab utama mengapa Michael Jordan boleh berjaya menjadi legenda dan pemain terbaik sepanjang zaman NBA (National Basketball Association). Dia tidak melihat kegagalan sebagai beban. Semuanya dilihat dalam sudut positif.
 

Tidak ramai yang mampu mengalihkan kekecewaan dan kegagalan menjadi sumber kekuatan. Rata-ratanya kita hanyut dibawa arus kesedihan. 
 
Michael Jordan mampu melompat dari garis free throw untuk melakukan aksi 'terbang' slam dunk sehingga mendapat julukan Air Jordan yang kemudian menjadi simbol brand keluaran Nike. 
 
Setiap perniagaan ada slam dunk tersendiri. Jangan terbang tinggi sebelum masanya. Bersedia dengan ilmu, pengalaman dan latihan, barulah bermain dalam liga yang lebih mencabar. Jangan tergesa-gesa mahu jadi founder hanya untuk cepat kaya.
 
Fokus pada hal-hal yang positif adalah kekuatan Michael Jordan, tetapi bukanlah positif yang membuta-tuli. Cara yang tepat untuk berfikiran positif adalah dengan ilmu, bukan dengan emosi. Berfikiran positif melalui emosi hanya membentuk ego dan tidak akan mencipta tindakan yang rasional. 
 
Jangan abaikan hal-hal yang mendasar. Bisnes dan sukan hampir sama. Nak jadi juara dunia harus berdisplin, nak jadi jutawan juga kena disiplin. Motivasi sahaja tidak cukup. Berfikiran positif sahaja tidak memadai, kena ada ilmu, kena banyak buat latihan dan kena sentiasa berfikiran rasional. 
 
Bagi orang yang beriman, cara terbaik untuk memperoleh fikiran rasional adalah melalui zikir. Hati jadi tenang, fikiran jadi cerah dan pertimbangan jadi waras. Keputusan bisnes atau apa-apa perlaburan mestilah berdasarkan rasional dan pengetahuan, agar tidak mudah ditipu.
 
Selain bakat dan iltizam yang tinggi, Michael Jordan menekankan soal-soal dasar ini. Semua super jutawan yang berjaya akan menyampaikan mesej yang sama, anda perlu berdisiplin, berilmu, berfikiran rasional, rajin dan percaya tiada jalan pintas untuk berjaya dan kaya-raya.
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020. Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip personal branding, keusahawanan, bisnes dan penulisan.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw