Skip to main content

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan Kenyataan Anaknya Sendiri?

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan
Kenyataan Anaknya Sendiri?

Saya rasa sangat sedih apabila membaca berita yang disiarkan oleh Malaysia-Instinct di bawah ini. Sedih kerana, rupa-rupanya anak Raja Petra, Raja Azman sangat mengharap agar ayahnya memulakan hidup baru di Malaysia.

Saya hairan, bukankah selama ini RPK lah yang selalu membuat tohmahan dan tuduhan kononnya Malaysia sebuah negara yang penuh dengan kezaliman, rasuah, penyelewengan dan pelbagai gejala jahat yang dilakukan oleh UMNO dan BN? Bukankah lebih baik RPK tinggal terus di bumi London yang penuh dengan kebebasan, kesamarataan dan keseronokan? Bukankah London lebih baik daripada Malaysia? Bukankah lebih baik beliau membawa anaknya itu bersama-sama dengannya hidup gembira di London? dan yang lebih menyedihkan, anak RPK mengaku bahawa tiada campur tangan kerajaan dalam kes beliau, sehinggakan beliau dibebaskan. Inilah bukti paling sahih bahawa segala tuduhan RPK selama ini terhadap sistem kehakiman negara adalah palsu dan diragui!

Malah, pengakuan Raja Azman bahawa ayahnya itu seorang peminum dan pemabuk sudah cukup membuktikan tahap iman dan keIslaman RKP - soalnya bagaimana umat Islam begitu mudah menerima segala hasutan dan fitnah daripada seorang manusia yang mempunyai akhlak seperti ini? Baca laporan Malaysia-Instinct di bawah:

1. Anak Raja Petra Kamaruddin, Raja Azman telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini apabila mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Raja Azman telah dituduh mencuri sebuah motorsikal dan memecah masuh sebuah rumah di Shah Alam tahun lalu.

2. Raja Azman meluahkan perasaan lega dan syukur kepada Allah atas keputusan mahkamah itu. “Ini akan dapat membersihkan nama ayah saya,” katanya. Dia amat gembira kerana wujudnya keadilan sebenar di Malaysia. Dengan itu, Raja Azman secara diam-diam mengharapkan bapanya kembali untuk menghadapi mahkamah sebagai seorang anak jantan. Dia ingin agar RPK tahu bahawa tidak ada yang perlu ditakuti jika RPK benar-benar tidak bersalah atau berbohong.

3. Raja Azman yang berusia 34 tetap merindui bapanya dan ingin sekali meraikan kebebasannya bersama keluarga. Terasa kosong apabila bapanya tiada bersama untuk menikmati kegembiraan ini. Raja Azman percaya yang bapanya adalah seorang yang jujur dan tidak bersalah. Dengan peguam yang hebat seperti Amarjeet Singh, yang telah berjaya membebaskannya, bapanya juga pasti mempunyai 100% peluang untuk memenangi apa jua kes.

4. Keputusan mahkamah dalam kesnya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak mencampuri proses keadilan walaupun Raja Azman adalah anak kepada orang yang dikehendaki, pelarian dan pengkhianat negara. Baguslah, nampaknya selepas gagal membunuh diri dalam lokap dengan menelan pisau cukur tempohari, Azman sudah mula bersikap waras. Dia tidak mahu menjadi bodoh lagi.

5. Jelas sekali, Raja Azman turut bimbangkan nasib RPK terutamanya apabila membaca mengenai insiden mabuk baru-baru ini. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana bapanya tertidur di dalam longkang tepi jalan bagaikan pemabuk gelandangan. Walaupun bapanya menafikan cerita tersebut, Raja Azman lebih tahu. RPK adalah seorang peminum sepertimana juga isterinya seorang perokok. Bagi Raja Azman, minum tidak salah selagi tidak dijumpai di tepi longkang di jalanan seperti sampah.

6. RPK tidak sepatutnya mengambil hati dengan BBC kerana membatalkan wawancaranya dalam rancangan Hardtalk. Ia hanyalah satu program bodoh. RPK patut menikmati kehidupan sepertimana nasihatnya kepada Raja Azman, “enjoy!” Itulah yang RPK selalu bisikkan padanya. “Belajar untuk mencari wang mudah, melalui apa saja cara yang mampu!”

7. Raja Azman menyanjung bapanya sebagai seorang yang amat berilmu, terbuka, liberal dan Muslim sejati. Raja Azman melihat bapanya sebagai seorang Muslim sebenar yang hebat kerana mempunyai fikiran yang terbuka mengenai alkohol serta seks. Kerana itulah RPK digemari oleh Melayu-melayu liberal, atau Melayu yang lebih baik, iaitu panggilan RPK terhadap mereka yang sepertinya.

8. Melayu biasa atau tipikal adalah terlalu bodoh untuk memahami bapanya, adalah komen yang sering diberi oleh Raja Azman apabila topik mengenai bapanya dibangkitkan. Raja Azman percaya bahawa bapanya adalah manusia bijak dan sering disalahtafsir oleh mereka-mereka yang kurang bijak seperti Melayu biasa.

9. Dengan kebijaksanaan tersebut, RPK tak mungkin kalah dalam menghadapi cabaran. RPK perlu berhadapan dengan cabaran dan menunjukkan kepada dunia kehebatannya dengan muncul di mahkamah dan bukannya lari seperti pengecut. Sekali lagi, Raja Azman mendesak bapanya untuk pulang dan menghadapi mahkamah. Tidak perlu lagi bersembunyi atau menulis dari jauh. Sudah sampai masanya untuk membuktikan tuduhannya terhadap Najib dan Rosmah adalah benar belaka. Tidak mungkin ini begitu sukar.

10. Kes liwat Anwar juga, adalah bukti nyata bahawa tidak ada yang kurang dalam sistem kehakiman Malaysia. Jika tidak kenapa atau bagaimana hakim boleh membenarkan Karpal mengheret kes tersebut begitu lama? Jika mahkamah Malaysia adalah mahkamah kangaroo dan berat sebelah, Raja Azman dan Anwar tidak mungkin mendapat peluang langsung. Tetapi Raja Azman telah bebas hari ini, dan RPK sepatutnya mengambil peluang yang sama. Justeru, pulanglah ayah…demi anakmu, rayu Raja Azman.

Comments

udanggalah said…
hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.eloknya ambil batu tu hempok kat kepala dia..baru tahu.
gagasan_warisan said…
hahah camni muslim sejati....dah macam keling mabuk...elok hempuk ngan batu...

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.