Skip to main content

Sokong DAP : Sudahkah Kita Ada Jawapan Di Hadapan Allah?


Haramkan Juga PKR


KUALA LUMPUR 30 Julai (Utusan) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti DAP dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, DAP bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan. Tegasnya, tindakan berani itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelak berulang pergaduhan berdarah antara kaum di negara ini kerana dakwanya, kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 juga berpunca daripada sikap cauvinis dan rasis DAP.

“Saya mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran DAP dan isytiharkan ia sebagai pertubuhan haram. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan seperti DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com sebagai mengulas tindak-tanduk terkini DAP termasuk cadangan terbaru oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) supaya dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan.

Menurut Zulkifli, DAP langsung tidak mengambil iktibar daripada sejarah hitam Tragedi 13 Mei apabila berterusan menekan dan mempertikaikan hak orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

“Laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan seperti ‘Melayu sudah tidak berkuasa’, ‘ini negeri bukan Melayu punya’, ‘halau Melayu keluar’ akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu sehingga berakhir dengan tragedi berdarah.

“Kalau pada tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki-hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan DAP lakukan kalau parti itu menguasai kerajaan Persekutuan?

“Tengok sendiri apa yang DAP buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak tetapi bila sebut pasal 13 Mei, pemimpin DAP antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit. Sebab DAP tidak mahu rakyat terutamanya generasi muda mengetahui sejarah hitam parti itu,” dakwanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga wakil rakyat Bebas berkata, lebih malang bagi orang Melayu apabila ada pemimpin Melayu sendiri yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan DAP. Beliau sehubungan itu menyelar pemimpin Melayu yang sanggup menipu diri sendiri serta para penyokong dengan mendakwa kononnya kerjasama dengan DAP adalah demi dakwah selain untuk mendekatkan parti itu dengan Islam.

“Sepatutnya, apa yang berlaku sekarang cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam, bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila merelakan diri diperkuda oleh kafir harbi ini.

“Mengapakah bangsa yang punya al-Quran sebagai panduan boleh menjadi begitu bodoh? Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air sendiri,” tegasnya.


Ulasan Saya

1. Sekali lagi saya menyokong penuh cadangan Zulkifli Noordin bahawa parti DAP wajib diharamkan di Malaysia secepat mungkin. Ini bukan masalah politik atau demokrasi, tetapi ia melibatkan masalah dasar, cara, dan ideologi DAP yang sangat merbahaya untuk masa hadapan dan keharmonian negara ini.

2. BN/Kerajaan wajib melaksanakan kempen anti-DAP secepat yang mungkin. DAP adalah musuh negara dan Islam. Haram hukumnya berkawan dan bersahabat dengan musuh Allah.

3. Ideologi komunis yang cuba diterapkan oleh DAP di negara ini, adalah ideologi yang jelas haram dan bercanggah dengan Islam. Mana-mana golongan yang menerima DAP, bermakna mereka menerima musuh Islam dan negara.

4. Pada hemat saya, bukan DAP sahaja yang wajib di haramkan, malah, PKR juga mesti diharamkan. PKR merupakan parti deologi yang jauh lebih merbahaya daripada DAP. Mereka sanggup bersikap "takiyyah" atau menyembunyikan ideologi mereka yang sebenar di khalayak ramai, hakikatnya PKR menganut faham yang lebih menjurus kepada ideologi komunisme, liberalisme,dan pelbagai lagi "isme" yang boleh mengancam kepentingan Islam, negara dan rakyat jelata.

5. Bahkan, prinsip Islam yang dipegang oleh PKR sehingga kini masih belum jelas dan terang. Pendirian parti tersebut terhadap negara Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, hukum Hudud, dan isu kalimah Allah - penuh dengan kesamaran dan kepuraan. Justeru itu, kita mohon, bukan DAP sahaja yang mesti diharamkan, malah, PKR juga harus menerima nasib yang sama.

6. Mana-mana orang Islam yang bersekongkol dengan DAP, maka bersiap sedialah untuk bersoal-jawab di hadapan Allah kelak. Wallahualam.

Comments

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...