Skip to main content

Isu Perlembagaan Baru : Bagaimana Jika Orang Melayu Pula Pertikai Kewarganegaraan Orang Bukan Melayu?


Bagaimana Jika Orang Melayu Pula
Mempertikaikan Kewarganegaraan
Kaum Bukan Melayu?



Saya agak tertarik untuk menyiarkan satu komen bernas daripada salah seorang pembaca setia blog saya yang bernama Shamshul Anuar. Beliau menyarankan agar kaum bukan Melayu berhenti mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang sudah tertera dalam Perlembagaan Negara. Jika hal ini tidak dihentikan dengan segera, orang Melayu juga mempunyai hak untuk mempertikaikan kewarganegaraan kaum bukan Melayu yang selama ini mediami negara ini - atas prinsip Jus Soli.

Malah, pada hemat saya Raja-Raja Melayu juga mempunyai hak untuk menarik balik kewarganegaraan mereka, sekiranya mereka tidak tahu menunjukkan syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dan orang Melayu. Lantaran itu, sebelum orang Melayu sendiri mempertikaikan hak kewarganegaraan yang dimiliki oleh kaum bukan Melayu, maka, eloklah kaum bukan Melayu yang selama ini diapi-apikan oleh DAP untuk menuntut hak sama rata di negara ini, agar segera menghentikan pertikaian mereka terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu. Baca komen menarik saudara Shamshul Anuar di dalam posting saya sebelum ini ...



1. Ramai dalam kalangan kita (majoriti rakyat Malaysia) beranggapan "Peruntukan" khusus untuk orang Melayu dalam Perlembagaan adalah kerana kelemahan ekonomi orang Melayu. Sebenarnya, itu merupakan anggapan yang tidak tepat. Peruntukan khas untuk orang Melayu adalah sebagai ganti kepada sifat kemurahan hati Raja-Raja Melayu yang memberi kewarganegaraan lebih satu juta kepada kaum bukan Melayu. Perlembagaan mengambil jalan tengah. Walaupun ada pihak mempersendakan Perlembagaan sebagai tidak Islamik, tetapi ia (yang menggubalnya) cuba berlaku adil.

2. Malah, penjajah (British) sendiri mengakui hakikat ini. Mereka faham orang Melayu mesti diberi sesuatu kerana orang Melayu telah bersetuju memberi satu anugerah yang sangat besar kepada kaum bukan Melayu iaitu kewarganegaraan. Ini adalah satu rekod dunia yang mana dalam masa satu hari sahaja (ketika merdeka) peratus Melayu sebagai warganegara turun dengan drastik, iaitu daripada 90 peratus kepada kurang 60 peratus. Bahkan, daripada satu bangsa yang mempunyai hak eksklusif terhadap sebuah negera bernama Tanah Melayu, kini orang Melayu sanggup berkongsi tanah air dan negara dengan orang bukan Melayu.

3. Menyatakan "Peruntukan " khas kepada orang Melayu adalah kerana ekonomi orang Melayu lemah adalah tidak tepat. Samada lemah atau pun tidak, peruntukan khas kepada orang Melayu masih harus diberi sebagai balasan kepada orang Melayu yang sanggup memberi kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Justeru itu, sebarang usaha menghapuskan Peruntukan tersebut dengan alasan "berapa lama orang Melayu mahu terus tongkat" adalah salah. Hal ini adalah kerana peruntukan khas tersebut diberikan kepada orang Melayu merupakan balasan kepada kaum bukan Melayu yang telah pun mendapat status kewarganegaraan.

4. Jika peruntukan tersebut dipertikaikan oleh ahli politik setengah masak, maka jangan terperanjat, sekiranya orang Melayu juga boleh mempertikaikan hak kewarganegaraan kaum bukan Melayu. Hal ini pasti mengundang perasaan tidak senang hati kepada semua kaum.

5. Apa itu "Peruntukan " untuk orang Melayu? Salah satunya adalah menyatakan bahawa 4 dari 5 kakitangan kerajaaan mestilah terdiri daripada kaum Melayu. Dan satu lagi keistimewaan adalah dari aspek peruntukan biasiswa, agama Islam, bahasa Melayu, dan institusi Raja-Raja Melayu. Turut dinyatakan ialah, agama bukan Islam bebas diamalkan, dan ia mesti diamalkan dengan cara tidak mengganggu agama Islam.

6. Ada sesiapa dalam kalangan ahli politik Melayu yang cuba menggunakan peruntukan tersebut untuk memberitahu rakyat Malaysia, bahawa cubaan membenarkan pihak Kristian untuk menggunalan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka, sebenarnya telah "MENGANGGU " umat Islam bagi dari aspek perlembagaan mahu pun keharmonian negara.

Comments

Anonymous said…
Salam dari blog AKU PEDULI APA
Anonymous said…
http://aku-peduli-apa.blogspot.com
azlishukri said…
salam blog tuan sudah saya link...
Anonymous said…
Salam.
Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan :) Betul itu, adalah lebih elok mereka berdiam diri sebelum orang2 Melayu pula mempertikaikan hak - hak kewarganegaraan yang telah dikurniakan buat nenek moyang mereka yang telah dibawa oleh pihak British itu -___-
akramrazak said…
Yup YB Azli.....saya bersetuju,kita soal balas kewarganegaraan mereka...Dalam perlembagaan jelas nak jadi warganegara musti fasih berbahasa melayu..tp sekarang cakap melayu pon tak pandai..tp declare warganegara Malaysia....memang depa tak sedaq dirin tak tau kenang budi!
shamshul anuar said…
Saudara Akramrazak,

Saya bersetuju. Tetapi masalah besar orang Melayu( yang buat bangsa bangsa lain diseluruh dunia rasa pelik) ialah orang Melayu terlalu pemurah.

Agak malang pemimpin Melayu pula terlalu jaga hati orang sampai peringkat tak kisah ugama dihina, Raja dipersenda.

Apa masalah Hishamudin sampai terlalu takut nak ambil tindakan pada Namawee. Apa masalah Hishamudin sebenarnya?

Mesej yang salah dihantar. Bila Namawee jadi biadap hina islam, Hishamudin tak bertindak. Kenapa ambil "statement" namawee saja.

Klip video dia dah cukup buktikan yang beliau perkauman. Tangkap, dan sumbat dalam ISA. Ia sebagai satu amaran supaya jangan melampaui batas.

Cuba kita fikir kenapa perkara macam ini tak berani orang buat dizaman Tun Dr mahathir. sebab beiiau tegas.

Dr Mahathir tak bertolak ansur dalam hal macam ini. Semua orang rasa aman sebab kita tahu apa akibatnya bila main api perkauman.

Saya harap PM Najib peka akan hal ini. Orang Melayu muak tengok perangai Hishamuddin yang "lembik".

SEkarang bunga bunga percikan perkauman sudah nyata. Orang Melayu sudah hilang sabar. Klip video Melayu yang cerca Namawee jadi satu bukti yang orang Melayu sanggup berindak jika Hishamudin enggan laksanakan tanggungjawab beliau.

Semoga Allah SWT beri hidayah pada Hishamuddin untuk bertindak. Kalau masih tak berubah, elok benar dilantik Menteri baru.

Kalau macam ini juga, UMNO akan dipandang hina kerana Menerinya "lembik".
akramrazak.blogspot.com said…
En Shamsul,

Saya setuju ngan statement tuan,kita melayu terlalu berlembut. N statement saya ni bukan utk provoke tp utk difikirkan...

Tanah melayu ni milik sapa sebenarnya? Kalau bukan milik org melayu pada asalnya. Kita bagi peluang bangsa lain cari makan,semua bangsa kat dunia ni kita bagi peluang utrk cari duit tanpa menyusahkan mereka dan dengan senang mereka jadi lebih kaya dari org melayu sendiri. Ada kita mintak atauperas hasil mereka selain dr cukai yg menjadi tanggungjawab semua rakyat dinegara ini?

Tapi bila diberi peluang,mereka ni naik kepala atau jadi besar kepala..Orang melayu tak pernah cari pasal selain dr terpaksa tp bangsa lain selalu tunggu peluang utk cari pasal....

Fikirkanlah..

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...