Skip to main content

Lim Kit Siang Dan Agenda Campur Tangan AS


Lim Kit Siang
dan Agenda Campur Tangan AS



Lim Kit Siang memetik tulisan Al-Gore dan Paul Wolfowitz sahabat baik Anwar Ibrahim yang tersiar di laman web The Wall Street Journal berjudul, Malaysia's Opposition On Trial di blognya.Terjemahan baca di sini. Saya tidak tahu apakah matlamat beliau dengan menyokong tulisan kedua-dua kenalan lama Anwar Ibrahim yang jelas begitu banyak skandalnya. Namun demikian, sedikit sebanyak - atau sekurang-kurangnya, hal ini menyedarkan kita bahawa DAP sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai agenda mereka untuk menguasai politik Malaysia. Lim Kit Siang seolah-olah sangat bersetuju dengan desakan Gore dan Wolfowitz terhadap pentadbiran Obama agar campur tangan dalam kes liwat yang sedang dihadapi Anwar, sekali gus US mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan perundangan Malaysia. Inikah yang kita ingin dan harapkan? Iaitu campur tangan orang luar terhadap sistem keadilan dan perundangan negara? Hal ini secara tidak langsung membuktikan PKR sememangnya mahu masyarakat antarabangsa mencampuri urusan dalaman Malaysia. Dan orang Islam di Malaysia terus diperbodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR atas nama demokrasi dan keadilan. Ada benarnya cadangan Zulkifli Noordin - agar DAP diharamkan terus di bumi Malaysia!

Comments

Saya harapkan dan doakan agar Malaysia still dalam keadaan aman damai sepanjang masa..

Yang mana yang betul kita ikut dan mana yang salah kita tolak ke tepi... Saya penyokong setia blog En. Azli Syukri... Jangan risau... :)
Anonymous said…
memang betul...
azlishukri said…
terima kasih ChilaBaey

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...