Skip to main content

Apa Pandangan Kita dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?


Apa Pandangan Kita
Dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?



Saya secara peribadi menyambut baik idea yang dikemukakan oleh Tan Sri Jins Shamsudin di bawah ini berhubung isu menyatupadukan parti PAS, PKR dan UMNO. Namun demikian, dalam keadaan sekarang, cadangan tersebut begitu sukar untuk direalisasikan. Saya cuma ingin menambah sedikit sahaja daripada cadangan asal Tan Sri Jins Shamsudin berkenaan isu ini, iaitu menukar nama daripada "Parti Kebangsaan Melayu Bersatu" kepada "Parti Melayu-Islam Bersatu". Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka. Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno. Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal. Baca seterusnya di sini...

Comments

Jins patut terjemahkan cadangan itu dalam sebuah filem untuk tontotan umum, mungkin kadang2 ramai yang tak sedar dan insaf atas apa yang berlaku terutama yang jauh dari media internet, mereka masih leka dan asyik dengan media perdana sahaja.

Yang tidak mahu bersatu, bukannya ahli2 parti tetapi pemimpin mereka yang takut hilang kuasa dan pengaruh.

Apakah sanggup separuh dari pemimpin UMNO akan hilang jawatan kabinet jika perlu diserahkan kepada pemimpin PAS dan PKR.

Apakah UMNO sedia melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri atau/dan Timbalan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan kepada PKR/PAS?

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...