Skip to main content

Mahathir Serang Najib?

Mahathir Serang Najib?

Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir mungkin akan menghayalkan sebentar para juak dan penyokong parti pembangkang (Baca di sini). Mereka mungkin berandaian, kononnya mereka mampu menumpaskan BN dalam PRU ke-13 yang akan datang. Tetapi percayalah, ia hanya mimpi. InsyaAllah Allah akan membantu BN/UMNO untuk menang selesa dalam PRU yang akan datang.

Comments

pacat said…
BN perlu dikritik terutama UMNO supaya mereka sentiasa celik mata... baiq pi la si Pembangkang tu... dasar pembangkang yg sentiasa suka tangguk dia air keruh!!
raja bersiong said…
Rakyat susah ambil tahu lah 3 parti tu mereka semua tiada masa depan yg harus dberi perhatian ada lah BN UMNO yg merintah negara ini jangan mereka lalai lagi UMNO/BN harus membela rakyat kalau UMNO tara aku tak tahu lah P.Pinang dah ada bunga bunga untuk menjadi Singapura dilanggar todak.
Anonymous said…
Biasalah kalau kritikan Mahathir buat para rakan dan taulan akan dijadikan penguat semangat buat pakatan rakyat tetapi apabila ayat yang keluar dari mulut Mahathir menyakitkan tulang-temulang politik PR, jangan pula hairan kalau mereka menggunakan kaedah sumpah dan seranah (kaedah lapuk) untuk menidakkan ayat-ayat yang mengenakan mereka itu. he he
Anonymous said…
satu je kelebihan "1 Malaysia" ni..
ianya berjaya mengeluarkan apa yg tersembunyi dalam hati imigran2 selama ni.
hisham said…
buat apa nak sibuk pasal pembangkang.
sebaiknya carilah kelemahan sendiri,perbetulkan mana yang silap.
cari punca kenapa rakyat marahkan bn terutamanya umno.
dalam umno sendiri pun ramai yang tidak jujur,pemimpin umno bukan semua baik.
rakyat bukan bodoh.umno dihukum kerana sikap pemimpin umno yg berlagak,sombong,angkuh serta bersikap menunjuk-nunjuk.
dalam umno para pemimpin suka menjatuhkan sesama sendiri,contohnya di kedah.
sampai sekarang para pemimpin umno kedah masih belum sedar diri.sifat busuk hati dan dengki serta pentingkan puak2 masing masih berlaku.
buat apa menyalahkan pihak parti lawan sedangkan dalam rumah-tangga kita pun bercakaran suami isteri.
hendak menjadi ahli umno pun susah,macam2 kerenah dan syarat terpaksa dilalui.
ada ahli yang cawanganya telah ditutup kerana kawasan penempatan telah dibangunkan dan ahli2 telah berpindah kemerata tempat dibandaraya kuala lumpur.
bila memohon untuk jadi ahli cawangan baru mereka menghadapi masaalah,ini terjadi pada diri saya sendiri.
diharap pemimpin2 umno peringkat bahagian dan cawangan berkerjalah dengan jujur..jangan syok sendiri saja.
rakyat sekarang dah bijak,jangan digula-gulakan rakyat dikampong2 dengan sehelai kain pelikat atau kain batik murahan bila tiba hari raya.
sedangkan dirumah ketua cawangan/ketua wanita cawangan menyimpan bertimbun kain2 tersebut.
mereka tamak.itu baru kes kain sumbangan dari ketua bahagian yang dikebas olih ketua cawangan.
sedarlah wahai pemimpin2 umno dari cawangan hingga keperingkat tertinggi..rakyat memerlukan pemimpin yang jujur dan ikhlas.
cukuplah mengaut harta kekayaan..
Anonymous said…
tegur kerana prihatin..tun mahathir tegur bkn kerana najib tp krn UMNO!! mana tun abdullah??? apa pak lah buat di p.PINANG sedangkan melayu disepak terajang di sana!!!!

ipoh marley
Anonymous said…
AZLI SHUKRI YANG KUAT BERANGAN!!!
Jangan harap UMNO boleh menang lagi... Rakyat dah jelak!!
tengok saja perak nanti.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw