Skip to main content

Mengapa Zaid Ibrahim Buat Begini?


Mengapa Zaid Buat Begini?

Saya rasa, kenyataan terbaru Zaid Ibrahim di bawah merupakan manifestasi kecurigaanya terhadap Anwar Ibrahim yang semakin bernanah di dalam benak sanubari beliau. Rasa curiga dan sangsi terhadap Anwar Ibrahim semakin hari, semakin berani ditonjolkan oleh Zaid. Pada hemat saya, Zaid Ibrahim menyertai PKR bukanlah kerana Anwar Ibrahim, sebaliknya adalah disebabkan terpengaruh dengan prinsip parti tersebut yang kononnya memperjuangkan keadilan dan membanteras ideologi perkauman sempit.

Tetapi malangnya, parti yang menjadi idaman Zaid Ibrahim itu, sebenarnya tidak pernah wujud di muka bumi ini. Oleh sebab itulah, sedikit sebanyak Zaid agak kecewa dengan gaya dan budaya politik yang sedang diamalkan dalam PKR. Dan pada hari ini, sekali lagi Zaid, bertindak seperti seorang hakim apabila secara terbuka meminta agar isu akuan bersumbah Rahimi Osman disiasat secara terperinci. Secara metaforanya - ini merupakan "pukulan" tidak langsung kepada Anwar, sekali gus menyebabkan Anwar Ibrahim tidak dapat tidur dengan selesa. Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah :

PETALING JAYA: Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa berhubung dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah. "Dakwaan Rahimi perlu disiasat. Ia boleh jadi benar atau tidak. Maka siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa perlu," katanya memberi reaksi kepada sidang akhbar dibuat Rahimi semalam.

Zaid yang juga pengamal undang-undang, berkata kes dakwaan Rahimi dengan kes penyiasat persendirian P Balasubramaniam adalah sama. P Balasubramaniam mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 lalu, sebelum melarikan diri ke luar negara. "Kes Rahimi sama seperti PI Bala. Jika anda perlu menyiasat dakwaan Bala maka ia perlu dilakukan ke atas Rahimi juga. "Tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," katanya yang juga ahli MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR. Rahimi semalam melalui sidang medianya berkata beliau dipaksa menandatangani akaun bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Bukan Bekas Raja Permaisuri Agong Sahaja Yang Kena Tipu

Saya menyokong penuh tindakan bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman, menfailkan saman terhadap Uncle Seekers yang semakin melampau dan menjatuhkan aib bekas Permaisuri Agong itu (baca di sini) . Saya sudah lama mengikuti kisah tersebut, tetapi tidak berminat untuk membuat apa-apa posting berkenaan dengannya, hal ini adalah disebabkan, saya sememangnya tidak berapa suka dengan anak penulis buku politik yang tidak mempunyai prinsip perjuangan itu. Pada hujung tahun 2007, saya bersama dengan rakan baik saya saudara Anuar Manshor (bekas editor Dewan Kosmik) pernah bertemu dengan Uncle Seekers bagi tujuan memperoleh info berkenaan dunia paranomal yang menjadi minat dan penyelidikannya. Dalam pertemuan yang sangat lama, saya secara tidak langsung dapat menghidu sikap dan kehidupan Uncle Seekers "yang tidak seberapa nak kena" itu dengan pantas dan kemas. Kritikan pedasnya terhadap pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan Islam seperti Dr Harun D