Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Tahniah Zulkifli Noordin!

Tahniah Zulkifli Noordin! KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu. ‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak. ‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya. Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju deng

Di Mana Kita Sekarang?

Di Mana Kita Sekarang? KUALA LUMPUR, 18 Jan (Harakahdaily): Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam. Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT. “Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya. Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini. “Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari

Gereja Katolik 2010 : Jangan Bermain Dengan Ular

Gereja Katolik 2010 Jangan Bermain Dengan Ular KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan. "Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik. Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa

KJ dan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti

Khairy Adakan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya : 1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini? 2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz? 3. Mengapa Pemuda UMN

Cara Terbaik Penyelesaian Isu Kalimah Allah

SERUAN DAKWAH! Saya mengambil kesempatan sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam menyeru kepada semua penganut Kristian di Malaysia agar berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sahajalah kamu semula akan beroleh keselamatan di dunia mahu pun diakhirat. Saya mengulang apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah 1431 dahulu yang berbunyi, "Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat". Maka, atas dasar itu, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri -menyeru kepada semua penganut Kristian di negara ini agar mengucaplah kalimah tauhid, Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah) sekaligus secara rasminya tuan-tuan menjadi orang Islam. Hanya dengan cara ini sahaja, keamanan di Malaysia akan sama-sama kita nikmati. Saya juga menyeru kepada semua ahli DAP agar segeralah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, semoga kita beroleh keamanan dan kesejahteraan

Azli Shukri 2010 : Selamat Datang Tahun Yang Ke-31!

Azli Shukri 2010 Selamat Datang Tahun yang Ke-31 Selamat pagi semua, hari ini merupakan harijadi saya yang ke-31, saya memohon kepada Allah semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan saya pada tahun ini. Sepanjang hampir dua tahun saya menjadi blogger amatur, banyak perkara yang saya pelajari - tentang nilai persahabatan, nilai perjuangan dan nilai moraliti - namun demikian, sesungguhnya - hidup adalah perjuangan dan kesihatan - tanpa apa-apa perjuangan, kehidupan adalah kosong dan tanpa kesihatan yang baik, kehidupan umpama nikmat yang tidak cukup. Percayalah asas kekuatan kita ialah Iman dan Islam - peganglah ia kuat-kuat, nescaya Allah akan membantu kita dalam segenap urusan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca setia blog saya - mana-mana yang baik terimalah dan mana-mana yang tidak secocok dengan agama, maka tinggalkanlah. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pertunangan saya baru-bar

Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad

Khalid Samad Keliru! SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri . "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (d