Skip to main content

Apakah Kita Sudah Memilih?

Apakah Kita Sudah Memilih?

Oleh Fareed Dawood

Beberapa minggu kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah dipersembahkan oleh pertunjukan politik paling meloyakan oleh pakatan pembangkang:

• Pemilihan parti PKR yang paling kotor dan kecoh yang telah didedahkan oleh jurublog dan ahli mereka sendiri.

• Pertarungan yang tak masuk akal antara Anwar dan Zaid Ibrahim.

• Bukti ketidakcekapan Wan Azizah.

• Kekejaman dan keangkuhan tiada batasan DAP di Pulau Pinang.

• Pembelian undi oleh pemimpin PAS Kelantan secara terbuka dalam PRK Galas.

• Sikap samseng Muslimah PAS.

• Ketidakupayaan Kerajaan PAS Kedah dalam menangani masalah banjir.

• Ketidakmatangan MB PAS Kedah yang mengamuk ketika Sidang Media.

• Korupsi Kerajaan PKR Selangor yang melibatkan Pengurus Besar PKNS yang dipersoalkan secara terbuka oleh PAS.

Dan kita pasti semua ini tidak akan berakhir di sini. Kita harus mengambil maklum bahawa semua ini hanyalah apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang dalam masa beberapa minggu sahaja. Semua ini menjurus kepada satu kesimpulan iaitu kepimpinan pembangkang telah gagal sama sekali. Tetapi apa yang lebih teruk dari menjadi orang yang gagal ialah apabila pembangkang tidak pun menyedarinya.

Gagal melihat kegagalan sendiri menjadikan seseorang itu manusia yang tidak berguna. Menyokong orang yang tidak berguna akan menyebabkan kita kehilangan segala-galanya. Rakyat Malaysia tidak harus mengabaikan apa yang sedang berlaku dalam politik hari ini kerana Pilihanraya Umum sudah semakin dekat.

Kita harus menggunakan akal dan bukan emosi dalam memilih kerajaan. Dan kita harus menggunakan mata dan telinga sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk membaca dan menganalisa sesuatu maklumat bagi pihak kita. Jika kita menyatakan yang kita adalah orang yang matang, berfikiran terbuka dan intelektual maka buktikanlah dengan mendengar kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan mengenai siapa yang lebih baik atau lebih buruk dari siapa.

Penulis menulis artikel ini kerana penulis sedia maklum bahawa masih ramai di antara kita di luar sana yang memilih untuk bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja. Penulis tahu ada yang hanya memilih untuk membaca Harakah dan juga laman web atau blog yang pro-PAS.

Ada juga yang membaca hanya akhbar berbahasa Cina dan laman web atau blog pro-DAP. Ada yang membaca hanya akhbar the Star kerana mereka tidak pandai membaca bahasa Cina dan tidak juga begitu fasih berbahasa Melayu dan golongan ini juga ramai yang memilih untuk membaca hanya laman web dan blog pro pembangkang. Dan tentunya ada juga yang membaca hanya akhbar-akhbar perdana dan laman web serta blog pro-kerajaan.

Tak perlulah disebut satu golongan lagi yang tidak membaca langsung, dan jika ada pun mereka hanya membaca tabloid. Ini bukanlah sesuatu yang sihat dan ia hanya membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih terlalu jauh dari mencapai mentaliti dunia pertama seperti yang kita inginkan. Jika kita benar-benar terbuka, matang dan intelektual serta sanggup mendengar kedua-dua belah pihak, kita tidak akan punya masalah untuk melihat apa yang terjadi di dalam politik Malaysia hari ini sepertimana yang disenaraikan di atas dengan minda yang terbuka dan tanpa prasangka.

Rakyat Malaysia harus sedar kini bahawa satu undi yang silap akan menyebabkan kita kehilangan segala-galanya kepada manusia-manusia yang tidak berguna. Bermula hari ini, bukalah minda dan lapangkanlah dada untuk menerima berita dari kedua-dua belah pihak sebelum bertindak menyokong sesiapa demi diri kita dan bangsa Malaysia keseluruhannya.

Comments

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...