Skip to main content

Milik Siapa Relau Ini?

Milik Siapa Relau Ini?

1. Menurut Zulkifli Noordin akan ada lebih ramai lagi pemimpin PKR yang keluar parti, selepas isu kezaliman dan penganiayaan yang sedang dialami oleh Zaid Ibrahim. Sekiranya orang yang sehebat Zaid pun sanggup dizalimi, apatah lagi ahli biasa PKR. Penyelewengan yang sedang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sudah tidak upaya dibendung dan disembunyikan lagi oleh Anwar Ibrahim. Segala-galanya sudah terlondeh dan terdedah. Segala yang busuk sudah pun berbau dan segala yang kotor semakin jelas. Zaid sudah mendedahkan segala-galanya.

2. Soalnya, ke mana Zaid selepas ini? Ramalan saya mudah, Zaid akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan masalah dan penyelewengan yang sedang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sekarang. Zaid diminta jangan berdiam diri terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang sedang dideritainya. Zaid perlu berani mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku, agar kebenaran terserah jua akhirnya. Sekiranya benar semakin ramai pemimpin kanan PKR akan keluar parti, maka apa yang tinggal?

3. Terbukti Anwar gagal menguruskan partinya. Gaya politik retorik Anwar Ibrahim, hanya memakan dirinya sendiri. Retorik hebat Anwar selama ini, bukan lagi menjadi madu dan gula, sebaliknya sudah bertukar menjadi racun dan tuba. Retorik Anwar hanya mengundang harapan, mimpi dan ilusi yang mengkhayalkan para pengikutnya untuk sementara waktu. Retorik Anwar umpama candu yang dihisap untuk ketenangan yang sekejap - inilah yang ditentang oleh Zaid. Zaid berpandangan "candu" tersebut tidak baik untuk PKR. Ia sekadar ubat tahan sakit yang bersifat sementara dan bukan menyembuh dan menguatkan. PKR akan mati sekiranya disuntik dengan dos "tahan sakit" yang berlebihan.

4. Untuk menjadi sebuah parti yang kukuh, tiada jalan singkat dan pintas - ia memerlukan masa dan tenaga. Namun demikian, Anwar tidak percaya semua itu. Anwar masih mempercayai politik gaya retorik yang disulami dengan harapan demi harapan dan simpati yang berterusan - cara ini sudah ketinggalan, politik generasi baru yang disuarakan oleh Dr Asri adalah politik generasi yang berpijak di bumi nyata dan bukan politik retorik dan tin kosong. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Pemimpin Umno mendakwa Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusan melepaskan kesemua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding kerana kecewa dengan komponen Pakatan Rakyat itu manakala Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin pula berkata akan ada wakil rakyat bakal keluar parti itu waktu terdekat.

Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli mendakwa beliau meramalkan akan ada gelombang baru pemimpin-pemimpin PKR akan meninggalkan parti tersebut ekoran keputusan Zaid hari ini. Ekoran perkembangan terbaru itu, kata Zulkifli, beliau sebenarnya tidak terkejut dengan dakwaan membeli undi dan penyelewengan dalam proses pemilihan PKR.

Sehubungan itu kata beliau, tindakan Zaid akan mencetuskan respons yang sama di kalangan pemimpin PKR yang tidak berpuas hati, yang akan mengikut langkah bekas menteri itu meninggalkan parti kelak. “Saya tidak terkejut jika ada pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR yang akan mengekori langkah Zaid. Akan ada satu atau dua Ahli Parlimen yang akan meninggalkan PKR dalam waktu terdekat, dan akan membuat keputusan menjadi wakil rakyat Bebas,” kata Zulkifli.

“Zaid akhirnya sudah nampak kebenaran dan kenyataan beliau (mengenai proses pemilihan) membuktikan apa yang dikatakan oleh Konsensus Bebas selama ini. “Parti itu hanya bersedia untuk membawa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ke Putrajaya. Dalam konteks ini, kita perlu faham bahawa Anwar perlu memastikan dia berjaya, dan orang-orangnya akan melakukan apa sahaja, dalam apa jua kos untuk merealisasikan impian itu,” kata Zulkifli kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden Umno berkata, tindakan Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presien PKR dan melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu kerana beliau kecewa terhadap PKR. Katanya, beliau tidak terkejut dengan tindakan Zaid itu yang menggambarkan beliau baru sedar bahawa demokrasi yang sebenarnya tidak dapat dilaksanakan dalam PKR.

Malah tuduhan yang dilemparkan terhadap Umno sebelum ini bahawa Umno tidak telus dan bersifat rasis kini terkena kepada parti itu sendiri, kata Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri. “Mungkin itu menjadi pertimbangan Datuk Zaid kerana kecewa dengan perkara yang sebelum ini dilaung-laungkan lebih hebat daripada Umno tetapi dalam pelaksanaannya jelas tidak sampai pada tahap yang dijanjikan, bukan saja orang ramai, tetapi yang paling pentingnya kepada ahli-ahli parti itu sendiri.

“Tengoklah calon-calon yang bertanding ada ke kaum-kaum lain? Tengok dalam konteks demokrasi, calon-calon tu ada kaitan tak dengan penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini hari ini. Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR serta melepaskan semua jawatannya dalam parti itu kerana mendakwa wujud salah guna kuasa dan penipuan dalam pemilihan parti tersebut.

Comments

Agent X said…
Bang, kalau rumah tu dibuat dpd najis, kita cuci mcm mana pun ia tetap bernajis. Apatah lagi yg dtg utk mencucinya orang spt zaid yg juga bergelumang najis. maka bertambah byklah najis di dlm nya.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y