Skip to main content

Betul Ke Laporan Ini?


Betul Ke Ramalan Ini?

Benarkah laporan ini? Bolehkah diterima atau ada agenda di sebaliknya? Mungkin dengan membuat laporan ini, maka DS Najid dilihat tidak bijak mengambil kesempatan atas kecelaruan yang sedang dihadapi parti pembangkang pada ketika ini? Saya percaya, ada hasrat tersembunyi laporan ini disiarkan. Walauapa pun, saya yakin pilihan raya umum akan dilakukan selepas Anwar Ibrahim disumbat ke penjara atau pun beliau melarikan diri ke luar negara. Baca Laporan Malaysia Insider di bawah :


KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin “mudah berubah hati” khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.

Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013. Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan.

Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif.

Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan.

Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah “bercelaru” sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.

Sementara Umn-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang.

EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca