Skip to main content

Rumah GAPENA Diserang!

Belum pun reda isu kontroversi novel Interlok yang dibakar beberapa hari yang lalu - satu lagi provokasi tercetus. Kini rumah Gapena pula "diserang" dan diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Motif tindakan tersebut masih belum diketahui. Baca laporan Bernama di bawah ini : KUALA LUMPUR, 20 Jan – Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa di sini dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan. Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena Borhan Md Zain berkata kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu.

“Antara yang hilang ialah lima komputer, dua mesin cetak (printer), sebuah televisyen LCD dan dokumen-dokumen berkaitan buku Interlok. Semua komputer itu turut mempunyai maklumat berkaitan Interlok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang tadi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menunggu laporan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daaerah (IPD) Dang Wangi untuk pengesahan dan siasatan lanjut. – Bernama.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Bukan Bekas Raja Permaisuri Agong Sahaja Yang Kena Tipu

Saya menyokong penuh tindakan bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman, menfailkan saman terhadap Uncle Seekers yang semakin melampau dan menjatuhkan aib bekas Permaisuri Agong itu (baca di sini) . Saya sudah lama mengikuti kisah tersebut, tetapi tidak berminat untuk membuat apa-apa posting berkenaan dengannya, hal ini adalah disebabkan, saya sememangnya tidak berapa suka dengan anak penulis buku politik yang tidak mempunyai prinsip perjuangan itu. Pada hujung tahun 2007, saya bersama dengan rakan baik saya saudara Anuar Manshor (bekas editor Dewan Kosmik) pernah bertemu dengan Uncle Seekers bagi tujuan memperoleh info berkenaan dunia paranomal yang menjadi minat dan penyelidikannya. Dalam pertemuan yang sangat lama, saya secara tidak langsung dapat menghidu sikap dan kehidupan Uncle Seekers "yang tidak seberapa nak kena" itu dengan pantas dan kemas. Kritikan pedasnya terhadap pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan Islam seperti Dr Harun D