Skip to main content

"Perang Suci" Yang Tidak Mungkin Dielak Lagi!

Anwar Ibrahim 2010
48 Jam Sebelum Bencana!


Bibit-bibit kekalahan Anwar Ibrahim semakin terasa. Hentakan Zaid tidak mampu ditangkis lagi oleh Anwar. Kali ini, Anwar pasti tersungkur - dibunuh oleh orangnya sendiri. Syabas Zaid! Sang Juara yang gagah perkasa. Ego Anwar semakin lemah kedengaran - tiada retorik bahasa yang mengasyikkan, dan tiada strategi untuk menghapuskan Zaid. Zaid ialah wira baru PKR, wira yang dinanti-nati dan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Zaidlah satu-satunya pemimpin PKR paling berani dan bertenaga dalam berhadapan dengan "naga" yang gagah perkasa. Sudah tiba masanya PKR diserahkan kepada Zaid, untuk diperbetul dan diperkemaskan. Zaid - merupakan satu-satunya pemimpin al-Muntazar PKR yang mampu menumbangkan pengasas dan pembina parti tersebut. Selamat tinggal Anwar, dan selamat tinggal Azmin! Baca laporan Malaysia Kini di bawah :

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang. azlan"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini. Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini. Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali. "Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan. azlan"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar.” Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya. Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan. Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin “dinosaur” PKR supaya meninggalkan gelanggang politik. Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y