Skip to main content

Kita Perlukan 1000 Lagi Pak Ali


Kita Perlukan
1000 Lagi Pak Ali


BEBERAPA hari selepas insiden Ali Ahmad Ariff, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali 'menepuk bahu' kiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, penulis bertandang ke rumahnya dekat Jalan Datuk Keramat. Penulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa.

Penulis mengagumi keberanian serta semangat Pak Ali yang berusaha untuk bersemuka dengan Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan beliau yang didakwanya bersikap rasis dan menindas orang Melayu di Pulau Pinang. Dia sanggup menunggu hampir empat jam sebelum Guan Eng muncul di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP), tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Sebaik nampak kelibat Guan Eng, dia terus menuju ke arah Ketua Menteri itu dan meluahkan perasaannya sebelum insiden 'tepuk bahu' berlaku. Kedua-dua mereka kemudiannya bertikam lidah kira-kira setengah jam. Sudah menjadi tugas wartawan, sebagai susulan kepada insiden tersebut, penulis menghubungi Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan bagi mendapatkan ulasan.

Secara peribadi, beliau memuji tindakan Pak Ali dan menganggapnya sebagai permulaan kepada kebangkitan orang Melayu di negeri ini. Namun, terdapat kata-kata Azman yang penulis tidak dapat lupakan kerana ia benar-benar berlaku selepas itu.

"Mungkin hari ini... seorang (Pak Ali), selepas ini ramai atau ada yang mengambil tindakan lebih ganas...,kita tidak tahu," katanya.

Ternyata ia benar-benar berlaku. Kali ini melibatkan seorang peniaga berbangsa Cina yang cuba membakar diri kerana kecewa dengan pengurusan Komtar yang menutup lima pintu masuk ke tingkat dua bangunan berkenaan selepas insiden Pak Ali 'menepuk bahu' Guan Eng.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, pengusaha kedai kopi Seng Mugs Coffee di tingkat dua Komtar, Teoh Bak Seng, 53, menyimbah cecair dipercayai petrol ke seluruh badannya sebelum polis berjaya menghalangnya. Dia sanggup berbuat demikian kerana tertekan akibat terpaksa menanggung kerugian di antara RM100 hingga RM200 sehari selepas pintu-pintu masuk berkenaan ditutup.

Menurut Azman, Guan Eng sewajarnya menjadikan kedua-dua insiden berkenaan sebagai iktibar. Selama ini, Ketua Menteri itu sering menafikan setiap isu yang timbul berpunca daripadanya.

Antaranya merobohkan gerai penjaja Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, mengusir penduduk kampung-kampung tradisional Melayu, melenyapkan Kampung Buah Pala yang didiami kaum India dan menghina serta memperlekehkan penjawat awam, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka.

"Dia (Guan Eng) sering meletakkan kesalahan kepada pihak lain terhadap isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang.

"Dia sering mengatakan apa yang berlaku semuanya berpunca daripada pihak terlibat sendiri, bukan dirinya sendiri.

"Walhal, semua yang berlaku ini disebabkan keputusan yang dia (Guan Eng) telah buat," ujarnya. Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan-tindakan di luar jangkaan seperti yang dilakukan oleh Pak Ali dan Bak Seng boleh berulang jika Guan Eng masih meneruskan sikap sedemikian.

"Saya nasihatkan Guan Eng supaya tidak mengamalkan sikap 'cakap lain, buat lain'. Apa yang Pak Ali dan Bak Seng lakukan merupakan satu pengajaran kepadanya," tegas Azman lagi.

Sumber : Malaysia-Instinct

Comments

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...