Skip to main content

Ranking Terkini 30 Blog Politik Mesra Kerajaan Paling Berpengaruh

Untuk dua minggu berturut-turut, blog GAP kekal dipersada sebagai blog politik mesra kerajaan no 1, diikuti House PK dan Papa Gomo. Manakala blog Ummi Hafilda pula mencanak naik menduduki ranking ke-16 carta. Ramai pemerhati dan peminat blog politik telah membuat rumusan penting bahawa blog-blog politik mesra kerajaan sudah menguasai hampir 55% platform perang siber di alam maya. Ini merupakan perkembangan baik dan perlu diteruskan. Di bawah ini saya paparkan senarai terkini 30 blog politik mesra kerajaan paling berpengaruh di alam siber dan mungkin juga merupakan 30 blog yang paling dibenci oleh Pakatan Rakyat! Syabas kepada semua bloggers yang bersungguh-sungguh berjuang di alam Siber. Semoga Allah memberkati perjuangan tuan-tuan.

RANKING PADA TOP RANKING
14 JAN’
BLOG
RANKING
ALEXA
1
GERAKAN ANTI PKR
334
2
HOUSE PK
400
3
PAPA GOMO
414
4
THE UNSPINNERS
445
5
MIM
475
6
RBF ONLINE
588
7
MYKMU.NET
604
8
PISAU.NET
640
9
THE FLYING KICK
679
10
GELOMBANG RAKYAT
715
11
CHE DET
767
12
ROCKY BRU
779
13
MEDIA PERMATANG PAUH
782
14
PERAK TODAY
818
15
ZULKIFLI NOORDIN
975
16
SRIKANDI 7
1,068
17
TAIPING MALI
1,093
18
INFO CORNER
1,109
19
AZLI SHUKRI
1,191
20
PEJUANG BANGSA
1,202
21
BADUT RAKYAT
1,219
22
KITA GEMPUR
1,427
23
SEMUT HITAM
1,428
24
AIDC
1,487
25
ANWAR PEMBOHONG
1,527
26
DARUL EHSAN TODAY
1,569
27
GELOMBANG WANGSA MAJU
1,582
28
LAWYER GARANG
1,703
29
EMPAYAR PEMUDA
1,719
30
IPOH MALAY
1,804

Comments

Ano Nyme said…
syabas !, lebih elok lagi jika penggunaan ayat-ayat kasar dikurangkan dalam penulisan sesetengah blog top tersebut !
red said…
Congrats bro... Ranking no 19 tuu... sentiasa support anda.... Huhuhu
Abdul Hayee said…
Tahniah Li! Pencapaian ranking yang baik. Menunjukkan bahawa blog Li diminati.
Wong Pencen said…
Ranking yang dipaparkan menunjukkan bagaimana segar mekar budaya FITNAH di kalangan kita. Ianya juga menunjukkan keruntuhan budi bahasa di kalangan kita.

Saya lihat laman-laman blog ranking sepuluh teratas sering atau sentiasa dihiasi FITNAH, caci-mencaci, bahasa kesat dan ungkapan-ungkapan kotor. Kalau inilah yang popular dan dibanggakan masa kini atau sekiranya ini yang dianggap sebagai kemenangan maka saya lebih rela kalah.
Blogger elit pun dah turun ranking sekarang ?

lagi bagus kalau dibuat pecahan blogger full time dan blogger half time.

syabas kpd semua rakan2 yg telah mencanak naik blog mereka.
Anonymous said…
Blog ini persis majalah hiburan, kena ada sensasi & kontroversi baru naik rating.Kalau majalah Magga dengan imej suku-lucah gadis melayu tunjuk lurah payu dara, blog dengan imej super-impose kepala lain body lain.

DR NO
Anonymous said…
Kalau dok ranking baik pun, kalau asyik maki hamun org, cakap kotor, lucah, sumpah seranah org, takde faedah pun...lebih baik tutup blog...dari membuat org menambah dosa kering...

Bila komen terkena batang hidung... mula maki hamun, cakap kotor, bahasa lucah, sumpah seranah...sampai bila nak maju...

Go to the point...
Anonymous said…
psstt..apasal saudara Azli tak da ulas langsung isu azan di kg. kerinchi. Perkara terlalu sensitif ke? itu parlimen Nurul Izzah, apa lagi kasi taruk panas le..
Anonymous said…
sepucak surat dari lawyer ahli seumur hidup MCA pemimpin kita telah ikut kehendak nya. Kita perlu bertegas walaupun sama ahli BN pasal isu azan ni

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...