Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seakan-akan sudah mengetahui bahawa hayat kerajaan boneka DAP di Selangor semakin menghampiri tarikh hayatnya. Muslihat beliau yang kononnya tidak akan membubarkan DUN mengikut pembubaran parlimen - adalah angan-angan kosong Mat Jenin. Beliau mungkin terlupa, untuk membubarkan DUN secara berasingan - restu daripada Sultan Selangor perlu diperoleh, jika Tuanku Sultan tidak perkenan dengan tarikh yang dicadangkan oleh MB, maka DUN tidak boleh dibubarkan. Nampaknya, Kerajaan Selangor semakin karut dan takutkan bayang-bayang sendiri. Jika benar PR begitu kuat di Selangor, saya cabar bubar DUN mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan nanti. Baca di sini.
Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...

Comments